TERMASUK HARGA PENGEPOSAN BAGI SEMENANJUNG & HADIAH PERCUMA!
DAPATKAN SEGERA!
P/S: PELANGGAN DARI SABAH, SARAWAK, SINGAPURA & BRUNEI AKAN DIKENAKAN HARGA PENGEPOSAN.
SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPAT KOS PENGHANTARAN.
HARAP MAKLUM.
PROMOSI 3 SERANGKAI
HANYA RM100
2 KOTAK SMARTCOCO A+
1 KOTAK JUS ALKHAIRA
1 KOTAK SMART SWEET A+
UNTUK KEGUNAAN SEBULAN
(Termasuk pos untuk semenanjung dan tambah RM10 untuk Sabah dan Sarawak)
DAPATKAN SEKARANG SELAGI PROMOSI MASIH BERJALAN
SPM 2017
SELANGOR
Nur Hakimi Danial B. Nor Azmi
SK Selayang Baru, Selangor
Assalamulaikum Nama saya Nur Hakimi Danial telah mendapat keputusan 8A 1B pada SPM tahun 2017 .Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana saya telah diperkenal oleh opah saya dengan produk Smart Coco A+ ini yang sangat hebat dan menakjubkan.Opah saya mengetahui produk Smart Coco A+ ini melalui radio Ikim. Saya bermula minum Smart Coco A+ ini bermula dari Sekolah Rendah sehingga sekarang.Dan Selalunya ibubapa saya akan membeli satu dozen untuk kami minum adik beradik yang seramai lima orang selama sebulan.
Setiap pagi, lima cawan Smart Coco A+ akan disediakn oleh ibubapa saya untuk kami minum adik beradik.Smart Coco A+ membuatkan saya sangat fokus dan sangat cergas apabila di dalam kelas maupun aktiviti di luar kelas.Tambahan pula saya sangat aktif di dalam sukan boling padang ,dan mewakili Sekolah dalam acara tersebut.
Smart Coco A+ Memberi saya tenaga dan stamina yang amat luarbiasa dari biasa.Sehingga kawan-kawan di Sekolah bertanya kepada saya apakah rahsianya.
Maka dari itu saya telah mensyorkan kepada kawan-kawan saya dengan produk Smart Coco A+ ini di Sekolah.Dan ramai kawan-kawan saya telah memberi pujian yang baik dan hebat tentang produk Smart Coco A+ ini.
Abang saya Nur Eqmal Dinie yang sedang belajar di Unimas Serawak juga sampai sekarang meminum Smart Coco A+ ini.Setiap bulan ibubapa saya akan menghantar Smart Coco A+ ini ke Unimas Serawak.
Tanpa meminum Smart Coco+ ini.saya dan adik beradik merasa tidak sempurna untuk memulakan hari-hari kami.Smart Coco A+ adalah pelengkap hidup saya,Terima kasih Allah dan terima Kasih Smart Coco A+ yang saya kasihi.Amiin
NEGERI SEMBILAN
Nur Aqilah Bt Mohd Shokri
SM Agama Perseketuan Labu, N Sembilan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah mencapai kejayaan yang dapat membanggakan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya dengan memperolehi 11 A di dalam peperiksaan SPM 2017. Kejayaan ini diperoleh berkat daripada ibu bapa dan guru-guru yang sering mendoakan saya. Kejayaan ini juga berkat daripada amalan saya minum minuman bernutrisi SMART COCO A + yang diamalkan sejak daripada bangku sekolah rendah lagi yang sememangnya berkesan dalam membantu saya mengulangkaji pelajaran sepanjang SPM 2017. Ibu saya telah mendengar tentang produk yang berkualiti ini dalam radio IKIM.FM. Saya minum air smartcoco A+ dan merasai perubahan dalam diri saya. Saya berasa lebih segar untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu lapang terutamanya pada waktu pagi. Minuman SMART COCOA+ sangat mudah untuk diambil kerana boleh dimakan begitu sahaja dan mengenyangkan sebagai gantian kepada sarapan saya. Minuman SMART COCO A+ ini juga bukan sahaja mempunyai rasa yang unik bahkan ia juga banyak membantu saya di dalam kelas seperti tidak mengantuk dan bertambah fokus semasa belajar. Selain itu, ia memberikan kesan kepada daya ingatan saya. Saya kini lebih mudah untuk menghafalkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis kerana saya merupakan pelajar sekolah menengah agama. Oleh itu saya menggalakkan sekalian calon UPSR, PT3 dan SPM bagi tahun-tahun yang akan datang supaya mengamalkan produk-produk keluaran Fortune Resources. Kata orang tua-tua “Belum cuba belum tahu, Sudah cuba pasti nak lagi”, dan “Tak kenal maka tak cinta” Produk Fortune Resourcesdiharapkan dapat terus menjana ummah cemerlang pada masa akan datang
JOHOR
Salmi Ikwani Binti Selamat
MRSM Tun Dr Ismail Pontian, Johor
Pengamalan minuman berkhasiat smart coco A+ membantu saya mencapai kecemerlangan sejak zaman UPSR lagi. Saya meneruskan pengambilan produk ini sehingga saya berjaya dlm PT3 dan SPM. Selain smart coco A+, saya juga mengambil minuman kopi barli Munawwarah A+ kerana minuman ini lazat serta membantu saya menjadi segar dan tidak mudah mengantuk sepanjang hari. Alhamdulillah kesannya saya dapat fokus di dalam kelas semasa guru-guru mengajar serta bertenaga sepanjang hari. Saya juga mampu memahami dan menyelesaikan soalan-soalan yang agak sukar. Penyertaan dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum menjadikan saya sibuk setiap hari di sekolah, namun dengan adanya smart coco A+ ini membantu saya mengatur jadual seharian saya agar seimbang antara akademik dan hal lain-lain serta saya juga tidak cepat penat atau lelah. Sepanjang menetap di asrama, Alhamdulillah saya sentiasa sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit apabila sesuatu wabak merebak di asrama. Cara pengambilan yang mudah juga menyebabkan saya memilih produk- produk Fortune Resources. Jika tidak sempat membancuh smart coco A+ sebelum ke sekolah, saya akan membawa satu sachet smart coco A+ kurang manis dan makan begitu sahaja. Konklusinya, pengamalan minuman-minuman berkhasiat dari Fortune Resources menjadi salah satu faktor saya mendapat kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum di sekolah seperti keputusan spm saya iaitu 9A.
Terima kasih Fortune Resources kerana menghasilkan produk-produk yang bermanfaat untuk pengguna dan membantu saya memenuhi impian ibu bapa saya . Kami sekeluarga mendoakan semoga Fortune Resources berjaya meneruskan misi untuk membangun ummah yang cemerlang dunia dan akhirat
SELANGOR
Wan Irfan Afifi bin Wan Mohd Kair
SAM Bestari, Subang Jaya, Selangor
Dulu saya minum pelbagai jenis produk seperti MILO dan coklat tamar tetapi sejak saya mengenali produk Smart Coco A+, saya dapati rasanya cukup lazat dan puas hati apabila meminumnya. Oleh kerana rasanya yang sangat lazat, saya jadikan ia sebagai minuman harian saya. Kadang saya ambik 2 sachet dalam 1 hari. Keluarga saya juga amat menggemarinya. Selain dibancuh dengan air, Smart Coco A+ ini juga boleh dimakan begitu saja. Dulu saya selalu rasa mengantuk dan cepat letih serta hilang fokus terhadap pembelajaran. Kini suasana pembelajaran saya berubah setelah mengenali Smart Coco A+ . Ia menjadikan saya lebih yakin, rasa lebih bertenaga, lebih bersemangat untuk menjalani kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Pergaulan dengan pihak pengurusan sekolah dan rakan2 juga memberi kesan yang baik, lebih-lebih lagi saya diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua umum di sekolah yang memerlukan kepada komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pengurusan sekolah. Ibu saya bekalkan Smart Coco A+ di asrama dan selalu pastikan agar saya mengambilnya setiap hari. Saya beli berkotak-kotak dan adik beradik saya seramai 7 orang cukup seronok. In sha Allah pada tahun ini, adik saya pula yang bakal menduduki exam SPM di SAMBEST. Saya akan pastikan Smart Coco A+ ini sentiasa diminum bagi memastikan tumpuannya tidak terganggu. Smart Coco A+ ini perlu dihebahkan agar dapat diamalkan oleh orang lain. Cuba sekali minum, lepas ni pasti nak minum lagi.
TERENGGANU
Nur Izzah Binti Mohd Azmi
SM Imtias Kuala Berang, Terengganu
Saya telah menggunakan produk Fortune Resources sejak tujuh (7) tahun yang lalu. Alhamdulillah, saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 5A, PT3 11A dan telah Berjaya menghafal Al-Quran dalam masa 1 tahun 6 bulan di SM IMTIAZ YT Kuala Berang, Terengganu. Saya sekeluarga terus istiqamah menggunakan produk syarikat ini. Saya mengamalkan 2 produk utama Fortune Resources iaitu smartcoco A+ dan goat A+. Selain memberi kesan yang baik harga produk-produk Fortune Resources sangat berpatutan dan mampu milik berbanding pruduk lain yang banyak terdapat di pasaran masa kini. Cara pengambilan kesemua produk ini ialah pada setiap waktu pagi dan malam. Alhamdulillah saya dapat merasai kesan yng ketara. Dengan amalan produk ini saya rasa sentiasa bertenaga, ceria dan lebih fokus terhadap pelajaran dalam kelas dan menghafal Al-Quran.
Sejak menggunakan produk ini juga badan saya sentiasa sihat dan kurang menghadapi masalah kesihatan. Saya dapat mengatasi masalah badan saya yang mudah letih. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T dan terima kasih kepada Fortune Recources kerana saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang telah diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 11A.
Sekarang saya sedang mengikuti Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Baru sejak bulan Januari tahun ini. In Sya Allah selepas program tahfiz selama setahun setengah saya akan terus melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. In Sya Allah saya akan terus istiqamah menggunakan produk Fortune Resources terutamanya smartcoco A+ supaya sentiasa cergas dan cerdas dalam pembelajaran dan menghafal Al-Quran. Terima kasih Fortune Resources.
SELANGOR
Nur Farzana Bte Hj Abdullah Pirus
SM TBN Khaloun, Klang, Selangor
Alhamdulillah bila minum Koko Minda A+ badan rasa bertenaga, otak cergas dan tidak mengantuk.Mudah menghafal dan sistem sekolah saya Integrasi dari pagi hingga ke petang. Memang sentiasa cergas Insha Allah.Saya amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah dikurniakan saya result cemerlang 10A's SPM 2017. Smart Coco A+ adalah minuman bernutrisi yang diadun daripada bahan-bahan makanan yang baik sebagai ubatan dan herba terpilih serta berkualiti seperti serbuk koko , vitamin , madu , malt dan gingko biloba.
Terdapat pelbagai khasiat yang saya perolehi daripada meminum Smart Coco A+ termasuklah membantu meningkatkan daya ingatan , meningkatkan tahap kecerdasan minda dan konsentrasi minda. Hal ini akan membolehkan saya menjadi lebih fokus di dalam kelas dan lebih mudah untuk memahami subjek yang dipelajari. Selain itu , sistem perjalanan darah juga dapat diperbaiki apabila saya mengamalkan minuman Smart Coco A+.
