UTAMA      SPM      SPM 2015




 
PELAJAR CEMERLANG SPM 2015
TAHNIAH

 
ASEAH BINTI ZAINI
SM AGAMA LUGHATI ARABIAH
TANGKAK, JOHOR
 
Saya telah menggunakan SmartCoco A+ semenjak sebelum UPSR lagi, Alhamdulillah keputusan peperiksaan saya cemerlang sehingga kini. Terima Kasih Fortune Resources kerana menghasilkan produk ajaib ini.
 
  

AIDA LIANA BINTI KAMARUDIN
SM SAINS REMBAU
NEGERI SEMBILAN
 
Assalamualaikum. Saya telah mengamalkan minuman smart coco A+ sejak dari sekolah rendah lagi. Alhamdulillah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Ibu saya sentiasa membekalkan saya smart coco A+ walaupun saya duduk di asrama. Smart coco A+ yang boleh dimakan dengan hanya menuangkannya ke dalam mulut  memudahkan saya menggunakan secara konsisten walaupun dengan jadual yang padat. Berkat mengamalkan minuman ini  dengan izin Allah saya sentiasa cergas di dalam kelas tanpa rasa mengantuk. Alhamdulillah dan terima kasih Fortune Resources.
 
 
 
  
  
MUHAMMAD IKMAL BIN NOORIZAT
SBP INTEGRASI SELANDAR
MELAKA
 

RESPON SAYA AMAT MENYUKAI SMART COCO A+.BUKAN SAHAJA RASANYA YANG ENAK.MALAH,SMART COCO A+ MENGANDUNGI BANYAK KHASIAT.IA JUGA BOLEH DIRATAH BEGITU SAHAJA,AMAT MEMUDAHKAN.DENGAN IZIN ALLAH,SMART COCO A+ BANYAK MEMBANTU SAYA MENGURANGKAN KELETIHAN DAN MENGANTUK DIDALAM KELAS.INI MEMUDAHKAN LAGI PROSES PEMBELAJARAN YANG OPTIMUM.ADIK BERADIK SAYA YANG LAIN JUGA MENGAMALKAN SMART COCO A+.ALHAMDULILLAH,SMART COCO A+ BANYAK MEMBANTU KECEMERLANGAN SAYA.SYUKUR KEPADA ALLAH,TERIMA KASIH FORTUNE RESOURCES DAN JUGA SMART COCO A+

 
  
MUHAMMAD YUSOF BIN ROSHIDAN
SM IZZUDIN SHAH
IPOH, PERAK
 
ALHAMDULILLAH. SAYA TELAH MEMPEROLEH KEPUTUSAN SPM PADA BULAN MAC YANG LALU DENGAN KEPUTUSAN YANG BAGUS NAMUN KEPUTUSAN YANG SAYA PEROLEH TERSEBUT BUKANLAH DATANG DENGAN MUDAH. WALAUBAGAIMANA PUN, SAYA TELAH MELALUINYA DENGAN BANTUAN KELUARGA, GURU-GURU DAN RAKAN-RAKAN SERTA TIDAK LUPA KEPADA PRODUK DARIPADA FORTUNERESOURCES TERUTAMANYA SMARTCOCO YANG SERING SAYA AMBIL PADA WAKTU SARAPAN. IA LAZAT DAN MUDAH UNTUK DIBANCUH SERTA MEMBERI TENAGA UNTUK SAYA MENEMPUH SEHARIAN SAYA YANG SUNGGUH SIBUK. TERIMA KASIH FORTUNERESOURCES.
 
 
  

NURUL FAZLIN BINTI HASNUL HAFIZ
SMK PEREMPUAN LIKAS
KOTA KINABALU, SABAH
 
Assalamu’alaikum.Saya mula mencuba produk Smart Coco A+ pada sekitar tahun 2013 iaitu ketika saya berada dalam  tingkatan 3. Selepas menggunakan produk ini, saya merasakan daya ingatan saya bertambah baik dan saya juga amat menggemari rasanya. Sejak itu, saya menjadi pengguna setia Smart Coco A+ iaitu sejak Jun 2013. Pencapaian saya semakin meningkat sejak saya meminum Smart Coco A+. Alhamdulillah, saya mendapat keputusan 9A dalam PMR 2013.  Saya terus menggunakan produk ini dan juga mengesyorkannya pada rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, dalam peperiksaan SPM 2015 saya mendapat keputusan 12A. Syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada produk Smart Coco A+
 
