FORTUNE RESOURCES
MENJANA UMMAH CEMERLANG 

   Home      Testimoni & Sokongan      SPM

BERSAMA KAMI DI 

IKIM FM 


PADA PUKUL 11.15 PAGI

DI BULAN JUN
 
RABU 07 JUN 2017

RABU 14 JUN 2017

RABU 21 JUN 2017

RABU 28 JUN 2017

 

BERSAMA KAMI JUGA 

DI TV ALHIJRAH

 

 

IKLAN KAMI JUGA DI;

SINAR FM

THR GEGAR

KEDAH FM




Dimana anda boleh dapatkan produk-produk kami. 

Sila hubungi kami di:
 
FORTUNE RESOURCES
   3 PESARA MAHSURI 5,
  11900, BAYAN BARU, 
PULAU PINANG
   Fax - 04-644 7414

  HOTLINE / SMS:
017 437 9124 (WApps)
017 479 1274 (WApps)
012 507 1411 (WApps)
012 557 1411
017 459 7241


No. Akaun Syarikat di Maybank:

FORTUNE MUNAWWARAH SDN BHD
5571 5730 9846
 
anak syarikat FORTUNE RESOURCES
 
EMAIL:
marketing@fortuneresources.com.my

 
BERSAMA FORTUNE RESOURCES 
MENJANA UMMAH CEMERLANG
 
SILA LIHAT AKTIVITI-AKTIVITI KAMI DAN TESTIMONI KAMI
 
PRODUK KAMI

SMARTCOCO A+
SMARTCOCO A+ KURANG GULA
SMART SWEET A+
GOAT A+ UNGGUL
GOAT A+ DENGAN MADU
KOPI BARLI MUNAWWARAH
COLLA COCO A
TALBINAH A+
 

 
 


 
 
 
 
 
 
PELAJAR CEMERLANG SPM 2014
TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH

 
KEDAH
NUR AZMINA BINTI NAWAWI
SMK SULTANAH ASMA

Assalamualaikum..saya merupakan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia 2014. Saya telah mengamalkan produk Fortune Resources iaitu Smart Coco A+ sejak berada di Tingkatan 1  hingga sekarang. Semasa saya berada di Tingkatan 3, Alhamdulilah saya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 8A dalam peperiksaan PMR.Saya terus mengamalkan minuman Smart Coco A+ secara konsisten setiap kali sarapan.Alhamdulilah dengan izin Allah saya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu 10 A. Bukan saya sahaja yang mengamalkan minuman ini,tetapi semua adik-beradik saya mengamalkan produk ini. Bagi pendapat saya testimoni-testimoni positif yang dikemukakan oleh pengguna-pengguna Smart Coco A+ itu memang terbukti kebenarannya. Apabila saya minum minuman Smart Coco A+, Alhamdulilah dengan izin Allah saya rasa tenang dan berasa kurang stress dan dapat menumpukan perhatian sewaktu guru mengajar.

 
TERENGGANU
 

AISYAH BINTI MD YUSOF
SMKA SHEIKH ABDUL MALEK

Saya merupakan pengguna SMARTCOCO A+ sejak tahun 2011. Saya sering mengambil minuman SMARTCOCO A+ sebagai peneman saya semasa belajar pada waktu malam. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, saya telah berjaya mendapat 9A dalam PMR pada tahun 2012 dan 11A dalam SPM 2014. Pelbagai jenis produk minuman coklat telah saya gunakan, namun hanya SMARTCOCO A+ yang saya gemari kerana ia mempunyai rasa yang lazat dan enak. Selain itu, ahli keluarga saya juga telah mengambil Kopi Barli Munawwarah sebagai minuman harian dan dengan izin ALLAH, kopi barli ini ternyata amat berkesan untuk mencegah demam. Saya doakan syarikat FORTUNE RESOURCES mampu melangkah lebih jauh dan berjaya membentuk sebuah empayar perniagaan Muslim yang cemerlang. 



KEDAH


ANIS SHAHIRAH BINTI SHARUDIN
SMK AGAMA, YAN

Anis shahirah binti sharuddin pelajar SPM 2014. Alhamdulillah saya telah mendapat keputusan yang terbaik berbanding keputusan peperiksaan percubaan. Saya pelajar asrama dan tahu2 la kalau tinggal di asrama ni confirm tidur tidak cukup tetapi setelah saya mengambil SMART COCO A+, saya rasa lebih bertenaga ketika berada di dalam kelas. Minuman ini juga membantu saya mencerdaskan otak saya kerana ramuan-ramuannya. Terima kasih kepada ibu bapa saya yang memperkenalkan minuman ini setelah mendengar dari radio IKIM.  


SELANGOR


HASYIMAH BINTI HASSAN 
SK IBN KHALDUN, KLANG

Alhamdulillah dengan izin Allah, sejak mengamalkan smart coco A+ saya lebih fokus di dalam kelas serta mudah faham dalam sesuatu pelajaran. Saya mengamalkan smart coco A+ ketika mengambil PMR dan berjaya mendapat 9A dan saya meneruskan pengambilan produk ini sehingga SPM . Alhamdulillah saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 11A (6A+,5A,1B+). Walaupun telah tamat sesi persekolahan saya masih meneruskan  pengambilan minuman smart coco A+ kerana meyakini keberkesanan dan khasiat yang terkandung pada makanan sunnah dalam minuman ini.
                