Selain daripada mampu mencantikkan kulit , minuman Smart Coco A+ juga dapat membantu membekalkan bahan keperluan dalam badan untuk baik pulih sel-sel , tumbesaran dan fungsi organ dalam badan. Hal ini demikian kerana Smart Coco A+ mengandungi makanan sunnah yang sudah terang lagi bersuluh keberkatannya dijamin. Di samping itu, Smart Coco A+ juga mengandungi serat , protein , banyak vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Tambahan pula , sejak mengamalkan minuman Smart Coco A+ , saya dapat tidur dengan nyenyak di malam hari. Perkara ini dapat membantu saya untuk belajar dengan berkesan pada siang hari dan mengelakkan diri saya daripada tertidur di dalam kelas apabila guru sedang mengajar serta membolehkan saya menjalani kehidupan seharian dengan lebih bertenaga.
Kesimpulannya , terdapat pelbagai impak positif yang telah saya nikmati setelah mengamalkan minuman Smart Coco A+. Oleh itu , saya berharap agar Smart Coco A+ dapat terus memberikan berbagai-bagai kebaikan kepada rakyat marhaen.
JOHOR
Intan Nurbalqis Binti Razali
SMK Sg Abong, Muar, Johor
Alhamdulillah ..dengan mengamalkan minuman Smart Coco A+ ini ia dapat membantu saya dalam pembelajaran saya dari peperiksaan UPSR, PT3 dan juga SPM..Setiap hari, saya mesti mendapatkannya untuk mempertingkatkan daya ingatan dan konsentrasi minda saya..alhamdulillah, dengan mengamalkan minuman halalan toyyiba ini, saya sentiasa fokus dan tidak mudah mengantuk semasa sesi pembelajaran..bukan itu sahaja, ianya juga dapat meningkatkan semangat dan tenaga untuk pembelajaran. Sebelum ini, saya sering mengantuk dan tidak fokus semasa belajar di dalam kelas mahupun di rumah. Alhamdulillah, apabila ibu saya memperkenalkan saya minuman Smart Coco A+, saya semakin bersemangat semasa belajar. Seterusnya, kandungan minuman Smart Coco A+ mempunyai makanan sunnah iaitu, tamar, madu, kismis, malt dan ginkgo biloba. Makanan sunnah seperti tamar, madu dan kismis mempunyai banyak khasiatnya. Seterusnya, ginkgo biloba bukan sahaja dapat meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi minda, malah dapat memperbaiki sistem peredaran darah di dalam badan. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM..InsyaAllah saya akan terus mengamalkan minuman Smart Coco A+ ini untuk masa akan datang. Terima kasih kepada Pn. Aida Murni kerana telah menghasilkan minuman Smart Coco A+..Akhir kata,semoga Fortune Resources dapat terus maju dan dapat menjana ummah yang cemerlang..
PAHANG
Liyana Maisarah Binti Mazlan
MRSM Kuantan, Pahang
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaan dan rahmatNya, dapat saya titipkan sedikit perkongsian yang diharapkan mampu memberi manfaat kepada orang ramai.
Ibu saya telah memperkenalkan produk Smart Coco A+ kepada saya sejak di tingkatan 4 dan terus menggemari rasa minuman ini. Saya terus istiqamah dengan meminum Smart Coco A+ hinggalah saya di tingkatan 5. Saya merupakan pelajar berasrama penuh dan mempunyai jadual yang amat padat. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pembelajaran, tugasan sekolah serta menjadi ketua pelajar kadang- kadang membuatkan saya amat penat di penghujung hari.
Tetapi dengan mengamalkan meminum air Smart Coco A+ setiap hari, badan saya tidak mudah rasa lesu dan terus bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian dengan begitu lancar. Selain itu, saya juga dapat memberi konsentrasi kepada pembelajaran dalam kelas tanpa mudah rasa mengantuk dan dengan khasiat yang ada dalam Smart Coco A+ seperti kurma, kismis, madu dan sebagainya mampu menajamkan lagi fikiran saya.
Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fortune Resources atas pengeluaran produk ini kerana ianya amat bermanfaat buat semua terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Sekian daripada saya, majulah Fortune Resources untuk kecemerlangan ummah!
SELANGOR
Muhammad Uwais Bin Muhd Razali
SMK Darul Ehsan, Selangor
Anak saya Muhammad Uwais Qarany b Muhamad Razli, anak no 2 dari 6 adik beradik.
Saya beri anak saya SMART KOKO A+ setiap pagi sebelum sarapan dan malam ketika dia mengulamgkaji pelajaran...sebagai salah satu usaha.
Beliau mendapat Anugerah PELAJAR CEMERLANG SPM 2017 bagi kategori calon OKU(Pelajar berkeperluan khas pendengaran). Dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
SELANGOR
Nur Alya Syazana Binti Azmi
SM Sains, Banting, Selangor
Nama saya Nur Alya Syazana Binti Azmi dan berumur 18 tahun. Saya adalah pelajar SPM tahun 2017. Saya mengamalkan produk Smart Coco A+ sejak sekolah rendah lagi. Pada saya, Smart Coco A+ sangat membantu meningkatkan kecerdasan minda , focus di dalam kelas dan sentiasa bertenaga. Saya tidak lagi mudah rasa letih dan mengantuk didalam kelas Ini dapat membuktikan apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PT3. Tambahan pula, saya berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan SPM 2017. Saya akan terus mengamalkannya sehingga saya memasuki universiti nanti kerana saya yakin dengan khasiat dan keberkesanannya. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Fortune Resources kerana telah mengeluarkan produk yang bagus dan telah membantu ramai pelajar.
SELANGOR
Farah Diyana Bt Muhammad Nazri
Kolej Islam Sultan Shah Alam, Selangor
Anak perempuansaya ini,Farah Diyanabersekolah di bersekolah di SBP Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) Kelang,Selangor dari Tingkatan 4 dan 5 apabila mendapat tawaran ke sana selepasmendapat 10A dalam PT3 disekolah lamanya di SM Agama Kedah(SMKAK),Alor Setar .
Farah Diyana ni mengambil minuman Smartcoco A+ sejak dari sekolah rendah lagi.Dalam peperiksaan UPSR jugak dia memperolehi semua A.Dari Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah –sekolah tersebut Farah Diyana tinggal di asrama.Oleh sebab itu saya cuma bekalkan smartcoco kepadanya untuk dibawa ke asrama sebagai minuman tambahan sahaja disamping makanan yang disediakan di asrama.Katanya kadang-kadang smartcoco tu dia bancuh dengan air dan selalunya dia ambik terus serbuk smartcoco tanpa dibancuh kerana susah sikit untuk mendapatkan air panas.Dia akan meminta saya bekalkan sekotak minuman smartcoco apabila bekalan habis di dalam simpanannya.
Sepanjang pemehatian saya terhadapnya,dia seorang yang agak fokus dalam pelajarannya dan ada kehendak untuk mendapatkan sesuatu kejayaan .Agak mengejutkan juga apabila bersekolah di KISAS dia berjaya menempatkan dirinya dalam pasukan hoki sekolahnya dan mewakili sekolah dalam pertandingan hokl peringkat Daerah dan kejohanan antara SBP.
Pencapaian dalam peperiksaannya dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5 adalah menaik walaupun bukan terlalu mendadak tetapi konsisten.Berkat kesabaran dan fokus dalam pelajaran disamping terus mengambil makanan/minuman smartcoco A+ di sepanjang pengajian di tingkatan 4 dan 5 dan akhirnya Farah Diyana menperolehi 8A,2B+ dalam peperksaan SPM 2017.
KEDAH
Farhani Binti Mohammed Roslan
SM Teknik Alor Setar, Kedah
Saya dan keluarga memuji produk ini kerana rasanya yang sangat enak. Rasa minuman SmartCocoA+ ini memang lain dari minuman coco lain di pasaran dan memang tak akan jemu mengambilnya setiap hari. Minuman SmartCocoA+ memang sesuai diamalkan oleh seisi keluarga. Produk ini membantu saya menumpukan perhatian di dalam kelas. Saya juga tidak mengantuk lagi di dalam kelas setelah mengamalkan minuman ini. Alhamdulillah, minumum ini dapat membantu kecergasan saya dan lebih fokus dalam pembelajaran. Bahan-bahan yang terkandung di dalam minuman ini jugak sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan seisi keluarga.
Sebelum mengamalkan produk ini, saya sering mengantuk di dalam kelas, tidur di dalam kelas apabila cikgu tiada, kurang fokus dan selalu tidak bermaya di dalam kelas. SmartCocoA+ bukan sahaja digemari oleh saya tetapi abang dan kakak saya di universiti juga memilih minuman SmartCocoA+ sebagai minuman harian. Rasanya yang sangat sedap membuatkan saya dan keluarga mengambilnya setiap hari. Saya percaya dengan mengamalkan minuman SmartCocoA+ secara konsisten, selain usaha dan doa dari semua orang-orang tersayang dan bertawakal kepada Allah, kita boleh mencapai kecemerlangan. InShaAllah saya akan melanjutkan pembelajaran di matrik selepas ini. Doakan kejayaan saya dalam pembelajaran, di dunia dan juga di akhirat. Terima kasih kepada pihak Fortune Resources kerana mengeluarkan minuman untuk minda yang terbaik. SmartCocoA+ memang terbaik.
TERENGGANU
Siti Aisyatul Athirah Binti Ruslan
SM Sains Hulu Terengganu, Terengganu
Nama saya Siti Aisyatul Athirah binti Ruslan dan pernah bersekolah di Sekolah Menenngah Sains Hulu Terengganu pada tahun 2013 sehingga tahun 2017. Saya telah mengamalkan produk Smart Cocoa A+ sejak darjah 6 lagi iaitu pada tahun 2012. Saya akui Smart Coco A+ ini banyak membantu saya dalam pelajaran dan kehidupan seharian saya. Saya akui saya sering berasa letih dan tidak bertenaga ketika mengulang kaji pelajaran dan sentiasa mengantuk di dalam kelas. Sejak mengamalkan minuman Smart Cocoa A+ , saya tidak lagi mengantuk dan cergas serta aktif dalam waktu pembelajaran. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan usaha , saya telah mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2012, 9A di dalam PT3 pada tahun 2015 dan berjaya memperoleh 9A di dalam peperiksaan SPM pada tahun lepas iaitu pada tahun 2018. Terima kasih Smart Cocoa A+. Ibu saya mengetahui tentang produk ini melalui radio Ikim FM. Saya sering mengambil minuman Smart Cocoa A+ ini pada waktu pagi ketika sarapan dan ketika mengulang kaji pelajaran pada malam hari. Seluruh ahli keluarga saya telah mencuba Smart Cocoa A+ agar dapat memudahkan mereka menjalani aktiviti harian. Oleh itu, saya turut mencadangkan agar sesiapa sahaja yang mengalami masalah sukar untuk belajar agar turut sama mencuba mengamalkan produk ini .