 
 
 
 
  
AHMAD AIMANUDDEEN BIN ABDUL LATIF
MRSM TUN GHAFFAR BABA
MELAKA
 
Sebagai seorang pelajar, proses pembelajaran amatlah mencabar dan ianya memerlukan kekuatan dari aspek mental dan fizikal. Bagi seorang pelajar seperti saya yang belajar di sekolah berasrama penuh (MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka), saya perlu bijak menguruskan masa untuk belajar serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Kebiasaannya, rasa penat serta mengantuk sering mengganggu tumpuan dan konsentrasi saya semasa di kelas. Di samping itu, rasa penat ini juga kadangkala mengganggu saya ketika terlibat dengan pelbagai aktiviti kelab dan persatuan. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, setelah mengamalkan minuman tambahan Smartcoco A+ semasa sarapan , saya dapat merasakan perubahan yang amat ketara. Saya tidak lagi letih dan mengantuk, malah saya menjadi semakin bertenaga dan ini banyak membantu saya untuk kekal fokus ketika belajar, begitu juga ketika terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum. Alhamdulillah, berkat doa ibubapa, para guru serta ikhtiar saya untuk meminum minuman Smartcoco A+ ini, saya telah berjaya memperolehi 6A+, 3A  di dalam Peperiksaan SPM 2015 yang diumumkan baru-baru ini. Oleh kerana itu, saya amat mengesyorkan agar semua pelajar di pelbagai peringkat untuk mengamalkan minuman Smartcoco A+ sebagai minuman tambahan. Ini adalah kerana;  minuman Smartcoco A+ mengandungi pelbagai makanan sunnah serta bahan-bahan yang sangat baik untuk otak seperti ginkgo biloba, kismis, madu dan sebagainya. Semua bahan ini amatlah diperlukan untuk terus bertenaga, fokus dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan kurikulum. Saya telah mengambil Smartcoco A+ sebagai minuman harian sejak Darjah 6(2010): sudah 6  tahun dan ianya juga menjadi amalan seluruh ahli keluarga saya.
 
 
 
 
  
MUHAMMAD HAZIQ BIN ISMAIL
SMK DATUK BENDAHARA
JASIN, MELAKA
 
Assalammualaikum, saya telah mengamalkan smart coco A+  ini selama  4 tahun semenjak tahun 2010 lagi . Semenjak saya mengamalkan produk ini, saya tidak lagi mengantuk di dalam kelas.vIa memberikan saya tenaga sepanjang hari untuk kekal aktif  dan bersemangat bagi menumpukan perhatian terhadap pelajaran.Selain itu, dulu saya sering mengalami masalah kesihatan terutama selesema sehingga menyebabkan tumpuan kepada  pelajaran saya terganggu. Kini dengan smart coco A+ ia dapat membantu saya mengatasi masalah tersebut. Sepanjang saya mengamalkan produk ini, ia dapat menguatkan ingatan dan mencerdaskan minda saya. Ini telah terbukti bahawa smart coco A+ ini amat berkesan bagi pelajar yang inginkan perubahan seperti saya. Justeru itu, saya amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memberikan kemerlangan di dalam peperiksaan SPM pada tahun ini. Saya akan terus mengamalkan produk ini bagi membantu meningkatkan prestasi  pelajaran  pada  masa akan datang.Sekian….. terima kasih
 
 
  
 
NORADILA AYU BINTI RAZAK
MRSM BATU PAHAT
JOHOR
 
SAYA TELAH MENGAMALKAN PRODUK SMARTCOCO A+ SEJAK 6 TAHUN LEPAS.SELAMA 6 TAHUN INI SAYA TELAH MENDUDUKI 3 PEPERIKSAAN BESAR.UPSR,PMR DAN YANG TERBARU SPM.ALHAMDULILLAH DENGAN MENGAMALKAN PRODUK INI SAYA DAPAT MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK YANG LEBIH SEDIKIT BERBANDING RAKAN YANG LAIN.KEPUTUSAN DALAM SETIAP PEPERIKSAAN TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN.RAKAN RAKAN JUGA ADA YANG MENGIKUT JEJAK LANGKAH SAYA DAN BERJAYA BERSAMA.
 