SELANGOR


FARHA BINTI MAJAHAR 
MRSM TUN GHAFFAR BABA

Saya selalu minum smart cocoA+ ketika sedang belajar kerana minuman ini bukan sahaja berkhasiat tetapi ia menangkis rasa mengantuk. Allhamdullilah, dengan izin Allah, saya dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran . Saya telah menggunakan produk ini selama 6 tahun, allhamdullilah hasilnya mengagumkan.


KEDAH


NOR FATHIN NAJWA BT MAT FAUZI 
SM SAINS KUBANG PASU

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh , saya merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Saya mula menggunakan produk ini sebelum peperiksaan SPM bermula dan ibu saya mengesyorkan saya menggunakan produk ini. Smart oco A+ ini membantu meningkatkan kecerdasan dan merangsangkan minda saya agar saya sentiasa cergas dan aktif semasa di dalam kelas mahupun diluar kelas. Alhamdulillah saya telah berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan SPM 2014. Syukur kepada Allah dan terima kasih Fortune Resources


N. SEMBILAN


AIDA INANI BINTI KAMARUDIN
MRSM ALOR GAJAH

Saya telah menggunakan Smart Coco A+ sejak saya tingkatan 1 lagi. Alhamdulillah produk ini telah banyak membantu saya sebagai makanan minda yang baik. Selain itu juga, produk ini sesuai untuk saya yang tinggal di asrama kerana mudah disediakan. Semasa tahun 2012, Saya telah berjaya memperoleh keputusan yang baik dalam PMR iaitu 8A dan yang terkini saya telah mendapat 9A dalam SPM 2014

 

SELANGOR
 
 
NURUL IZZIANY BINTI RAMLI
SM SAINS SULTAN ISKANDAR
 
Saya mula menggunakan produk-produk daripada syarikat Fortune Resources sejak masuk ke alam sekolah menengah. Saya mengamalkan produk Smart Coco A+ sebelum memulakan pembelajaran pada setiap pagi. Disebabkan kehidupan asrama yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk membancuh air, kebiasaannya saya akan makan begitu sahaja. Dengan mengamalkan produk ini, saya mampu untuk terus fokus di dalam kelas tanpa rasa mengantuk dan penat sepanjang hari. Terima kasih Fortune Resources 
 

KUALA LUMPUR
 
 
MUHAMMAD FADHIL BIN JOHAN
SM SAINS ALAM SHAH
 
Smart coco telah membantu saya mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM rahun 2014. Dengan adanya minuman smart coco, saya mendapati diri saya kurang mengantuk ketika mempelajari matapelajaran. Saya juga dapat memberikan lebih perhatian ketika guru sedang mengajar. Terima kasih smart coco.
 

KUALA LUMPUR
 
 
IFFAH BINTI MOHAMAD SAUFI 
KOLEJ TENGKU KURSHIAH, NILAI, NEGERI SEMBILAN
 
Saya merupakan salah seorang pengguna produk smart cocoa A+. Buat pengetahuan semua, saya mula minum smart cocoa A+ sejak tingkatan 1. Saya sangat menyukai Smart cocoa A+ kerana kesedapan cocoa tersebut. Saya merupakan seorang pelajar asrama, jadi saya akan minum smart cocoa pada setiap pagi atau sebelum tidur. Ternyata Smart Cocoa A+ ini memberikan tenaga kepada saya menyebabkan saya yang sering mengantuk di dalam kelas menjadi segar. Malah, jika saya tidak sempat bersarapan, saya akan minum smart cocoa A+ sahaja kerana hanya dengan segelas smart cocoa A+, saya sudah kenyang. Syukur alhamdulillah dengan izin Yang Maha Esa melalui bantuan smart cocoa A+, saya telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 9A bagi SPM. Syukran kepada pihak Fortune Resources. 
 

JOHOR
 
 
NIK FATIHAH BINTI AHMAD JUHARI
MRSM, BATU PAHAT, JOHOR
 

SEDIKIT PENGALAMAN YANG SAYA DAPAT KONGSIKAN SELAMA SAYA MENGAMALKAN PENGAMBILAN MINUMAN SMART COCO A+ INI IALAH MINUMAN INI SERING MEMBEKALKAN TENAGA KEPADA AYA TATKALA SAYA KELETIHAN . SAYA ADALAH SEORANG PELAJAR SEKOLAH YANG TINGGAL DI ARAMA PENUH .KEKANGAN MASA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN KETIKA BERADA DI ASRAMA MEMBUATKAN SAYA SERING LETIH DAN MENGANTUK SEMASA BERADA DI DALAM KELAS .DENGAN PENGAMBILAN PRODUK SMART COCO A+ INI ,ALHAMDULILLAH MASALAH SAYA DAPAT DIATASI DALAM JANGKA MASA YANG SINGKAT .ALHAMDULILLAH JUGA AYA TELAH BERJAYA MEMPEROLEH KEPUTUSAN 9A DI DALAM PEPERIKSAAN SPM . SYUKUR KEPADA ALLAH DAN TERIMA KASIH FORTUNE RESOURCES .