SELANGOR
Afnan Syauqi Bin Mohd Asri
SMK Seksyen 18, Shah Alam, Selangor
Assalamualaikum w.b.t. Nama saya Afnan Syauqi bin Mohd Asri. Saya adalah bekas pelajar SMK Seksyen 18, Shah Alam yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2017. Alhamdulillah berkat mengamalkan smart coco A+, saya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2017. Smart coco A+ merupakan sarapan utama saya pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Dengan mengamalkan smart coco A+ saya berasa lebih bertenaga dan dapat menumpukan perhatian dengan lebih fokus ketika di dalam kelas. Saya mula mengamalkan smart coco A+ pada awal tahun 2017 sehingga ke hari peperiksaan. InsyaAllah saya akan tetap mengamalkan smart coco A+ hingga ke hari ini.
Sekarang saya sedang melanjutkan pengajian dalam bidang ‘Licensed Aircraft Maintenance Engineer’ di Malaysian Aviation Training Academy (MATA).
SELANGOR
Sharifa Nur Nisa Ali Binti Mukhtar Ali
SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor
Alhamdulillah, selepas saya mengamalkan Smart Coco A+ sejak tahun 2011, saya merasakan banyak perubahan berlaku pada diri saya sejak itu. Saya lebih fokus. Lebih bertenaga. Daya ingatan yang lebih meyakinkan untuk menghafal surah2 Al Quran dan hadis2.
Bermula dengan UPKK tahun 2011 mendapat 8A, UPSR 2012 - 5A, PSRA 2012 - Mumtaz 95.5% & Tokoh Pelajar Perempuan. Tapi PT3 agak menurun cuma mendapat 7A..dan seterusnya saya berusaha semasa tingkatan 4 menduduki SMA dan alhamdulillah mendapat Mumtaz Sofi - 95.5% .memang saya ditakdirkan mengungguli lebih kepada pelajaran Agama kerana untuk SPM saya hanya berjaya perolehi 7A.. dan sekarang saya sedang menyambung pelajaran ke STAM dengan harapan yang tinggi untuk perolehi Mumtaz Sofi...aamiin..
Kini ibu saya ingin menambahkan booster untuk saya mempertingkatkan lagi daya ingatan yang lebih tajam. Ibu akan beli produk 3 serangkai untuk supplement tambahan sebagai persediaan peperiksaan yang akan bermula Julai nanti...
Mudah2n dengan penambahan mengamalkan booster Smart Coco A+, jus Al Khaira dan Smart Sweet A+ Allah mengizinkan kejayaan yang lebih cemerlang buat diri saya.
Terima Kasih tidak terhingga kepada radio Ikim di mana ibu saya mulai mendapat info mengenai produk Fortune Resources sejak awal siaran dan juga kepada pengasas produk Puan Aida Murni dari Fortune Resources. Semuga usaha Puan Aida Murni yang sangat murni untuk melihat kejayaan demi kejayaan umat nabi Muhammad SAW mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda dari Allah SWT...
Intan Azureen binti Hamran
Bismillahirrahmanirrahim. Saya, Intan Azureen Binti Hamran, pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2017 dan Alhamdulillah, saya telah mendapat 9A. Kejayaan ini dapat saya kecapi dengan bantuan guru-guru yang telah banyak mengajar saya dan juga ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberi sokongan. Bukan itu sahaja, saya juga dibantu oleh minuman harian yang saya amalkan sejak tahun 2013 lagi, iaitu Smart Cocoa A+. Sejak mengamalkannya, saya berasa lebih produktif di dalam kelas dan selalu mendapat keputusan yang cemerlang. Memang tidak dinafikan, minuman ini bukan sahaja sedap, bahkan juga memberikan saya tenaga untuk menjalani aktiviti seharian. Saya mengambil minuman ini sehari sekali pada waktu sarapan dan secara konsisten. Adik saya juga meminumnya.
Akhir sekali, berjuta terima kasih kepada pihak Fortune Resources kerana telah menghasilkan produk yang sangat bermanfaat ini. Semoga terus berjaya dan murah rezeki. Amin
MELAKA
Nur Anisa Nadia Binti Jafar
SM Arab (Jaim) Assaiyidah Khadijah, Melrlimau, Melaka
Alhamdulillah, berkat usaha, ikhtiar dan doa kedua ibu bapa saya berjaya perform dengan sebaik mungkin dalam spm 2017. Pemakanan adalah aspek yang memberi impak besar kepada tubuh seseorang pelajar. Pengambilan smart koko A+ membantu dalam membekalkan tenaga seharian. Saya mengamalkan smart koko pada setiap waktu kerana dapat merasakan ia berperanan menjadi sumber bekalan tenaga sepanjang hari. Ini sudah semestinya menjadi keperluan kepada seorang pelajar untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang waktu persekolahan. Pengambilan minuman tambahan yang turut mengandungi makanan sunnah tidak hanya saya ambil pada waktu pagi sahaja bahkan petang juga. Khususnya, kini para pelajar perlu memberi komitmen yang lebih di sekolah. Smart koko A+ bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap bahkan membantu saya untuk kekal cergas pada siang hari. Semestinya tubuh yang sihat, akan melahirkan otak yang cerdas. Maka disini ingin saya tekankan bahawa pengambilan makanan tambahan bagi seorang pelajar kini menjadi suatu kemestian yang tidak dapat dinafikan lagi. Maka smart koko A+ akan menjadi pilihan utama saya. Jami seisi keluarga turut mengamalkannya.
Kehadiran smart koko A+ turut memberi semangat baharu untuk saya terus berusaha mengejar kejayaan akademik. Seringkali bersama saya sepekat smart koko A+ walau di mana saya berada. Kelebihan smart koko A+ ia boleh di makan begitu sahaj tanpa dibancuh, dan amat memudahkan kerja seharian kami. Bahkan potionnya yang sesuai dibancuh didalam shaker amat mudah sekiranya saya mengalami kelewatan ke sekolah. Sesungguhnya, smart koko A+ menjadi pendorong saya untuk terus kekal cergas sepanjang disekolah. Dan saya berazam untuk meneruskan pengambilan smart koko A+ secara bertetusan sehingga ke ipta kelak. Kerana umum mengetahui kesibukan para pelajar untuk mengambil sarapan yang berat. Maka smart koko A+ adalah pilihan terbaik, yang mana nilai tenaga yang dibekalkan bersamaan dengan sarapan harian yang menjadi rutin rakyat malaysia. Saya sokong smart koko A+ menjadi minuman tambahan pilihan utama pelajar di malaysia. Dengan izin Allah smart koko A+ terlibat secara tidak langsung dalam pencapaian akademik kami. Terima kasih. Doakan saya terus berjaya di masa hadapan. InsyaAllah
PT3 2017
Kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 dan telah berkongsi dengan pihak FORTUNE RESOURCES, kami berbesar hati memberi hadiah kepada adik-adik semua dan kami doakan supaya terus cemerlang dalam bidang agama dan akademik. Berikut adalah senarai adik- adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PT3.
Alhamdulillah, selepas saya mengamalkan Smart Coco A+, saya merasakan perubahan berlaku pada
diri saya. Saya kini merasa lebih bertenaga dan tidak cepat mengantuk di dalam
kelas. Saya juga dapat menumpukan perhatian dengan dengan lebih baik berbanding
sebelum saya mengamalkan SmartCoco A+. Selain itu, ia memberikan kesan kepada
daya ingatan saya. Saya kini lebih mudah untuk menghafalkan ayat-ayat Al Quran dan
hadis kerana saya merupakan pelajar sekolah agama. Setelah mengamalkan
Smart CocoA+ selama 3 tahun ini, saya telah mendapat kejayaan 'straight A's' dalam
PT3 2017 di samping dorongan daripada ibu bapa dan guru guru. Terima Kasih
Smart Coco A+.Terima Kasih Fortune Resources.
MUHAMMAD AIMAN BIN HAJI MOHD KALID KOLEJ YAYASAN SAAD, AYER KEROH, MELAKA
MELAKASaya amat bersyukur pada Allah SWT kerana anak saya Muhd
Aiman B Mohd Kalid berjaya mencapai 10 A dalam pelajaran. Berkat saya memberinya minum produk Smartcoco A+ ini, supaya dia dapat fokus
semasa belajar dan aktif di kolejnya dgn baik. Saya mula memberinya ketika dia
memasuki tahun 1 lagi ketika itu saya memang pendengar setia Ikim FM. Bermula dari
situ, saya berkata dalam hati ingin mencuba untuk memberi minum pada anak saya ,
dia pun sangat suka minum milo jadi saya cuba tukar pada Smartcoco A+
ini. Alhamdulillah, dia sangat gemar rasanya katanya lagi sedap dari air Milo
yang selalu saya buat untuk nya jadi saya teruskan dengan produk ini hingga
sekarang. Benar lah kata pepatah kita hanya mampu berusaha dan berdoa tetapi
Allah saja yang menentukan segalanya. Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah
memberi keputusan yang cemerlang pada anak saya ini, anak saya telah berusaha
sebaik yang termampu oleh nya. Saya sebagai seorang ibu dan ayah mengucapkan
terima kasih kepada Fortune Resources kerana telah mengeluarkan produk yang
terbaik untuk kami sekeluarga. Saya bersyukur produk ini dapat membantu anak
saya fokus dalam pembelajarannya dimasa depan hingga ke akhirnya. Saya akan terus
menyokong produk ini.
MUHAMMAD IRSYAD BIN MUHD ALI
KOLEJ INTERGRASI TAHFIZ TUNAS ILMUWAN, SELANGOR
Assalamualaikum.Nama
saya Muhammad Irshad bin Muhammad Ali. Saya merupakan seorang pelajar tingkatan
3 di Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor. Di
samping itu,saya juga merupakan seorang pengguna tegar hasil keluaran produk
Fortune Resources seperti Smart Coco A+,Smart Sweet A+,Jus Al-Khaira dan
berbagai-bagai lagi. Alhamdulillah, kesemua produk tersebut berjaya membuahkan
hasil. Walaupun pada permulaannya saya enggan dan tidak berminat untuk mencuba
produk-produk ini. Namun, ibubapa saya berjaya meyakinkan saya tentang
keberkesanan produk-produk ini.Untuk
pengetahuan umum, sebelum saya mengamalkan produk-produk ini,saya sering
tertidur, kurang fokus dan tidak bersemangat untuk menghadiri kelas. Walaubagaimanapun,
semuanya berubah selepas mengamalkan produk-produk ini. Produk-produk Fortune
Resources yang mengandungi bahan-bahan sunnah dan berkhasiat dapat meningkatkan
daya ingatan, memberikan tenaga untuk menjalani rutin yang lebih sistematik.
Alhamdulillah,
segalanya terbukti apabila saya berjaya meraih 10A 3B dalam PT3 2017 selain
kualiti hafazan al-quran yang meningkat secara mendadak. Oleh itu saya
menggalakkan sekalian calon UPSR, PT3 dan SPM bagi tahun-tahun akan datang
supaya mengamalkan produk-produk keluaran Fortune Resources. Belum cuba belum
tahu. Sudah cuba pasti nak lagi!!
Konklusinya,
saya lebih yakin setelah apa yang telah saya tempuhi bersama produk-produk
Fortune Resources.
Majulah Fortune Resources untuk kecemerlangan ummah.
Sekian, terima kasih.
PAHANGAssalamualaikum
. Pertama sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan sifatNya yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, saya di beri
rezeki menjadikan smart coco A+ sebagai minuman harian saya di rumah dan di
asrama. Saya juga berterima kasih kepada ayah dan ibu saya yang telah
memperuntukan perbelanjaan untuk membeli smart coco A+. Disamping rasanya yang
sedap, smart coco A+ telah memberi tenaga kepada fizikal dan minda saya ketika
menjalani kehidupan di asrama yang memenatkan. Kawan-kawan ada juga yang
mencuba kerana
mereka melihat pencapaian saya di dalam kurikulum dan kokurikulum yang baik.