 
 
 
  
  
  
KHADIJAH BINTI FAIRUZ
SM TEKNIK JOHOR BHARU
JOHOR
 
Assalamualaikum wbtSaya pelajar SPM 2015 dan Alhamdulillah saya berjaya mendapat keputusan 9A 1B..saya nak hantar feedback mengenai smart coco. Saya mula amalkan smart coco sejak awal tahun form 5. Ketika tingkatan 4, saya banyak mengantuk, cepat penat dan tidak bermaya di sekolah. Bila mengantuk, susah nak fokus dan faham apa yang saya belajar. Keputusan peperiksaan saya juga kurang memberangsangkan kerana keciciran ilmu yang dipelajari. Kemudian pada tahun 2015, ibu bapa saya belikan smart coco dan suruh saya cuba. Alhamdulillah, selama beberapa hari penggunaan, saya dah mula rasa cergas dan kurang rasa mengantuk di dalam kelas. Saya mula sedar yang dengan izin Allah dan bantuan Smart Coco A+, saya mudah mengingat dan faham sesuatu ilmu dengan cepat dan berkesan. Tubuh badan pula terasa lebih sihat dan tidak mudah letih.
Terima kasih smart coco 
 
 
  
  
NUR FARHANAH BINTI ABDULLAH PIRUS
SM TEKNIK JOHOR
JOHOR
 
Perkongsian Produk;
Saya telah menggunakan Smart Coco A+ sejak PMR (2013) dan keputusan PMR 9A. Sejak menggunankannya badan terasa segar pelajaran mudah masuk malah aktif mmbuat kerja2 sekolah dan kokurikulum.
Saya bersekolah harian (Sek Cluster Kecemerlangan SAMTISH) setiap hari kesekolah jam 6 30 pagi dan balik lewat petang ,jadi amat perlukan makanan yg bolih menguatkan tubuh badan saya olih itu umi selalu bekalkan saya minuman berkhasiat ini. Alhamdulillah dengan izin Allah sy di kurniakan 10A dalam peperiksaan SPM 2015 dan saya bercita-cita untuk menjadi doktor pakar di satu hari kelak. DOakan saya InshaAllah.
 
 
 
 
 
  
NURSYUHADA ARIEFA BINTI YUSUF
SM SAINS KUCHING
SARAWAK
 
Perkongsian :Assalamualaikum, saya telah mengamalkan minuman Smart Coco A+ sebagai suplemen tambahan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan saya akui produk ini telah banyak membantu saya dalam aspek pembelajaran di mana Smart Coco A+ membekalkan tenaga untuk saya kekal cergas untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu lewat malam. Saya merupakan calon SPM 2015 di sekolah berasrama penuh, oleh yang demikian jadual waktu saya amat padat dengan aktiviti sekolah dan juga kelas-kelas tambahan yang diadakan sehingga lewat petang dan diteruskan lagi dengan kelas malam. Namun, dengan adanya Smart Coco A+ saya dapat fokus di dalam kelas dan mengulangkaji pelajaran tanpa perlu mengambil kafein seperti kebanyakan pelajar yang lainnya. Smart Coco A+ juga membantu saya untuk ingatan yang kuat dan baik bagi subjek subjek yang memerlukan penghafalan di samping pemahaman seperti Sejarah, Biologi, Kimia dan Fizik. Hasilnya, Alhamdulilah saya telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan yang terbaru telah mendapat 9A dalam SPM. Saya amat berpuas hati dengan produk ini kerana khasiatnya yang banyak di samping rasanya yang enak. In sya Allah, saya akan terus menyokong dan mengamalkan minuman Smart Coco A+ sebagai minuman tambahan sepanjang tempoh pembelajaran saya di IPT kelak.
 
 
  
 
NUR AISYAH ATHIRAH BINTI MOHD SALLEH
SMK TAMAN DESA
SKUDAI, JOHOR
 
Saya telah menggunakan produk Fortune Resources, Smart Cocoa A+ sejak upsr lagi iaitu pada tahun 2010. Alhamdulillah dengan mengamalkan setiap pagi sebelum ke sekolah, Smart Cocoa A+ telah membantu saya dalam pelajaran di samping memberi tenaga untuk belajar.
 