 

PAHANG
 
NUR SYAFIQAH BINTI NOR AZIZAM
SBP INTEGRASI TUN ABD RAZAK, PEKAN, PAHANG

Assalamualaikum wbt , sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan spm , jadual harian saya sangat sarat dengan kelas  kelas tambahan pada hujung minggu sehingga masa untuk berehat pun tidak cukup . Memang tidak dinafikan , begitulah kehidupan seorang pelajar .Tambahan pula saya seorang pelajar asrama . Biasalah aktiviti asrama mana yang tidak padat . disebabkan semangat ingin menduduki spm sangat tinggi , saya mengorbankan sedikit waktu tidur saya untuk berjaga di tengah malam menelaah buku walaupun setelah seharian penat disekolah . Lebih lebih lagi setelah keputusan percubaan saya yang agak mengecewakan ( 4A 3B 1C 1D)  Hasilnya , saya akan berasa begitu lesu dan penat ketika sesi persekolahan kerana tidak cukup tidur . Dengan bantuan ibu bapa saya , mereka telah membekalkan SMART COCO A+ ini kepada saya yang mereka dengari khasiatnya di ikim fm . Alhamdulillah , setelah mencuba dan bertawakal Smart coco A+ ini serba sedikit berjaya mengembalikan tenaga saya . saya dapat menumpukan lebih perhatian terhadap guru di kelas dan kembali aktif merespond soalan guru . dengan berkat , pertolongan guru , rakan rakan dan ibu bapa yang membekalkan smart coco A+ ini saya telah berjaya mendapat 8A1B didalam spm 2014. 

 
 
 



TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! TAHNIAH!!!
PELAJAR CEMERLANG SPM 2013.

 
HASIF AZFAR BIN JOHARI
MRSM PENGKALAN HULU, PERAK

SAYA SANGAT GEMBIRA KERANA MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG UNTUK SPM IAITU 9A. SAYA MULA MENGAMALKAN PRODUK SMART COCO A+ SEJAK SAYA TINGKATAN EMPAT. SAYA MULA MERASAI PERBEZAAN YANG SANGAT KETARA APABILA MENGAMALKANNYA. KEJAYAAN INI BUKAN SAHAJA DISEBABKAN OLEH PRODUK INI, SAYA JUGA BERUSAHA UTK MENCAPAI KEPUTUSAN SEBAIK INI. TERIMA KASIH SMART COCO A+ 


FAIZAH BINTI MAJAHAR
S. AGAMA MEN. SUNGAI MERAB LUAR, KAJANG, SELANGOR
 
Bismillahirrahmanirrahim, saya telah mengamalkan smart koko A+ semenjak awal bangku sekolah menengah. Produk ini membantu saya dalam meningkatkan kecergasan badan dan kecerdasan minda secara berterusan. Hasilnya, saya tidak mengantuk sepanjang sesi persekolahan walaupun bergiat aktif dalam kokurikulum yang.memerlukan tenaga dan stamina yang banyak. Produk smart koko.A+ amat mudah untuk diamalkan dan menjimatkan masa kerana boleh dimakan begitu sahaja. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usaha.gigih yang berterusan, saya berjaya memperoleh 10A dalam SPM baru- baru ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada fortune resources, ibubapa dan guru- guru yang banyak membantu menyumbang kepada kejayaan saya dalam kehidupan.
 



NORFARANINA SHAHIRA ZULKIFLI
SEK. MEN. AGAMA RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH, PERAK
 
SYUKUR ALHAMDULILLAH. SETELAH DIPERKENALKAN DENGAN SMART KOKO A+ SEJAK DUA TAHUN YANG LALU, SAYA SEMAKIN BERSEMANGAT KETIKA BERADA DI DALAM KELAS SEHINGGA MENDAPAT KECEMERLANGAN DENGAN KEPUTUSAN PMR 8A. OLEH ITU, SAYA MENERUSKAN RUTIN MENGAMBIL SEGELAS SMART KOKO A+ PADA SETIAP PAGI UNTUK MENJAMIN KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL SAYA. WALAUPUN SAYA TINGGAL DI ASRAMA, SAYA TIDAK MENGHADAPI MASALAH MENGANTUK LAGI DENGAN MENGGUNAKAN SMART KOKO A+. RAKAN- RAKAN JUGA SERING BERTANYA RAHSIA KECERGASAN SAYA DI DALAM KELAS LALU MEREKA JUGA TELAH MENGAMALKAN MINUMAN INI. RASANYA JUGA LAZAT DAN MENYEBABKAN SAYA TIDAK JEMU UNTUK MENIKMATINYA PADA SETIAP PAGI. SAYA TERUS MENGAMALKANNYA SEHINGGA TAMAT PEPERIKSAAN SPM 2013. DAN HASILNYA SAYA TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN YANG AMAT CEMERLANG IAITU 12A. INI ADALAH DISEBABKAN OLEH MINUMAN SMART KOKO A+ SERTA KEIZINAN ALLAH. TERIMA KASIH SMART KOKO A+. SMART KOKO A+ MENJAMIN KEJAYAAN SAYA.