Alhamdulillah....saya juga telah mendapat keputusan PMR yang cemerlang. Akhir
sekali terima kasih saya ucapkan kepada pihak Fortune Resources kerana
mengeluarkan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Wassalam.
MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD ZAKI
SMK BUKIT NANING
Saya Muhammad Haikal Bin
Mohd Zaki,saya bersekolah di SMK BUKIT NANING,pada ujian PT3 yang lalu saya
telah memperolehi 10A. Abang saya turut mengamalkannya dan memperoleh keputusan
7A dalam pt3 2017. Saya mengambil produk smartcoco sudah hampir 8 tahun, hasil
yang saya perolehi sejak mengamalkan produk ini setiap pagi adalah daya tahan
badan lebih kuat, lebih bersemangat di sekolah dan saya kurang lesu.sebelum
mengamalkan produk ini saya sering demam dan masalah tonsil saya agak teruk
sehingga hendak dibuat pembedahan tetapi alhamdulilah semua dapat diatasi
dengan berkat penggunaan produk ini secara berterusan ,kebelakangan ini saya
sibuk dengan aktiviti di sekolah ,walaupun begitu saya kurang berasa penat dan
masih mampu menyelesaikan semua tugasan di rumah pada waktu malam .
Produk ini
diperkenalkan oleh ibu saya sewaktu mendengar radio IKIM FM…sejak itu saya sentiasa
mengamalkannya , bahan bahan sunnah dalam produk ini banyak menajamkan fikiran
saya dan membolehkan saya menghasilkan sesuatu yang menarik dalam setiap
tugasan saya .harga produk ini juga sungguh berpatutan dan mudah didapati di
kawasan saya Bagi saya produk ini adalah yang terbaik bagi semua adik beradik
saya..adik saya yang berumur kurang 2 tahun juga sudah diberi minum dalam
kuantiti sedikit sahaja..
Saya akan sentiasa meneruskan pengambilan produk ini..
HANIF RIDWAN BIN AHMAD RODZI
SEK MEN AGAMA AL MAARIF
Saya
Hanif Ridzwan Bin Ahmad Rodzi telah pun mendapat keputusan PT3 tahun 2017.
Alhamdulillah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
tersebut. Sebenarnya saya telah mengamalkan minuman SMART COCO A+ ini sejak
saya di sekolah rendah lagi. Amalan ini
telah berjaya menunjukkan hasil apabila saya memperolehi keputusan semua A
dalam UPSR dan UPKK (ujian penilaian kelas kafa).
Keluarga
saya telah diperkenalkan kepada SMART COCO A+ ini melalui siaran Radio IKIM FM.
Selepas cemerlang dalam UPSR saya berjaya melanjutkan persekolahan di sebuah
Sekolah Agama (berasrama) di Bandar Kuantan.
Saya terus mengamalkan SMART COCO A+ secara istiqamah samada di rumah
atau di asrama. Ibubapa saya sentiasa membeli SMART COCO A+ di kedai yang
berhampiran untuk saya jadikan teman ketika belajar di asrama terutama semasa
musim peperiksaan. Bungkusannya yang mudah dibawa dan disimpan serta mudah
digunakan dapat menjimatkan masa untuk dibancuh sebelum belajar atau mengulangkaji pelajaran.
Mata
pelajaran yang banyak dan tambahan penghafalan Quran memerlukan tenaga yang
maksima sepanjang masa persekolahan. Daya ingatan yang kuat juga amatlah
diperlukan. Fokus kepada pembelajaran guru dalam kelas juga dapat diberikan
sepenuhnya tanpa rasa mengantuk dan keletihan. Alhamdulillah dengan izin ALLAH
dan menjadikan SMART COCO A+ sebagai asbabnya saya dapat menghadapi semuanya itu dengan jayanya. Insha
ALLAH saya akan terus menjadikan minuman SMART COCO A+ sebagai teman saya di sepanjang
persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM nanti. Syukur kepada ALLAH dan
terima kasih Fortune Resources kerana mengeluarkan produk SMART COCO A+ yang amat bermanafaat ini.
SAIFUL EZMIR SAFWAN BIN SAIFUL AZLAN & NUR ILYA NADHIRAH BT SAIFUL AZLAN
Kami adalah
adik beradik kembar. Kami mula minum minuman berkhasiat Smart Coco A+ sejak
kami darjah 4. Rahsia minuman berkhasiat ini telah diberitahu oleh jiran kami
kepada nenek kami sejak tahun 2012 ketika
kami darjah 4. Bermula dari
tarikh itu, nenek kami sentiasa membeli Smart Coco A+ untuk minuman kami sebelum ke sekolah. Kami
berasa cergas, dan bertenaga serta dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran
dengan cemerlang. Rasanya sangat sedap dan pernah sekali nenek membeli produk
yang lain tetapi ianya tidak sama dengan Smart Coco A+. Kami meminta nenek
meneruskan pembelian Smart Coco A+ sehingga kini. Alhamdulillah, dengan izin
Allah dalam peperiksaan UPSR kami berdua berjaya mendapat straight A dan kini
dalam peperiksaan PT3 kami berdua terus mendapat straight A. Pada pendapat kami
, insyaAllah, minuman Smart Coco A+ yang lazat dan berkhasiat membantu menjana
minda kami. Terima kasih kepada ibu bapa kami iaitu Mila binti Mustafa dan
Saiful Azlan bin Sidek serta Maznah binti Awang, nenek kami yang dikasihi.
Seterusnya, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Fortune Resources kerana mengeluarkan produk
makanan tambahan Smart Coco A+ yang
berkhasiat dengan harga yang berpatutan. Kami merasa bangga kerana Fortune
Resources telah memberi hadiah kepada kami di atas kejayaan kami dan sehingga kini masih bermurah hati memberi hadiah kepada
para pelajar cemerlang pengguna setia Smart Coco A+. Kepada semua ibu bapa,
belilah Smart Coco A+ keluaran Fortune Resources sebagai makanan tambahan bagi
menjana minda anak-anak.
Sekian terima kasih.
NURSYAMIMI BT ZAHRI
Assalamualaikum,pertama
sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengasas produk
Smartcoc A+, Puan Hajjah Aida Murni kerana telah menghasilkan produk yang amat
berkualiti dan memberikan manfaat besar kepada penggunanya.Saya akui
SmartcocoA+ ini banyak membantu saya dalam pelajaran dan kehidupan seharian
saya.Saya telah mengamalkan minuman ini selama 4 tahun berturut turut.
Saya
sering mengalami masalah keletihan pada waktu malam untuk belajar kerana saya
pulang ke rumah daripada sekolah agak lewat. Jadi bagi mengatasi masalah ini,
saya mengambil minuman SmartCocoA+ agar terus bertenaga melakukan ulangkaji
ataupun kerja rumah yang dibeikan oleh guru pada waktu malam.
Saya
juga menaiki van untuk ke sekolah.Pakcik van saya juga menjemput kami pada awal
pagi iaitu pada jam 6.15 am kerana rumah saya agak jauh daripada sekolah,oleh
itu sudah semestinya saya memerlukan sarapan yang dapat membekalkan saya tenaga
mencukupi di sekolah.Maka saya telah memilih minuman ini sebagai satu
alternative untuk kekal aktif dan cergas sentiasa pada setiap hari.
Sekali
lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengasas produk ini.Saya
amat mengalu-alukan kepada measyarakat tidak kira umur yang tua mahupun yang
muda untuk menjadikan SmartcocoA+ sebagai minuman harian mereka.Insyaallah
masalah kelesuan badan yang dihadapi seperti saya sendiri dapat diatasi dengan
hanya mengamalkan minuman ini.Setkat itu sahaja coretan saya sebagai tanda
penghargaan atas manfaat yang telah saya perolehi dan produk ini
Sekian
Terima Kasih
FAHMIE BIN HASHIM MRSM BATU PAHAT
Saya Fahmi bin Hashim pelajar MRSM Batu Pahat telah memperolehi
7A 3B dalam peperiksaan PT3 2017.
Keluarga saya telah menggunakan produk fortune resources terutama smart coco A+
sejak saya berada di sekolah rendah lagi. Saya anak bongsu dalam keluarga.
Setelah melihat semua abang saya berjaya dalam pelajaran setelah mengamalkan
minum smart koko A+, saya pun menjadikan ia sarapan pagi dan ketika bersahur.
Ini membuatkan saya bertenaga dan cergas sepanjang hari walaupun dalam keadaan
berpuasa.
Terima kasih.
INTAN ANEESHA BINTI HAMRAN
SEK.MEN.SAINS SELANGOR
Assalamualaikum w.b.t. Nama saya
Intan Aneesha Binti Hamran dan berumur 15 tahun pada tahun 2017. Saya merupakan
pelajar yang mengambil peperiksaan PT3 pada tahun lepas. Saya mula mengambil
Smart Cocoa A+ ketika saya berumur 11 tahun lagi. Emak saya mengetahui tentang
produk ini melalui radio Ikim FM. Beliau akan memberi saya minuman ini setiap
kali sarapan pagi dan sebelum tidur. Pada mulanya, saya berasa amat mengantuk
apabila meminum Smart Cocoa A+ ini tetapi saya tetap mengamalkannya. Setelah
2-3 minggu saya meminumnya, saya mula berasa bahawa badan saya lebih cergas dan
bertenaga. Seterusnya, saya mula tidak tidur di dalam kelas. Alhamdulillah,
saya mendapat keputusan 5A bagi peperiksaan UPSR. Saya masih meminum Smart
Cocoa A+ semasa berada di sekolah berasrama (kini). Syukur Alhamdulillah, saya
mendapat keputusan 7A3B dalam peperiksaan PT3. Walaupun saya tidak mendapat
straight A tetapi saya tidak berputus asa untuk mencapai keputusan yang lebih
cemerlang untuk peperiksaan SPM yang akan datang.
Akhir kalam, saya ingin berterima
kasih kepada Fortune Resources kerana mengeluarkan produk yang amat membantu
ramai pelajar, termasuk saya untuk terus fokus dan cemerlang dalam pelajaran.
Sekian daripada saya, terima kasih.
MOHAMAD AMIRUL MUKHLIS BIN AHMAD LUTEPI
SMK
JALAN TIGA AHMAD
Assalamualaikum..Bismillahirahmanirrahim..
Saya
Mohamad Amirul Mukhlis bin Ahmad Lutepi
,saya telah menggunakan produk fortune resources iaitu smart coco A+ sejak sekolah rendah
lagi. Produk ini banyak membantu saya dalam menumpukan perhatian di dalam kelas
semasa guru mengajar. Saya bersyukur kepada
Allah kerana telah mengurniakan keputusan yang baik kepada saya.
Saya
percaya smart coco banyak membantu saya untuk focus dalam pembelajaran dan
badan lebih bertenaga.Selain itu saya tidak cepat penat dan mengantuk ketika
mengulangkaji pelajaran. Walaupun tidak mendapat straight As untuk PT3 ,saya
berbangga dengan pencapaian 7A saya.Tidak dinafikan ,ramuan dalam produk ini
banyak membantu saya mengingat fakta .