  
FATIN NUR FITRI BINTI MOHD BADARUZAMAN
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS)
KLANG, SELANGOR
 
Dulu, sebelum saya mengambil minuman smart coco A+ ini, saya sentiasa mudah penat dan letih. Sejak pengambilan produk ini pada setiap hari secara konsisten, saya berasa lebih bertenaga dan tidak mudah mengantuk. Saya juga dapat lebih fokus ketika belajar. Sekarang sudah 5 tahun saya menggunakan produk ini dan hasilnya Alhamdulillah. Dengan izin dan pertolongan dari Allah serta pengambilan produk ini, saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

 
 
 
 
  

 
AINA NADHEERA BINTI ABDUL RAHMAN
MRSM JOHOR BHARU
JOHOR
 
PERKONGSIAN MENGENAI PRODUK:-
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, saya merupakan salah seorang pengguna Smart Coco A+ dan telah mengamalkannya sejak dari tingkatan 2 hingga sekarang. Pada mulanya saya minum hanya sekadar mahu menggantikan Milo untuk sarapan pagi sebelum pergi ke sekolah namun begitu, Alhamdulillah, semasa berada di Tingkatan 3, saya telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang  dalam peperiksaan PMR, iaitu 8A. Saya terus mengamalkan minum Smart Coco A+ sehingga Tingkatan 5 secara konsisten, pada setiap kali sarapan dan juga minum petang. Alhamdulillah dengan kuasa dan izin Allah, saya juga telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015, iaitu 9A. Produk ini dapat membekalkan tenaga kepada saya agar kekal fokus dan juga dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika sesi pembelajaran. Selain itu, saya juga mempunyai masalah Gastrik yang teruk sejak dari kecil; gastrik yang menyebabkan saya muntahkan semula setiap apa yang saya makan mahupun minum. Namun, segala puji bagi Allah, tanpa saya sedari saya tidak lagi sakit gastrik sejak mengamalkannya dari 2012 sehingga sekarang. Khasiat yang terkandung dalam produk ini sungguh mengagumkan bukan sahaja untuk otak, malah untuk seluruh badan juga! Wallahua'lam.
 
 
 
  

ALIAH SURAYA BINTI SALLEHUDDIN
MRSM TUN GHAFFAR BABA
JASIN, MELAKA
 
Testimoni: 
Bagi seorang pelajar yang tinggal di asrama buat pertama kalinya, kehidupan di asrama sungguh mencabar dan memenatkan. Di tambah pula dengan aktiviti luar dan tanggungjawab sebagai wakil pelajar, namun, saya masih perlu sentiasa fokus menjalankan tugas sebagai pelajar. Alhamdulillah, Smart Cocoa A+ yang telah diamalkan sejak Tingkatan 1 lagi, banyak membantu saya memberikan tenaga dan khasiat yang cukup untuk saya memulakan hari yang mencabar. Smart Cocoa A+ yang diambil sebagai sarapan pagi, bukan sahaja mengenyangkan, malah mudah diambil. Saya percaya, dengan izin Allah, Smart Cocoa A+ banyak menyumbang kepada kecemerlangan saya di sekolah. Smart Cocoa A+, 5 years and counting. Thank you!
 
 
  
 
MOHD HAZEM BIN ZAINAL
SAM BESTARI
SUBANG JAYA, SELANGOR
 
'Setiap hari ibu saya akan menyediakan MINUMAN SMARTCOCO A+. Saya rasa air tersebut ada kelainan kerana setiap kali selepas minum saya berasa segar,fokus dan tidak mengantuk untuk belajar selain air tersebut sedap rasanya. Ibu saya juga minum air tersebut dan beliau rasa segar dan terang hati dan dapat mengaji dengan baik. Alhamdulillah.'
 