MARYAM SOFIA BT GHAZALI
MRSM TUN GHAFFAR BABA, MELAKA

Alhamdulillah,syukur kepada Allah S.W.T ,dengan izinnya saya berjaya peroleh straight a's dalam SPM 2013. Terima kasih fortune resources,saya bertemu dengan minuman smart coco A+ dan chocolate A+ lantas mengemarinya. Pemakanan ini membantu saya menjadi segar,menajamkan focus,mengenyangkan dan sangat sedap rasanya ditambah dengan ramuan pemakanan sunnah iaitu kismis,kurma dan madu. Saya mengamalkannya secara istiqamah dan akhirnya dengan berkat doa serta usaha yang berterusan saya berjaya memperoleh kejayaan yang diimpikan.            




AIMI SHAHIRAH HALIM
SEK. AGAMA MEN. TINGGI TENGKU AMPUAN JEMAAH, SHAH ALAM, SELANGOR

Saya mula mengamalkan produk  Smart Coco A+  sejak berada di tingkatan 3 lagi. Sebelum mengamalkannya, saya sering berasa lesu dan cepat mengantuk sewaktu sesi pembelajaran didalam kelas.Kemudian, ibu saya mencadangkan agar mengamalkan minuman Smart Coco A+ sebagai minuman harian. Setelah mengamalkan minuman Smart Coco A+ setiap pagi dan malam , saya mula berasa perubahan dalam diri saya, saya berasa lebih cergas dan bertenaga dan lebih mudah menumpukan perhatian sepenuhnya sewaktu guru mengajar. Saya tidak lagi berasa mengantuk malah daya ingatan saya lebih kuat serta saya lebih aktif dan bersemangat dalam melakukan aktiviti harian. Kejayaan saya memperoleh  8 A dalam pmr 2011 memberi semangat kepada saya untuk terus konsisten dalam mengamalkan produk smart coco A+ dan Alhamdulillah berkat doa dan sokongan keluarga, rakan-rakan dan guru, saya berjaya meperoleh keputusan 9A dalam SPM 2013. Saya akan terus mengamalkan Smart Coco A+ sebagai minuman rutin harian saya kerana saya yakin akan khasiat dan keberkesanannya selain ia merupakan produk yang halal tanpa keraguan. Terima kasih Smart Coco A+.

 
 AFIQAH AQILAH NORHISAMSHAH
SMK SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH, SELANGOR
 
PENGALAMAN MENGGUNAKAN PRODUK FR: SAYA TELAH DAN MASIH MENGGUNAKAN PRODUK FR IAITU SMART COCO A+ SEJAK TUJUH TAHUN YANG LEPAS. IBU SAYA SERING MENGHIDANGKAN MINUMAN SMART COCO A+ SEBAGAI MINUMAN SARAPAN SAYA. SEKIRANYA TIDAK SEMPAT UNTUK MENJAMAH SARAPAN, IBU SAYA TETAP MENYURUH SAYA UNTUK MEMINUM SMART COCO A+ WALAUPUN SETEGUK DUA. SAYA DAPATI WALAUPUN SAYA TIDAK MENJAMAH SARAPAN YANG LENGKAP, NAMUN BADAN SAYA TETAP BERTENAGA SEPANJANG WAKTU PERSEKOLAHAN SAYA.ALHAMDULILLAH SAYA JUGA DAPAT MEMAHAMI APA YANG DIAJAR OLEH GURU DAN MINDA SAYA TIDAK PERNAH BERASA LETIH. SAYA SEMAKIN SUKA BELAJAR DAN AKTIF. ALHAMDULILLAH, KESANNYA SAYA DAPAT MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG SEPANJANG KEHIDUPAN PERSEKOLAHAN SAYA. TERIMA KASIH FORTUNE RESOURCES!

 

MUHAMMAD KHAIRUL MUZAMMIL
SM SULTAN ABDUL HALIM, KUBANG PASU, KEDAH

Saya menggunakan Jus Al-Khairah untuk menambah tenaga sewaktu  belajar lewat malam dan pagi ke sekolah.  Smart CocoA+ pula saya minum waktu pagi ke sekloah sebagai sarapan pagi dan petang . Alhamdulilah saya rasa segar dan tidak megantuk sewaktu belajar


NOR JANNAH BINTI ALI KUTTY
SMK BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR

Smart Coco A+ memberi saya tenaga pada waktu pagi untuk terus fokus di dalam kelas