Terima
kasih Fortune Resources kerana telah
mengeluarkan produk ini dan ianya banyak membantu saya, juga dengan izin Allah
saya telah meperolehi kejayaan ini.Produk ini sangat bagus untuk diamalkan
terutamanya pelajar sekolah yang padat jadualnya bagi kekal cergas sepanjang
hari.
In Shaa
Allah, saya akan terus minum smart coco ini kerana ibu saya sentiasa memastikan
stok smart coco ini ada di rumah kami. Terima Kasih.
NUR MARISSA UMAIRAH BT NASARUDDIN MRSM BATU PAHAT
Assalamualaikum. Saya telah
menggunakan produk Fortune Resources sejak berumur 9 tahun lagi. Antara
produk yang paling saya gemari adalah Smart Coco A+ dan Jus Al-Khaira.
Setelah saya mengamalkan Smart Coco A+, saya tidak berasa letih dan lesu.
Tambahan pula, saya adalah seorang pelajar yang aktif dalam bidang
kokorikulum. Sebelum ibu saya menemukan produk Fortune Resources,
saya sentiasa mengalami demam dan selesema. Ibu saya mengesyorkan
agar saya mengambil Jus Al-Khaira. Kakak saya juga menggunakan Jus
Al-Khaira. Semasa kakak saya berumur 10 tahun, dia mengalami tonsel yang
teruk sehingga perlu dibedah. Sehinggalah ibu saya menemui Jus Al- Khaira
dengan izin Allah kaka saya tidak perlu dibedah kerana
tonsel yang dialaminya sembuh serta merta.Memandangkan saya sekolah
berasrama penuh,saya tidak dapat lari daripada jadual waktu yang padat dan memenatkan.Alhamdulillah setiap
kali saya mengambil minuman Smart Coco A+, badan saya tidak lagi lesu dan dapat
melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang palajar tanpa sebarang masalah
dan ada peningkatan dalam pelajaran saya serta saya mudah memahami apa
yang diajar oleh guru saya.Terima kasih kepada Fortune Resources
kerana menghasilkan produk yang berkualiti.
NURIN
FAKHIRAH HASSANAH BT MOHAMAD HATTA
SMK PADANG TEMBAK
Assalamualaikum,
terlebih dahulu saya memperkenalkan diri, nama saya Nuri dari Datuk Keramat , Kuala Lumpur ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kehadrat ILLAHI serta
berterima kasih kepada FORTUNE RESOURCES kerana mengeluarkan produk SmartCoco
A+ yang sangat berkhasiat dengan gabungan Kurma, Kismis,Madu dan Gingko Biloba.
Untuk maklumat semua sebelum mama saya memperkenalkan minuman ini kepada saya,
saya selalu merasa mengantuk, tidak bertenaga, mengantuk dan susah untuk fokus dan mudah lupa apa yang diajar oleh
guru.
Alhamdulillah
setelah saya mengamalkan minum SmartCocoA+ yang lazat ini saya rasa ada
perubahan yang sangat luar biasa seperti MAGIC. Saya rasa bertenaga,otak saya
rasa tenang, mudah untuk focus, memahami apa yang guru ajar, tidak mudah mengantuk
dan semakin rajim beribadah.Saya rasa bertuah dan berterima kasih kepada mama
kerana selalu memberi sokongan dan menyediakan minuman Smartcoco yang lazat dan
berkhasiat.
Mama juga
adalah pengemar minum Kopi Barli Munawwarah, saya juga tidak menyangka dengan
mendapat 7A keputusan PT3 membuat Mama dan Abah sangat gembira dan bersyukur
kepada Ilahi serta terima kasih tida terhingga kepada pengasas Fortune
Resources iaitu Puan Hajjah AIDA MURNI kerana membantu kami sekeluarga dalam
menyelesaikan kesihatan saya dan Mama. Saya bertambah semangat menempuh
berbagai cabaran.
HAZIM FIKRI BIN AZMAN
SM INTEGRASI SAINS TAHFIZ
Mama saya
telah memberi saya dan adik beradik saya minum Smart Coco A+ sejak saya di
tahun 4 sekolah rendah lagi. Rasanya sedap dan saya percaya ia berkhasiat sebab
mama masih istiqamah membekalkan Smart Coco A+ untuk kami bawa pulang ke asrama
setiap minggu. Dengan izin Allah kami empat (4) beradik semua berjaya dalam
peperiksaan UPSR (5A), PMR/PT3 dan SPM.
Saya yakin
antara asbabnya selain usaha dan doa, Smart Coco A+ membantu daya ingatan yang
kuat untuk membolehkan kami belajar dengan baik dan mendapat keputusan yang
baik. Semasa UPSR 2014 saya mendapat 'straight A's' 5A, dan keputusan PT 3 2017 yang baru lalu saya
mendapat 11A.
Alhamdulillah
dan terima kasih Fortune Resources.
Selain membantu subjek akademik Smart
Coco A+ juga membantu saya dan kakak saya yang bersekolah di sekolah tahfiz
untuk dapat menghafal ayat-ayat Al-Quran dengan baik. Semoga Smart Coco A+ dapat mengekalkan dan
menambah baik khasiatnya untuk memberi kebaikan yang banyak kepada lebih ramai
pelajar dan seisi keluarga."
DANIAL
HAKIM BIN MOHD SUKRI
MTS AL
MUHAMMADIL KG NIPAH
Assalamu’alaikum wbt. Saya Pn Lela dari Kajang, Selangor. Anak saya Danial Hakim Mohd Sukri adalah anak
ke 3 dari 5 adik beradik yang kesemuanya mengamalkan minum SmartCoco A+. Danial Hakim telah mula meminumnya sejak di
sekolah rendah lagi. Dia amat menggemari
SmartCocoA+ ini kerana rasanya yang sedap dan lazat.
Danial Hakim yang tinggal di asrama di Kelantan
sejak dari tingkatan 1 lagi telah menjadikan SmartCoco A+ sebagai makanan
tambahannya. Justeru itu, saya sentiasa membekalkan SmartCoco A+ setiap kali dia
balik ke asrama. Syukur Alhamdulillah
dengan izinNya, berkat usaha dan doa serta amalan minum SmartCoco A+ yang
berterusan, Danial Hakim telah berjaya mendapat 7A 4B dalam peperiksaan PT3
2017 dan menghabiskan hafazannya sehingga juzuk 21.
Danial Hakim telah mendapat tawaran untuk ke SBP
dan MRSM. Dia menolaknya kerana mahu menghabiskan hafazannya dan berazam
mencapai kecemerlangan dalam SPM 2019 di KTSNA dengan usaha dan amalan minum
SmartCoco A+. In syaa Allah. Terima kasih kepada SmartCoco A+ dan Pengasas
Fortune Resources.
ALYA NABILAH BINTI ADNAN
SK MEN. KEB. AGAMA SEGAMAT, JOHOR
Kami
menjadi pelanggan setia SmartCoco A+ sejak tahun 2013 lagi. Setiap pagi anak-anak saya minum SmartCoco A+
ini tanpa rasa jemu. Alhamdulillah kerana keyakinan dengan bantuan Allah dan
konsisten bersarapan bersama SmartCoco A+ ini, anak-anak saya sentiasa berjaya
dalam peperiksaan yang mereka tempohi.
Anak
pertama saya, Ahmad Azizi bin Adnan, bersekolah di Sekolah Agama Menengah Al
Khairiah, Segamat, telah menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama Negeri
Johor pada tahun 2017 dan telah berjaya mendapat Mumtaz. Manakala adiknya, Alya Nabilah binti Adnan,
yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat, juga telah
berjaya mendapat 8A dalam PT3 pada tahun 2017.Terima kasih Allah dan terima kasih SmartCoco A+.Moga terus maju.
MOHAMAD FARIS AIMAN BIN MOHD AZAHRI
SM SAINS, TAPAH
Assalamualaikum ,
saya telah mengambil Smart Coco A+ ni sejak saya berusia 11 tahun lagi dan
alhamdulillah dengan izin Allah saya telah mendapat keputusan yang cemerlang
untuk UPSR dengan memperolehi 5A . Sehingga kini, saya masih lagi mengambil Smart Coco A+ ini dan sekali lagi saya memperolehi keputusan yang cemerlang
untuk PT3 dengan memperolehi 10A . Selain itu, saya berasa segar dan lebih
aktif dalam menjalani kehidupan seharian saya sebagai seorang pelajar. Malah,
saya tidak rasa mengantuk didalam kelas dan lebih fokus dalam pembelajaran.
Saya akan terus mengamalkan minuman Smart Coco A+ ini dalam kehidupan seharian
saya .
AHMAD ANSORUDDEEN BIN ABDULL
LATIF
SAM BESTARI
Sebagai
seorang pelajar, proses pembelajaran amatlah mencabar dan ianya memerlukan
kekuatan dari aspek mental dan fizikal. Bagi seorang pelajar seperti saya yang
belajar di sekolah berasrama penuh (Sekolah Agama Menengah Bestari:SAMBestari,
USJ 5, saya perlu bijak menguruskan masa untuk belajar serta melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti sekolah. Kebiasaannya, rasa penat serta mengantuk
sering mengganggu tumpuan dan konsentrasi saya semasa di kelas. Di samping itu,
rasa penat ini juga kadangkala mengganggu saya ketika terlibat dengan pelbagai
aktiviti kelab dan persatuan. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, setelah
mengamalkan minuman tambahan Smartcoco A+ semasa sarapan , saya dapat merasakan
perubahan yang amat ketara. Saya tidak lagi letih dan mengantuk, malah saya
menjadi semakin bertenaga dan ini banyak membantu saya untuk kekal fokus ketika
belajar, begitu juga ketika terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum.
Alhamdulillah, berkat doa ibubapa, para guru serta ikhtiar saya untuk meminum
minuman Smartcoco A+ ini, saya telah berjaya memperolehi 9A,3B,1C di dalam
Peperiksaan PT3 2017 yang lalu. Oleh kerana itu, saya amat mengesyorkan agar
semua pelajar di pelbagai peringkat untuk mengamalkan minuman Smartcoco A+
sebagai minuman tambahan. Ini adalah kerana;
minuman Smartcoco A+ mengandungi pelbagai makanan sunnah serta
bahan-bahan yang sangat baik untuk otak seperti ginkgo biloba, kismis, madu dan
sebagainya. Semua bahan ini amatlah diperlukan untuk terus bertenaga, fokus dan
aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan kurikulum. Saya telah mengambil Smartcoco
A+ sebagai minuman harian sejak Darjah 4(2012) sudah 5 tahun.
WAN NUR IMAN KAMILAH BINTI WAN MOHD FAIZOL
SMA KAMPUNG LAUT
Saya Wan Nur Iman Kamilah Binti Wan
Mohd Faizol dari SMA Kampung Laut
merupakan salah seorang daripada calon PT3 2017. Disini saya teruja
untuk turut sama berkongsi kebaikan produk keluaran Fortune
Resouces. Sebelum 2017 ibu selalu membekalkan produk 3 serangkai kepada
saya diasrama,namun sikap saya yang acuh tidak acuh serta tidak istiqomah dalam
pengambilannya mungkin kurang menampakkan hasil, saya masih ditahap dan
sikap yang lama kurang fokus ketika guru mengajar, selalu tidur di dalam
kelas juga seorang pelajar yang mendapat
gred ‘F’ untuk mata pelajaran Sains dan Matametik.