  

MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN AZMI
SM SAINS SHAH ALAM
SELANGOR
 
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usaha yang konsisten serta mengamalkan minuman Smart Coco A+ saya berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan SPM 2015. Saya mula mengamalkan produk Smart Coco A+ sejak tahun 2011 iaitu ketika berada di tingkatan satu. Dengan mengamalkan minuman Smart Coco A+ secara konsisten, saya berasa cergas, bertenaga dan lebih fokus sewaktu guru mengajar. Saya tidak lagi mudah rasa letih dan mengantuk didalam kelas. Terima kasih kepada Fortune Resources kerana menghasilkan produk yang baik dan berkualiti ini. Insya Allah saya akan terus mengamalkan Smart Coco A+ sebagai minuman harian kerana saya yakin dengan khasiat dan keberkesanannya.
 
 
 
  

MUHAMMAD SYAKIR IMAN BIN GHAZALI
SMKA SHEIKH ABDUL MALEK
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
 
Perkongsian : -Alhamdulillah dengan pengambilan Smart Koko A+ secara berterusan iaitu satu sachet pada setiap pagi dan malam, ia dapat mengembalikan tenaga saya untuk kekal fokus dan memberikan tumpuan yang penuh semasa proses pembelajaran di sekolah serta sewaktu mengulang kaji di rumah. Sebelum ini, saya seringkali menghadapi masalah badan sentiasa letih, lesu serta mudah hilang fokus semasa belajar. Dengan mengamalkan pengambilan Smart Koko A+ ini badan saya kembali aktif dan mudah untuk kekal fokus dan juga dapat mengelakkan daripada mengantuk di dalam kelas. Smart Koko A+ ini juga kaya dengan khasiatnya yang bukan sahaja lazat untuk diminum malah dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan dapat menambahbaikkan fungsi otak supaya sentiasa cerdas dan aktif untuk berfikir.
 
 
 
 
 
  
MUHAMMAD ALIF BIN SANI
MRSM FELDA, FELDA JAYA
TROLAK, PERAK
 
PERKONGSIAN MENGENAI PRODUK
    "Saya telah menngamalkan produk Smartcoco A+ ini sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ibu saya akan berikan minuman ini pada waktu pagi dan malam.Keberkesan produk ini tidak boleh diragui apabila saya sendiri telah menggunakannya selepas membaca testimoni penguna yang lain. Produk ini telah dapat meningkatkan prestasi akademik mahupun kokurikulum saya di sekolah. Hal ini disebabkan kerana, kandungan produk ini yang mengandungi makanan makanan sunat seperti kismis, madu dan tamar telah membuatkan saya lebih segar, mudah mengingati apa-apa yang guru ajarkan serta dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika pembelajaran berlansung.Saya juga kurang berasa mengantuk di dalam kelas sejak menggunakan produk ini. Alhamdulillah saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2010 iaitu 5A. Disebabkan keberkesanannya, saya terus konsisten mengamalkannya ketika di sekolah menengah dan dengan izin Allah, saya telah mendapat 8A dalam PMR 2013 dan 9A dalam SPM 2015 dan saya juga aktif dalam sukan ragbi sehingga mendapat merangkul tempat keempat di peringkat Perak. Kini, saya akan memasuki alam universiti dalam bidang perubatan, dengan pengambilan produk ini saya yakin saya mampu meneruskan kecemerlangan saya seperti yang lepas."
 
 
 
  

NOOR IFFAH BINTI SHUKRI
SM RAJA PEREMPUAN TAAYAH
IPOH, PERAK
 
Assalamualaikum, saya merupakan pelajar SPM pada tahun 2015. Saya telah mengamalkan SMART COCO A+ dari tingkatan 2 sehingga kini. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berjaya mendapat 8A ketika PMR dan memperoleh 10A dalam SPM. Sejak saya menggunakan produk ini saya dapat merasai beberapa perubahan pada diri saya terutamanya semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung. Saya lebih fokus didalam kelas dan kurang mengantuk ketika sesi pembelajaran. Perubahan lain yang saya rasai ialah apabila saya mengamalkan SMART COCO A+, mata saya lebih jelas berbanding sebelum ini. Sekadar pemberitahuan, saya mempunyai masalah sedikit rabun, tetapi setelah saya mengamalkan produk ini rabun saya makin berkurang. Saya bersyukur kerana umi saya memperkenalkan produk ini kepada saya dan saya juga berdoa agar syarikat fortune resources dapat memajukan lagi produk islamik ini sehingga ke pasaran antarabangsa. Terima kasih.