NUR AQILAH BT SHAÁRI
SBP INTEGRASI SELANDAR, MELAKA

PENGALAMAN : SAYA MENGGUNAKAN PRODUK SMARTCOCO A+ SEJAK TINGKATAN 3. ALHAMDULILLAH, SAYA JUGA BERJAYA DALAM PMR DENGAN MENDAPAT 9A PADA TAHUN 2011 YANG LALU. TAHUN INI, SAYA JUGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (2013). SEMENJAK SAYA MENGGUNAKAN PRODUK SMART COCO A+, SAYA TIADA MASALAH MENGANTUK DI DALAM KELAS. SEBAGAI PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH, JADUAL YANG PADAT MENJADIKAN KAMI, PARA PELAJAR SERING TIDUR LEWAT MALAM. TETAPI, ALHAMDULILLAH, DENGAN MENGAMBIL MINUMAN SMART COCO A+, SAYA TIADA MASALAH UNTUK BANGUN AWAL PADA WAKTU PAGI. SAYA JUGA SENTIASA BERASA SEGAR UNTUK  BANGUN QIAMULLAIL DAN DENGAN IZIN ALLAH, SAYA TIDAK PULA MENGANTUK SEWAKTU SESI PEMBELAJARAN. PRODUK SMART COCO A+ JUGA TELAH BANYAK MEMBANTU SAYA DALAM MENJANA PENDAPATAN KERANA SAYA JUGA BERJAYA MEMPROMOSIKAN PRODUK INI KEPADA RAKAN-RAKAN DAN MEREKA TELAH MENCUBANYA. DENGAN RASA YANG LAZAT, MEREKA TELAH MEMBELI PRODUK INI DARIPADA SAYA. ALHAMDULILLAH.
 



NUR NABILAH BT ZAINAL ABIDIN
SEK. AGAMA MEN. BANDAR BARU SALAK TINGGI, SELANGOR

Saya mula mengambil SMARTCOCO A+ sejak tingkatan 1 (2009) lagi. Alhamdulillah, berkat usaha & konsisten mengamalkan minuman yang mengandungi makanan sunnah, saya berjaya memperoleh 10A dalam SPM. Syukur Allah mempertemukan kami sekeluarga dengan produk buatan orang Islam ini. Kepada semua ibu bapa & pelajar, saya syorkan SMARTCOCO A+ sebagai makanan tambahan harian kerana khasiatnya dan rasanya yang sedap. Semoga produk-produk FORTUNE RESOURCES akan terus mendapat tempat dalam hati umat Islam, inshaaAllah.



 MOHD IKRAM HAKIMI AZIZAN
SEK. MEN. AGAMA YAN, GURUN, KEDAH

SAYA TELAH MENGGUNAKAN PRODUK FORTUNE RESOURCES INI SEJAK DARI TINGKATAN TIGA HINGGA SEKARANG. ALHAMDULILLAH, SEJAK MENGAMALKAN PRODUK INI, SAYA JARANG MENGALAMI MASALAH UNTUK FOKUS DALAM PEMBELAJARAN. SEBELUM SAYA MULA MENGAMBIL SMART KOKO A+ INI, SAYA SERING MENGALAMI MASALAH MENGANTUK SEMASA DI DALAM KELAS, TETAPI SEJAK MENGAMALKANNYA, RASA MENGANTUK ITU BERANSUR HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT. ALHAMDULILLAH, BERKAT DOA DAN USAHA DI SAMPING IKHTIAR MELALUI PENGAMALAN PRODUK INI, SAYA BERJAYA MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG AGAK BAIK, IAITU 9A DALAM PMR DAN 9A 2B DALAM SPM. BIIZNILLAH.






NUR NAQWIYAH YASMIN BT YUSUF
SEK. MEN. KEB. MUARA TUANG, SAMARAHAN, SARAWAK

Saya Nur Naqwiyah Yasmin binti Yusuf, pelajar SMK Muara Tuang, Samarahan, Sarawak telah mengunakan produk keluaran Fortune Resources ini iaitu Smartcoco A+ sejak tingkatan dua lagi. Pemilihan penggunaan produk ini sebagai minuman berkhasiat yang juga boleh dijadikan “supplement” harian, ternyata amat berbaloi, kerana minuman ini terbukti dapat membekalkan tenaga untuk belajar walaupun dengan jadual harian yang begitu padat. Tempoh masa persekolahan selama 6 jam diisi dengan komitmen saya sebagai pengawas sekolah ditambah lagi dengan kelas tambahan yang diadakan pada setiap hari sehingga jam 4 petang pasti menjadikan tubuh dan minda letih. Namun begitu, minuman berkhasiat ini mampu mengekalkan tenaga saya pada tahap maksimum untuk melakukan aktiviti harian yang lain terutama sekali yang berkaitan dengan pelajaran.  Produk ini membolehkan saya untuk terus mengulangkaji pelajaran pada waktu malam tanpa rasa terlalu letih dan mengantuk. Pada waktu pagi sebelum ke sekolah malah sewaktu peperiksaan SPM juga minuman ini dijadikan menu sarapan utama saya kerana membantu minda berasa tenang dan fokus terhadap apa sahaja yang dilakukan terutama sekali ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan. Jadi, saya mengesyorkan kepada semua pelajar agar menjadikan produk ini sebagai minuman harian untuk mengekalkan kercerdasan minda dan kecergasan tubuh badan, inshaaAllah.