Ibu saya runsing melihat perangai dan
juga keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 saya.Bermula dengan result akhir tahun yang
teruk saya terpanggil untuk membaca brosur yang selama ini memang telah
tersedia ada bersama-sama saya diasrama,bermula saat itulah saya terus tertarik dan bertekad cuba untuk
memenuhi segala nasihat untuk
mengamalkan produk fortune serta menggunakan sebaik mungkin peluang yang Allah
berikan kepada selama ini yang saya tidak hargai.Bermula Januari 2017 saya
merasa ada perubahan yang sangat ketara dari sudut focus saya dalam pelajaran
dan juga tahap hafazan saya semakin baik. Produk tiga serangkai ini membantu
meningkatkan daya ingatan dan juga tahap kecerdasan dan konsterasi minda serta
membantu mengekalkan bahan keperluan dalam badan yang amat diperlukan bagi
setiap pelajar..Saya terus istiqomah mengamalkan segelas Smart Coco A+ , 2 biji
Smart Sweet setiap pagi dan juga jus alkhaira dan telah menjadi rutin harian saya.
Saya merasakan perubahan yang
berlaku pada diri saya selepas penggunaan Smart Coco A+ , Smart Sweet dan jus
alkhaira.Sewaktu peperiksaan percubaan PT3,saya mendapat 1A 5B 1F telah menunjukkan sedikit
peningkatan,Alhamdulilah berkat doa,usaha yang tidak pernah jemu serta ikhtiar
melalui pemakanan produk fortune ini Allah telah bagi kurnian yang sangat
berharga buat saya.semua ni kurnia dari Ilahi,syukur saya telah mendapat
keputusan yang amat mengejutkan saya sendiri
iaitu 7A dalam PT3 2107 dengan 13 juz hafazan al-Quran.Syukur padaMu ya
Allah..Rezeki dariNya saya juga telah terpilih untuk melanjutkan ke tingkatan 4
ke Maahad Tahfiz AL-Quran Terenganu sesi 2018. Saya berazam akan terus
istiqomah mengamalkan produk keluaran fortune kerana yakin dengan perubahan
yang saya alaminya sendiri.InsyaAllah saya akan cuba berkongsi kebaikan produk
ini dengan rakan-rakan saya di MTQT.Sekalung terima kasih khas buat ummi
tersayang.maafkan anakmu kerana kurang menghargai peluang yang telah ummi
sediakan buat kakak selama ini,,terima kasih semua guru yang telah mendidik
saya dari tulis baca hingga saat ini .Doakan impian saya menjadi hafizah
tercapai seterusnya beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Juga jutaan terima kasih tidak
terhingga khas untuk Fortune Resources kerana telah mengeluarkan
produk yang luar biasa menggunakan
makanan sunnah yang sangat lazat kearah
menjana ummah cemerlang .Moga usaha
murni ini dinilai sebagai satu ibadat dan ada ganjaran disisNya
mudah-mudahan..aamiin…..Syukur padaMU Ya Allah..
AMIRUL HAKIM BIN MOHD YUSRI
SMAP BENTONG
Assalammualaikum,
Syukur Alhamdulillah atas anugerah
tuhan, diberi kesihatan dan sempurna fizikal dan mental. Diberi keupayaan untuk
membahagiakan ibubapa dan guru-guru. Syukur juga dikurniakan semangat untuk
berjuang demi agama, bangsa dan negara. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
Fortune Resources kerana mencipta minuman coklat Smart Coco A+.
Saya merupakan seorang pelajar di
SMAP Bentong sejak 2015. Sekolah tersebut merupakan sekolah berasrama penuh
aliran Ulul Albab. Selain daripada perlu fokus dengan pembelajaran subjek
akademik, saya juga perlu menghafal al-Quran. Setiap hari, jadual
kehidupan saya di asrama sangat padat. Saya perlu belajar, menghafal dan
menguruskan keperluan diri. Pada awal persekolahan saya rasa agak tertekan
dengan perubahan suasana dari rumah ke sekolah berasrama penuh. Namun, pada
suatu hari teradapat seorang hamba Allah telah menghadiahkan sekotak Smart Coco
A+ kepada setiap seorang pelajar di sekolah saya. Bermula daripada hari itu,
ibu saya mula membeli Smart Coco A+ untuk saya dan adik beradik yang lain.
Setiap pagi, saya akan memastikan diri saya mengambil minuman Smart Coco A+
sebagai minuman pagi supaya saya kekal bertenaga sepanjang hari. Rasanya yang
sedap membuatkan saya tidak jemu untuk mengambilnya setiap hari.
Insha Allah, saya akan mengamalkannya
secara konsisten, dan mula fokus untuk peperiksaan SPM yang akan datang. Tolong
doakan saya ya untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM supaya saya dapat mencapai
cita-cita saya iaitu untuk menjadi seorang engineer yang berjaya.
Terima kasih Fortune Resources.
Smart Coco A+ terbaik
NUR HUSNA FATIHAH BTE MUSTAFA
SEK AGAMA MEN CHERAS
Assalamualaikum.Saya Nur Husna Fatihah calon PT3 2017 telah memperolehi
keputusan yang baik.Alhamdulillah saya telah membanggakan kedua ibu bapa saya
. Saya telah memperolehi 7A 5B 1C. Keputusan yang saya memperolei adalah berkat
sama usaha saya, doa kedua ibu bapa sya dan juga mengamalkan makanan sunnah
dimana salah satunya produk SmartCoco A+ dari Fortune Resources.Saya telah
mengunakan produk ini sejak saya berumur 10 tahun.sejujur nya produk ini telah
membantu saya dari segi memberi tenaga dan kecerdasan minda , 6 bulan sebelum
saya menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3, saya telah bangun seawal 4 pagi untuk
beramal dan mengulangkaji pelajaran dimana saya mempunyai 4 jam sahaja untuk
merehatkan jasmani dan rohani saya.Namun pengunaan minuman SmartCoco A+ telah
membantu saya bertenaga dan kecerdasan minda saya untuk kekal segar tanpa
merasa mengantuk pada waktu sekolah. Kehebatan produk ini telah dapat saya
buktikan apabila pada suatu hari itu keluarga saya tidak mempunyai bekalan
Smartcoco A+ dan saya bersama adik saya terpaksa minum Ovaltine atau Milo yang
hanya memberi tenaga pada awal pagi dan membuat saya rasa mengantuk apabila
menjelang tengah hari Tercetusnya idea ibunda saya untuk mengamalkan produk
ini adalah apabila ibunda saya mendengar berapa testimony di radio IKIM FM yang
telah menarik perhatian ibunda saya. Sewaktu umur 10 tahun saya telah berkongsi
1 sachet bersam adik lelaki saya oleh kerana kos sara hidup yang
meningkat.Namun begitu perkongsian itu bukan tanda noktah untuk sesuatu produk itu
berkesan.
Terima Kasih kepada Fortune Resources kerana berjaya menghasilkan produk
minuman kesihatan yang baik dan berkualiti untuk membantu kecermerlangan UMMAH.
Kesimpulan selama 5 tahun mengunakan produk Smart Coco A+ , kejayaan cemerlang
inilah sebagai bukti yang dapat membuka mata orang ramai untuk menggunakan
produk yang mempunyai bauyak khasiat dan sesuai digunakan oleh semua lapisan
umur. Terima Kasih FORTUNE RESOURCES.
NUR DALILAH ANISHAH BT MOHD SHAH
SMK ALAM
MEGAH 2
Assalamualaikum.Kami sekeluarga menggunakan dan mengamalkan pemakanan produk Smart Coco dan Smart Sweet sejak berumur 6 tahun.Setiap pagi, Smart Coco menjadi minuman sarapan kami sebelum ke sekolah.Alhamdulillah, minuman ini dapat membantu kecergasan dan fokus pada pembelajaran kami. Setiap tahun peperiksaan sekolah saya memperolehi markah yang konsisten dan menduduki tempat yang baik di dalam kelas.Keputusan peperiksaan sekolah agama tahun 5 (UPKK) saya memperolehi 8A,
tahun 6 (PSRA) saya mendapat gred MUMTAZ. Alhamdulillah, peperiksaan UPSR saya mendapatkan keputusan 4A 1B dan saya juga telah memperoleh dalam 10A PT3 2017. Sehingga kini, kami sekeluarga masih mengamalkan minuman dan produk Fortune Resources. Saya berharap dapat meneruskan mendapat kecemerlangan di masa depan untuk menghadapi SPM dan keperingkat yang lebih tinggi.
Sekian terima kasih.
MUHAMMAD
ZARIF BIN AMDAN
SEK.
BERASRAMA PENUH INTERGRASI TEMERLOH
Assalamualaikum…saya
mengenali Smartcoco A+ melalui radio IKIM..lama…masa anak2 sekolah rendah…3
permata hati saya.. Muhammad Zukhairi,Muhammad Zarif n satu2nya puteri
kesayangan..Adila Aisyah…sekarang si sulung sedang melanjutkan pelajaran di UUM
sintok Kedah…Alhamdulillah antara..berkat kebaikan smartcoco..dapat keputusan
peperiksaan yang membanggakan. Si bongsu…memang hingga kini membawa bekalan
smartcoco nya ke sekolah berasrama penuh integrasi Temerloh…mendapat keputusan
UPSR..dgn 5A…alhamdulillah ..dulu..masa dia orang kecik2 saya bancuh 1 paket
smartcoco utk 3 orang adik beradik ini..maklumlah…nak jimat…tapi tetap
mempercayai ada kebaikan dgn meminum minuman smartcoco ni..itulah satu jenama
smartcoco yang termurah d pasaran..tetapi khasiatnya amat tinggi..dan amat
berterima kasih pada Puan Aida Murni..dapat mengekalkan harga sebegitu sehingga
sekarang…Tahniah puan ...ya..rezeki Allah…orang yang baik and rajin berinfak
ini akan ditambah rezeki.
MUHAMMAD MUNZIR BIN MD ZAIN
MAAHAD TAHFIZ SAINS YAYASAN KHAIRIAH, KUPANG
Minuman Smart Coco A+ keluaran
Fortune Resources menjadi pilihan kami sekeluarga kerana ianya suplemen yg sangat
berkhasiat selain mudah disediakan. Sepanjang
mengamalkan minuman tersebut saya lebih senang untuk mengadaptasi proses
pembelajaran yang padat ditambah dengan waktu pembelajaran yang panjang untuk
kehidupan seharian.
Saya telah menggunakan produk SmartCoco A+ semenjak saya berada di sekolah
rendah lagi. SmartCoco A+ memberikan impak yang begitu memberangsangkan. Saya
menjadi lebih fokus ketika belajar dan mudah membantu untuk hafazan serta lebih
aktif sama ada didalam mahu pun diluar kelas. Alhamdulillah, saya telah
mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3 pada tahun 2017.
Saya berharap lebih
ramai lagi ibubapa yang akan memberikan pada anak2 mereka untuk masa hadapan
yang lebih cemerlang dan juga akan memperkenalkan produk ini kepada kawan kawan
saya.