KHALEEDA NORA ASMIEDA BT KAMARUDZAMAN
SBP INTEGRASI KUANTAN, KUANTAN, PAHANG

ALHAMDULILLAH...SAYA CEMERLANG DAN BERJAYA SETELAH MENGGUNAKAN PRODUK SMART KOKO A+, SAYA SEMAKIN BERSEMANGAT DAN CERGAS KETIKA BELAJAR. KESUKARAN UNTUK BANGUN PAGI SEBELUM INI DAPAT DIATASI  SETELAH MENGGUNAKAN PRODUK INI. SEBELUM INI SAYA MENGHADAPI KESUKARAN UNTUK MENGHAFAL TETAPI SETELAH MENGGUNAKAN SMART KOKO A+, SEMAKIN MUDAH UNTUK MENGHAFAL. SAYA MULA MENGGUNAKAN PRODUK INI HANYA BERMULA PADA  BULAN MAC 2013. MALAHAN HASILNYA TERBUKTI BERKESAN DALAM  MEMBANTU DALAM PEMBELAJARAN SAYA BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM. ALHAMDULILLAH SAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG MEMBERANGSANGKAN IAITU 8A DALAM SPM 2013. RASANYA JUGA LAZAT DAN SEDAP MEMBUAT SAYA SUKA UNTUK MENGGUNAKANNYA SEHINGGA SEKARANG.. PRODUK TERSEBUT BUKAN SAHAJA MEMBANTU DALAM PELAJARAN MALAH MEMBANTU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. TERIMA KASIH KEPADA IBU SAYA PN NORAINAN YANG MEMBEKALKAN DAN MENYEDIAKAN MINUMAN SMART KOKO A+ UNTUK SAYA.TERIMA KASIH FORTUNE RESOURCES KERANA KEBAGUSAN PRODUK ANDA...




MUNIRAH BT NAWI
SEK. MEN. KEB. AGAMA DATO HJ ABU HASSAN HJ SAIL, NEGERI SEMBILAN

Saya Munirah bt Nawi,pengguna kepada produk smartcoco A+ berasa berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dalam menggunakan produk ini.Memandangkan cara hidup di asrama yang memerlukan komitmen yang tinggi serta pembelajaran kendiri yang saya praktikkan , saya mengalami masalah mengantuk dan keletihan semasa sesi pembelajaran  di sekolah . Oleh itu , saya mengambil inisiatif untuk menggunakan smartcoco A+ sebagai jalan penyelesaian. Alhamdulillah selepas menggunakan produk ini , saya dapat menyelesaikan  masalah saya .Saya dapat lebih fokus dan bersemangat untuk menjalani sesi pembelajaran. 



NUR FARHANI BT MOHD JAILANI
SEK. MEN. KEB. SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SELANGOR

Saya telah,mengunakan produk ini selama 2 tahun dan ianya amat berkesan. Saya telah mengambil smart coco A+ dan jus alkhaira setiap pagi sebelum ke sekolah. Hasilnya saya lebih bertenaga dan bersemangat serta kurang mengantuk ketika menjalani pembelajaran di dalam kelas, Terima kasih Fortune Resources!






ASYIAH BT ZOLKIPLI
SEK. MEN. AGAMA KHARIAH, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Saya telah menggunakan smart coco A+ lebih kurang satu tahun. Alhamdulliah, saya mendapat kesan yang amat positif sepanjang pengambilan produk ini. Saya tertarik untuk menggunakan produk ini selepas mendengar ramai testimoni yang berjaya menerusi radio IKIM dan maklum balas dari keluarga terdekat. sebelum pengambilan smart Coco A+ saya seringkali mengantuk di dalam kelas dan tumpuan di dalam kelas agak terganggu. Selepas pengambilan smart coca A+ ini saya rasa lebih cergas dan lebih fokus di dalam kelas. Rasanya yang enak mengandungi ramuan yang berkhasiat mendorong saya untuk terus mengamalkannya sehingga ke hari ini. Alhamdulliah berkat doa dan pengambilan yang berterusan saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013 baru-baru ini. Saya tidak pernah menduga untuk mendapat keputusan seperti ini kerana sebelum ini keputusan peperiksaan saya tidaklah begitu menonjol. Saya yakin pengambilan smart coco A+ ini adalah pemangkin utama kejayaan saya kerana dengan nya badan saya sihat dan otak semakin cergas. saya mengesyorkan pelajar-pelajar lain untuk mengamalkan smart Coco A+.Insyaallah dengan izinNya dan berkat istiqamah dalam pengambilan produk pemakanan tambahan muslim kita akan berjaya.Terima Kasih smart Coco A+..Saya Sangat Yakin Dengan produk Keluaran Fortune Resources. Sekian Terima Kasih. Ikhlas Dari Saya Pengguna Setia Produk Fortune Resources.

 
 
 

 
MOHAMAD AMIRUL SOLIHIN BIN MAZLAN
SEK. MEN. SAINS SULTAN ISKANDAR, JOHOR

Alhamdulillah dengan izin Allah, anak saya telah memperoleh 11A dalam peperiksaan SPM nya. Sebelum ini, dia mengalami masalah untuk memberi tumpuan penuh di dalam kelas, sering mengantuk tak kira sewaktu pembelajaran mahupun peperiksaan dan mudah bosan. Bimbang dengan pencapaiannya, saya mula membekalkannya dengan smart coco A+ setiap pagi sebelum ke sekolah bermula daripada umurnya 12 tahun lagi. Adik-beradiknya juga pernah mengalami masalah yang sama dan saya membekalkan mereka smart coco sebagai bekalan harian. Alhamdulillah, adiknya berjaya memperoleh 5A di dalam UPSR yang lepas. Dia juga pernah memperoleh hadiah daripada pihak Fortune Resources atas pencapaiannya di dalam PMR pada tahun 2011. Sekarang, saya sentiasa membekalkan keenam-enam anak saya dengan smart coco A+ sebagai makanan tambahan mereka dan mereka menyukainya. Mereka juga menunjukkan prestasi yang baik setelah penggunaan yang berterusan.