''BERSAMA KITA MEMBINA UMMAH YANG CEMERLANG''
UPSR 2017
Kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan telah berkongsi dengan pihak FORTUNE RESOURCES, kami berbesar hati untuk kepada adik-adik semua dan kami doakan supaya terus cemerlang dalam bidang agama dan akademik. Adik-adik yang telah berkongsi seperti berikut;
MOHAMAD NAUFAL
SK DATO AHMAD
MANAF, NILAI,
N. SEMBILAN
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah mendapat 6A di dalam peperiksaan UPSR
2017 baru-baru ini dan 8A di dalam peperiksaan UPKK pada tahun lepas. Berkat
usaha gigih saya, bersama didikan, dorongan dan tunjuk ajar daripada ummi dan
ayah serta guru-guru, saya rasa sangat terhutang budi. Saya juga merasa sangat
teruja untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Fortune Resources
kerana mengeluarkan produk makanan minda yang terbaik yang pernah saya cuba.
Ummi saya telah memberikan saya smart cocco A+ dan smart sweet A+ kepada saya
setiap pagi ketika saya masih berada di darjah 3 lagi. Saya rasa sangat
bertenaga dan boleh fokus lebih lama di dalam kelas Ketika itu saya bukanlah pelajar yang berada
di kelas pertama.
Alhamdulillah berkat usaha, doa dan konsisten mengamalkan
smart cocco A+ dan smart sweet A+ , tahap pembelajaran saya semakin meningkat
sehinggalah saya berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan
UPKK, UPSR, mendapat anugerah tokoh kokurikulum Sekolah rendah Dato’ Ahmad
Manaf 2017 dan johan hafazan (MTAQ) Lelaki peringkat daerah Seremban.
Alhamdulillah. Saya sekeluarga akan sentiasa menggunakan produk Fortune
Resources untuk kesihatan dan kesinambungan kecemerlangan di masa hadapan.
AHMAD MU'ADZ
SK BALOK
KUANTAN,
PAHANG
Saya Azlina dari
Balok, Kuantan . Ini kali ketiga anak saya menduduki UPSR. Setiap
kali bakal menghadapi peperiksaan besar, saya pasti akan membekalkan anak saya
dengan Smart coco A+. Anak pertama saya, Ahmad Haris dan anak kedua
saya, Ahmad Adam juga adalah pengamal dan penggemar setia minuman ini.
Alhamdulillah dengan izin Allah, mereka cemerlang dalam setiap
peperiksaan besar seperti UPSR.
Pada tahun ini, anak ketiga saya, Ahmad
Mu’adz telah menduduki UPSR. Alhamdulillah berkat usaha
yang berterusan, Mu’adz Berjaya mendapat 6A. Pastinya dia tidak lupa
untuk meminum air smart coco A+. Selain rasanya yang enak dan lazat,
smart coco A+ mudah diminum kerana hanya perlu ditambah air. Setiap
kali ingin menikmatinya, Mu’adz boleh membancuhnya sendiri tanpa bantuan
saya. Smart coco A+ banyak memberi kesan positif dalam urusan hariannya. Mu’adz
mudah untuk fokus dalam kelas dan jarang mengantuk ketika guru
mengajar. Ini sekaligus membuatkannya dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya dalam kelas.Keputusan peperiksaannya juga sering meningkat dari
bulan ke bulan.
Bermula dengan hanya 1A dan 2A pada awal tahun,
keputusannya terus meningkat sehingga ke 4A sekitar bulan Julai. Dan
kejayaan 6A berjaya digenggam apabila keputusan UPSR baru-baru ini di
umumkan. Syukur Alhamdulillah. Sebagai seorang ibu, saya sangat
gembira dengan peningkatan yang Mu’adz tunjukkan dalam pembelajaran
. Terima kasih kepada smart coco A+ dan Pengasas Fortune Resources.
NUR ISMAHANI
SK SEKSYEN 19,
SHAH ALAM
SELANGOR
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua. Nama saya ialah Nur Ismahani binti Othman. Untuk
makluman, saya mula menggunakan produk Smart Coco A+ ini semasa saya darjah 4
setelah mendengar penjelasan tentang produk ini di siaran langsung radio
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Pada setiap hari sebelum ke sekolah,
adalah menjadi rutin buat ibu saya untuk membancuh air Smart Coco A+ ini
diminum oleh saya dan juga kakak saya, Nur Irdeena binti Othman. Sebagai
tambahan, saya juga kadang-kadang membawa ke sekolah untuk dimakan begitu
sahaja pada waktu rehat. Minuman Smart Coco A+ ini memberi kesan yang baik
terhadap saya. Saya dapati diri ini bertambah aktif dan lebih bertenaga untuk
mengulangkaji pelajaran. Saya juga lebih cekap berfikir dan cepat mendapat idea
apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan dan juga lebih berkeyakinan dalam
menjalani urusan harian. Alhamdulillah...prestasi saya dalam bidang akademik
meningkat dari tahun ke tahun yg lain.
Pada darjah 6 saya lebih kerap minum
supaya lebih bertenaga untuk mengulangkaji dan lebih fokus ketika belajar di
sekolah.
Akhirnya,
dengan izin Allah Taala, alhamdulillah saya telah mendapat pangkat Mumtaz dalam
PSRA dan memperoleh 6A dalam peperiksaan UPSR 2017. Semoga ini menjadi
pemangkin dan permulaan yang baik untuk saya mengorak langkah di masa hadapan.
Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan juga berterima kasih kepada pengeluar
produk Smart Coco A+ iaitu Fortune Resources (Puan Murni sebagai pengasas)
kerana telah menghasilkan minuman sunnah dan berkhasiat. InsyaAllah, saya akan
terus minum Smart Coco A+ di masa hadapan untuk kejayaan yang lebih cemerlang.
Saya percaya dengan mengamalkan minum Smart Coco A+ secara konsisten dan juga
dengan berkat usaha, doa semua orang-orang tersayang, dan bertawakal kepada
Allah, kita boleh mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan
akhirat. Mohon doakan saya dan maafkan saya. Sekian, terima kasih.
NURSYUHADA
SK TENGKU AMPUAN FATIMAH,
PAHANG
Assalamualaikum,
Saya Nursyahada Binti Mahat. Saya telah mwngamalkan SmartcocA+ sejak bulan Julai
sebelum saya mengamalkan nya saya mudah mengantuk serta tidak focus ketika guru
mengajar dan keputusan peperiksaan saya juga merusut.
Alhamdulillah sengan izin
Allah selepas mengamalkan Smartcoco A+, saya sudah tidak mengantuk lagi dan
boleh focus ketika guru mengajar.Keputusan peperiksaan saya juga meningkat.Dulu
pada awaltahun, sayahanya mendapat 3 A sahaja tetapi selepas minum SMARTCOCO
A+saya Berjaya mendapat 5 A didalam peperiksaan percubaan UPSR.
Alhamdulillah
akhirnya saya mendapat 6A dalam UPSR dan mumtaz dalam PSRA. Syukur
Alhamdulillah, Terima Kasih Smartcoco A+
M FAIZ IZZUDIN
SK ALAM MEGAH DUA,
SEKSYEN 27,
SELANGOR
Assalamualaikum
wbt.
Saya adalah seorang pelajar yang sangat setia dan menggemari produk
Fortune Resources, terutamanya Smart Coco A+.
Ibu saya telah mengenalkan saya dengan Smart Coco A+ ini sejak saya
darjah 1 lagi dan saya menjadi sangat menggemarinya.
Aktiviti di sekolah yang banyak memerlukan tenaga membuatkan saya
menjadikan Smart Coco A+ ini sebagai sumber minuman dan makanan berkhasiat
saya. Saya mesti bersarapan pagi dengan
air Smart Coco A+ dan sentiasa memastikan saya ada bekalan di dalam beg sekolah
saya. Saya akan memakannya begitu sahaja sekiranya saya tidak mempunyai air
panas. Antara kelebihan yang saya rasai dengan meminum Smart Coco A+ ini ialah
ia menguatkan daya ingatan saya, memberi tenaga dan menjadikan saya pelajar
yang cergas.Saya mudah bangun pagi kerana dapat
tidur yang nyenyak di malam hari. Menjadi pelajar dua sesi iaitu sekolah
kebangsaan dan sekolah agama, di hujung minggu pula memasuki kelas hafazan, dan
kelas tambahan Smart Coco A+ menjadikan saya
sentiasa cergas dan gembira dengan sesi pembelajaran saya.
Alhamdulillah dengan istiqamah menggunakan produk Fortune Resources,
terutamanya Smart Coco A+ ini, saya telah mendapat 8A untuk Ujian Penilaian
Kelas KAFA (UPKK) 2016, Mumtaz untukPenilaian
Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2017 dan yang terbaru saya
mendapat 6A untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.
NUR ALEYA ADDINA
SK SERI BAYU
SERI MANJUNG,
PERAK
Anak saya Nur 'Aleya Addina mula
istiqomah meminum smart coco A+ sejak berada di tahun 3 dia akan meminum smart
coco A+ pada waktu pagi sebelum ke sekolah dan waktu malam sebelum tidur
alhamdulillah dengan izin Allah smart coco A+ memberi anak saya kecerdasan
minda dan fizikal setiap hari malah saya juga selalu berkongsi minum smart coco
bersama anak saya...
Alhamdulilah Dipanjatkan kesyukuran
ke hadrat Illahi atas limpahan rahmat dan Kasih sayangnya anak saya berjaya
memperolehi 6A dalam UPSR, 6 A dalam SRAI dan 8 A dalam UPKK dan alhamdulillah
juga setiap tahun menerima anugerah cermerlang di sekolah pada setiap tahun...
Segalanya dengan izin Allah yang
memberi kejayaan buat anak saya dan smart coco A+ juga kesungguhnya belajar
menjadi sebahagian Asbab pada kejayaannya...
Akhir kata dari kami terima kasih
kerana menghasilkan produk yang bermenafaat untuk semua...
AMMAR FIRDAUS
SK SAUJANA UTAMA
SUNGAI BULOH
SELANGOR
Minuman Smart Coco A+ keluaran Fortune Resources menjadi pilihan
kami sekeluarga kerana ianya suplimen yg sangat berkhasiat selain mudah
disediakan.
Sepanjang mengamalkan minuman tersebut anak2 kami lebih senang
untuk mengadaptasi proses pembelajaran yang padat sejak darjah 5.
Alhamdulilah Ammar Firdaus b Mohd Aizal berjaya meraih kejayaan cemerlang dalam
peperiksaan UPKK dengan memperolehi 8A. Kejayaan demi kejayaan dicapai
semasa Tahun 2017 yang mana untuk 3 kali peperiksaan percubaan UPSR dua
kali beliau memperolehi 6A dan sekali 5A. Debaran berakhir apabila
keputusan peperiksaan UPSR 2017 yang sebenar diumumkan. Alhamdulillah beliau
memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut dengan mendapat
6A. Selain itu beliau juga menperolehi Tempat Pertama di dalam kelas
untuk Peperiksaan Akhir Tahun selain menerima Anugerah Nilam.
Alhamdulillah pengalaman selama 6 tahun di sekolah rendah diakhirkan dengan
memori2 yang sangat manis.
Syukur alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
atas anugerah kegembiraan ini. Terima kasih juga kepada Smart Coco yang menjadi
peneman anak saya yang banyak mencetuskan momen2 indah dan bahagia.
Memang kami syorkan untuk ibubapa di luar sana mencubanya kerana ianya
memang berkhasiat dan mempunyai rasa yg amat lazat. Dengan campuran
madu, tamar dan kismis
memang ianya nikmat dunia mana hendak didustakan.
IRFAN
SK TAHFIZ AL ISLAH
SHAH ALAM
Alhamdulillah . terima kasih para
guru atas ilmu yang dicurahkan.. Yang paling penting usaha ummi saya yang
memperkenalkan produk smartcoco A+ kepada kami adik beradik. Dahulu abang saya,
kini saya pula berjaya memperolehi semua A dlm UPSR baru-baru ini.Smart coco
membantu saya menjadi segar walaupun belajar dan menghafal al-quran sehingga
tamat sesi persekolahan sebelah petang.
Smart coco A+ sesuai dijadikan
sarapan pagi kerana mudah terasa kenyang dan mampu bertahan sehingga waktu
rehat .. Mampu membantu untuk fokus dalam kelas.. Insyaallah saya dan keluarga
akan istiqamah meminum smartcoco A+ bila berada di sekolah menengah pulak.
semoga kejayaan akan terus mengiringi saya dan keluarga saya.
Terima kasih smartcoco
A+.
ZETI AMEERAH
SK SAUJANA UTAMA
SUNGAI BULOH SELANGOR
Assalamualaikum w.b.t
Nama saya Zati Ameerah Syaheeda binti Sahrul, murid Sekolah Kebangsaan
Saujana Utama dan In Sya Allah tahun 2018 akan menjadi pelajar Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi Gombak setelah mendapat 6 A di dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), MUMTAZ dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama
(PSRA) dan tahun lepas 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa(UPKK). Alhamdulillah
kerana Allah s.w.t memberikan hidayah kepada kedua orang tua saya untuk menukar
minuman tenaga berasaskan coklat kepada Smart Coco A+. Kami sekeluarga telah
mula mengamalkan Smart Coco A+ sejak akhir 2014 kerana semasa itu kakak saya
bakal mengambil UPSR pada 2015. Beliau juga dapat keputusan yang cemerlang
iaitu 5A dalam UPSR dan Mumtaz dalam PSRA. Kini, kakak saya sedang belajar di SBPI
Tun Abdul Razak. Kandungan asas Smart Coco A+ amat berkhasiat untuk
perkembangan minda saya kerana terkandung sebahagian dari makanan Sunnah
seperti kismis, madu dan tamar. Saya telah diberikan Smart Coco A+ setiap hari
sebagai sarapan sebelum bertolak ke sekolah. Kesannya, saya jarang berasa lapar
atau kepenatan bahkan berasa lebih bertenaga dan berfokus. Selain daripada itu,
saya dapat mengingat dan memahami pelajaran yang diajar guru dengan lebih
cemerlang. Saya rasa amat bersyukur kerana produk Smart Coco
A+ menjadi pemangkin kepada kecerdasan minda kami sekeluarga. Apa yang
lucunya, setiap kali kakak saya ingin pulang ke asrama, telah menjadi amalan
dia mesti memesan ibu atau bapa kami membekalkannya sekotak dua Smart Coco A+.
Saya juga suka minum Smart Coco A+ dengan cara sebungkus dibancuh dengan air
dan sebungkus lagi ditabur di atasnya seperti minum Milo Dinosur. Pengalaman
keluarga kami ini saya kongsikan agar sahabat-sahabat yang sedang belajar
mencuba dan mengamalkan produk ini. Alhamdulillah, Terima Kasih SmartCoco A+.
NUR AMNI BATRISYA
SK KERTEH
KEMAMAN
TERENGGANU
Assalamualaikum.
Saya Nur Amni Batrisyia bt Mohmad Razali. Saya bersekolah di Sekolah kebangsaan
Kerteh,.Kemaman, Terengganu. Saya juga merupakan pengguna tegar minuman Smart
Coco A+ dan Smart Sweet A+ bermula umur saya 4 tahun dan sehingga kini. Minuman
ini sangat lazat dan menyedapkan. Selain itu, ia memberikan saya tenaga dan
menyihatkan tubuh badan saya memandangkan jadual kelas saya begitu padat sekali.
Saya juga terpaksa hadir ke kelas tambahan pada waktu petang dan malam. Malah
juga pada hari minggu. Saya mengambil minuman ini sebanyak 1 sachet 2 kali
sehari.
Syukur Alhamdulillah dengan izinNya dan cara pemakanan yang sihat
seperti mengambil minuman Smart Coco A+ ini, saya berjaya meraih 64 dalam UPSR
2017. Syukur ke hadrat llahi. Alhamdulillah juga saya sangat-sangat berpuas
hati dengan minuman Smart Coco A+. lnsyaAllah saya akan terus rhengamalkan
minuman Smart Coco A+ setiap hari.
Terima kasih Fortune Resources yang
mengeluarkan produk terbaik ini.
MOHD FARIS
SK SUNGAI RAYA
PERAK
Assalamualaikum
w.b.t.. Nama saya Muhammad Faris Bin Mohd Fadli, pelajar yang telah menduduki
peperiksaan UPSR dengan keputusan 6A alhamdulillah. Saya belajar di SK Sungai
Raya, Perak.
Kehidupan
seharian saya sebagai seorang pelajar pada setiap hari pasti akan dimulakan
dengan Smart Coco A+ sebagai sarapan yang sangat menyegarkan. Ini bermula sejak
saya kecil apabila ibu saya sudah menjadikan Smart Coco A+ sebagai stok wajib
yang perlu ada di dalam rumah dan memastikan kami sekeluarga mengambilnya
setiap hari. Alhamdulillah, peperiksaan demi peperiksaan pada setiap tahun
sejak darjah satu berjaya saya kekalkan prestasi untuk berada di tangga
pertama.
Pada
tahun 2016, saya juga telah mendapat 8A dalam UPKK, ujian kelas kafa hasil
daripada usaha dalam menuntut ilmu disamping mengamalkan produk yang terbaik
dari Fortune Resources. Smart Coco A+ juga bukan sahaja memudahkan saya untuk
mengingati sesuatu, malah ianya turut menghilangkan sedikit sebanyak gemuruh,
stress, penat dan sebagainya dalam diri saya. Buktinya, saya berjaya mewakili
sekolah ke peringkat akhir Pertandingan Pidato Piala Diraja Negeri Perak.
Alhamdulillah.
Kini
kesemua 5 adik beradik saya berjaya dalam apa yang mereka ceburi hasil daripada
usaha, pengambilan produk yang terbaik dari Fortune Resources dan yang paling
penting rezeki daripada Allah. Rasa Smart Coco A+ yang sedap ini membuatkan
saya ketagih untuk minum lebih dari satu cawan sehari :) Terima kasih Fortune
Resources untuk produk yang berkualiti, sihat dan sedap
M MAIZZUDDIN
SK KING GEORGE V, SEREMBAN
N. SEMBILAN
Saya telah mula minum SMART
COCO A+ sejak berada di darjah 4. Pada peperiksaan UPKK 2016 saya berjaya
perolehi kuputusan 8A. UPSR 2017 pula, saya meraih keputusan 6A dan 8A untuk
UPSRA. Minuman ini sangat membantu memelihara kesihatan dan kecergasan minda
dan fizikal saya.
Pengambilan SMART COCO A+ ini sangat membantu minda dan fizikal saya untuk
terus kekal cergas dan cerdas seharian. Sememangnya, ia
sangat membantu. SMART COCO A+ menguatkan daya ingatan dan merangsang
saya untuk kekal aktif dan tidak mengantuk ketika belajar dan setiap kali
mengulangkaji pelajaran.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fortune Resources kerana dengan
adanya produk ini, dapat membantu saya untuk menjadi pelajar cemerlang dan
gemilang, di dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, saya telah mendapat tawaran ke sekolah Maahad Ahmadi di
Gemencheh, NS dan SBP SMKA Labu, NS tetapi saya mengambil keputusan untuk terus
menuntut ilmu dan membuat hafazan 30 juzuk di sekolah Tahfiz Model Ulul Albab,
SMKA Dato' Hj. Abu Hassan bin Hj. Sail. Semoga Allah memudahkan urusan-urusan
saya.
Syukur kepada Allah SWT… SMART COCO A+ adalah yang TERBAIK!! Produk
ini saya masih teruskan walaupun tinggal di asrama, untuk memastikan saya terus
kekal sihat dan cergas juga TERBAIK!
Terima kasih Puan Murni. Moga Allah membantu puan untuk terus membantu
insan-insan yang lain.
NUR MAISARAH IDAYU
SK RUSILA
TERENGGANU
Saya ibu
kepada Normaisarah Idayu Bt Rusly. Saya mula memberi anak saya minum smartcoco
A+ sejak dia darjah 5 lagi. Saya dapat tahu mengenai khasiat smartcoco A+ ni
melalui kawan saya. Dia memberitahu telah memberi anaknya minum air smartcoco
A+ dan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan
PT3.
Semasa sebelum mengambil smartcoco A+ pencapaian anak saya dalam peperiksaan
ada lah biasa biasa sahaja. Setelah mengambil minuman Smartcoco A+ pencapaian
anak saya semekin meninngkat. Penghafalan juga semakin baik. Dalam bidang sukan
juga anak saya aktif…beliau mewakili Daerah untuk pasukan bola baling. Untuk
penumpuan semasa belajar juga semakin baik. Kalau sebelum ambil Smartcoco A+
beliau selalu mengantuk dalam kelas dan kurang dapat memberi tumpuan semasa
cikgu mengajar. Keputusan peperiksaan dari awal tahun hingga lah peperiksaan
UPSR keputusan beliau semakin meningkat.
Syukur Alhamdulillah anak saya mendapat
5A 1B.
EMIRUL ADHAM
SK TRONOH
PERAK
Anak saya Emirul Adham belajar di
Sek.Keb.Tronoh Perak. Ketika berada di Tahun 2, keputusan peperiksaannya berada
pada tahap yang kurang memuaskan. Atas nasihat ibu, saya telah mengamalkan
memberi anak saya minuman smartCoco A+ untuk membantu prestasi
pelajarannya. Ketika anak saya berada di Tahun 3 dan 4, prestasi
pembelajarannya semakin memberangsangkan.
Setelah melihat pencapaiannya yang
meningkat,saya mencuba pula Smart Sweet A+ sebagai supplement tambahan dan
terbukti pada peperiksaan akhir tahun 5, beliau mendapat kedudukan nombor 2
dalam kelasnya. Prestasinya terus cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dimana
beliau Berjaya mendapat keputusan 5A 1B dalam peperiksaan tersebut.
Saya amat
berterima kasih kepada ibu saya yang memperkenalkan saya produk ini dan juga
amat beterima kasih kepada Syarikat Fortune Munawwarah yang telah menghasikan
produk yang bagus ini untuk membantu anak saya mendapat keputusan cemerlang.
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka istiqamah (meneguhkan pendirian mereka), maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan : "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih ; dan bergembiralah kamu dengan jannah (syurga) yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Fussilat : 30)
ANTARA BAHAN-BAHAN ASLI YANG DIGUNAKAN DALAM PRODUK-PRODUK KAMI
BADAM, MADU, DELIMA, KISMIS, KURMA, ALOE VERA, GINKO DAN SEBAGAINYA