 

 
MUHAMMAD UMAR ALI BIN BAHARUDDIN
SM SAINS KUBANG PASU, JITRA, KEDAH

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah syukur,saya salah seorang pelajar cemerlang SPM2013 di sekolah saya tahun ini. Terima kasih buat kak cik yang memberi saya smart koko sebagai bekalan ke asrama. Alhamdulillah resdung saya semakin sembuh, saya juga bertenaga untuk terus menjalankan aktiviti seharian sebagai seorang pelajar n ketua badar. Terima kaseh Fortune Resources. InsyaAllah kami sekeluarga akan terus menikmati khasiat smart koko dan jus alkhaira.

 

 
 
 
 
 
 
MUHAMMAD FARIDWAJDI BIN JAFFARY
SEK. MEN. AGAMA PERSEKUTUAN, KAJANG, SELANGOR

Assalamualaikum Pn Murni. Pertama sekali penuh kesyukuran saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya saya salah seorang yang dipilih Allah SWT memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Pn Murni kerana memasarkan produk yang betul-betul dapat merangsang minda agar lebih cerdas dan sihat. Saya mengamalkan Jus al-Khaira dan Smart Coco A+ sejak berusia 12 tahun lagi. Alhamdulillah daripada peperiksaan UPSR sehingga SPM saya sentiasa memperoleh straight A cuma ini adalah kali pertama saya berkongsi testimoni  dengan masyarakat lain. Terima kasih juga kepada ibu saya Hapizah yang tidak pernah jemu-jemu mendorong kami enam beradik mengamalkan smart coco dan jus al-Khaira. Beliau seorang ibu yang sangat prihatin. Setiap kali sebelum kami pulang ke asrama pasti smart coco dan jus alKhaira dibekalkan. Dalam perbualan telefon pasti akan diingatkan mengenai pemakanan sunnah tersebut. Setiap bulan ibu saya akan mengambil bekalan Smart Coco di Khalifah Shoope sekurang-kurangnya tiga carton untuk diagihkan kepada kawan-kawan di sekolahnya. Sekarang saya sedang menyambung pengajian di Darul Quran, Kuala Kubu Baru bagi memperoleh sijil tahfiz. Baru sahaja selesai menjalani temuduga untuk memohon biasiswa MARA atau JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Doakan kejayaan saya. Semoga  Fortune Resources akan terus berkembang bagi menjana Ummah Gemilang. Sekali lagi terima kasih Fortune Resources.





MUHAMMAD NASRUL AMIN BIN ABDUL KHILID
SM SAINS KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Pengalaman menggunakan produk FR: Selepas menggunakan produk ini, saya merasakan diri lebih bertenaga daripada sebelumnya. Ini kerana saya mengambil produk ini sebagai sarapan pagi pada setiap hari. Selain itu, saya jarang berasa mengantuk di dalam kelas selepas menggunakan produk ini.




 


MOHAMMAD HAZIQ MOHD ISHAK
SEK. MEN. KEB. IMPIAN EMAS, SKUDAI, JOHOR

Pengalaman dan impak dari pengambilan smart coco A+ pada diri saya. :
Pada awalnya, saya rasa keberatan untuk menghantar kiriman ini kerana saya rasa malu untuk menyertai sumbangan dari pihak fortune resources. Hal ini kerana saya tidak menepati syarat-syarat yg ditetapkan, iaitu 9A. Tetapi saya yakin dengan prestasi peningkatan pembelajaran saya sebagai perkongsian kpd sahabat-sahabat diluar sana. Saya mula mengambil produk smart coco A+ apabila mendapati keputusan peperiksaan percubaan spm saya tidak memuaskan.
Namun, sebenarnya tujuan utama saya ialah untuk berkongsi pengalaman kepada sahabat-sahabat diluar sana mengenai produk ini untuk membuka minda mereka agar yakin dengan keberkesanan produk ini.
Sebenarnya, saya sedar bahawa saya merupakan calon spm. Namun, dengan kesibukkan untuk membantu ayah saya bekerja sebagai buruh binaan, saya tidak sempat untuk memfokuskan diri dgn mengulangkaji pelajaran. Hal ini kerana ayah saya adalah seorang yg kurang upaya. Dia hanya cuma ada sebelah tangan untuk bekerja dan menyara keluarga. saya sebagai seorang anak seharusnya rasa bertanggung jawab dalam hal ini walaupun saya anak yg ke-4 dalam keluarga. Keadaan ibu pula terpaksa bercuti panjang disebabkan kemalanggan ditempat kerja, yang mana menyebabkan kecederaan di tangannya. Ekonomi keluarga mula terjejas sedikit.
Impak yg saya dapat dari pengambilan produk ini amatlah terbukti pada diri saya dan adik beradik walaupun ibu membancuh cuma satu saches didalam jug.
Pertama, saya rasa segar untuk bangun pagi, saya menjadi lebih fokus dengan pembelajaran di sekolah, saya rasa bersemangat untuk membuat kerja-kerja rumah yg diberi oleh guru walaupun sampai ke lewat malam, ibu nampak perubahan dalam diri saya iaitu lebih cergas dan cerdas, ibu rasa bangga kerana perubahan kerohanian saya bertambah baik khususnya dalam perubahan sahsiah diri. Dan yang terakhir sekali, saya berterima kasih kpd fortune resources yang dapat memberi impak didalam keputusan spm saya ini.
Bukan itu sahaja, masalah ibu saya yg kecederaan tisu  di bahagian tangannya telah dapat diatasi dengan pengambilan colla cocoA. Alhamdulillah. Terima kasih smart cocoA+ kerana keikhlasan dan pengisian dalamannya membuahkan kecemerlangan kami generasi pelajar dan kebijaksanaan serta kesucian hati smartsweet puan Murni, semurni namanya, memurnikan hati kami juga. Terima kasih colla cocoA, kerannya ibu dapat pulih seperti biasa. Ibu menjadi yakin untuk mengesyorkan produk fortune resources ini kepada rakan-rakan.


 


Pelajar Cemerlang SPM 2012. Tahniah!

Abdullah Amirulamin Bin Hamid
SM Islam Hidayah, Johor

Alhamdulillah selepas saya minum “Smart Coco A+”, saya mendapati ada perubahan dalam diri saya dimana saya rasa lebih cergas dan bertenaga.Kesan yang lebih ketara ialah saya tidak berasa mengantuk ketika waktu pembelajaran disekolah dan dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam tempoh pembelajaran. Saya juga mampu berpuasa dengan hanya bersahurkan “Smart Coco A+”. Hasil daripada meminum “Smart Coco A+” juga saya lebih aktif dalam bersukan.


 
Amyrah Nur Fariesya Binti Husain Ahmad
SMK Seremban 2, Negeri Sembilan

Saya telah menggunakan produk Fortune Resources sejak berusia 14 tahun. Pengalaman dan kepuasan menggunakan produk ini meyakinkan saya untuk terus menggunakan produk Smart Coco A+. Kejayaan yang diperoleh semasa PMR 2010 sekaligus membakar semangat saya untuk terus mereka kejayaan. Setelah belajar dengan dorongan keluarga sahabat dan guru-guru, Alhamdulillah saya telah peroleh kejayaan Straight A dalam SPM 2012. Saya juga telah menggunakan produk ini secara konsisten kerana produk ini ternyata dapat membantu saya terus segar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekarang, saya sudah pun melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti, dan masih menggunakan produk Smart Coco A+. Terima kasih Smart Coco A+, terima kasih Fortune Resources. ^,^ 

 
 
Arsyad Bin Zulkifli
SBP Integrasi Gombak, Selangor

Assalamualaikum, I’m very delighted to tell you a story that before I used this product, I often felt the drowsy feeling and always sleep at class. Due to this phenomenon, I didn’t understand what the teacher had taught me. Out of the blue, my mother came to my school and give me this product. At first I thought this product was a totally joke. But after I consumed it everyday, I could feel the change. I didn’t fell drowsy in class anymore. I could pay 100% attention to my teacher when she is teaching. It was a miracle. Alhamdulillah! I managed to get 11A in my SPM examination. Until now, I’m still consuming the product. May Allah bless you.

 
Faezah Binti Nasri
MRSM Tun Abdul Razak, Pahang

Saya mula mengambil minuman ini selama setahun. Ianya amat berkesan untuk minda dan menguatkan daya ingatan. Selain itu, ianya juga menambahkan kecergasan tubuh badan saya.
 
Fasehah Binti Mustapa Kamal
SM Raja Perempuan Taayah

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh….Saya salah seorang pengguna setia produk Fortune Resources. Saya mula menggunakan produk ini sejak berusia 14 tahun lagi dan alhamdulillah pada tahun 2010, saya berjaya mencapai 8A dalam peperiksaan PMR. Saya konsisten menjadikan Smart Coco A+  sebagai minuman harian saya sehingga kini dan baru-baru ini keputusan SPM 2012 telah diumumkan. Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya memperoleh 10A dalam peperiksaan tersebut. Sepanjang menggunakan produk Fortune Resources, banyak perubahan yang dapat saya rasai dalam diri saya. Antaranya ialah saya tidak mudah berasa lapar, tidak lagi berasa mengantuk setiap kali belajar di dalam kelas mahupun sewaktu mengulangkaji pelajaran sendirian, lebih mudah menumpukan perhatian sepenuhnya sewaktu guru mengajar dan yang lebih penting, saya menjadi lebih bersemangat dan komited untuk menuntut ilmu kerana Allah Taala.

 
 
Muhammad Taqieyyuddin Bin Mohd Tajuddin
Kolej Sultan Azlan Shah

Setelah hampir sebulan saya minum Smart Coco A+ ini, saya mula merasai sesuatu yang lain. Entah bila datangnya saya beroleh keyakinan lebih untuk belajar. Walaupun kurang faham, saya masih seronok untuk belajar terutamanya subjek Prinsip Akaun. Saya seronok membuat latihan walaupun susah. Saya tidak gugup menghadapai kesukaran belajar kerana saya rasa lebih fokus dan tahu apa perlu saya buat. Dan yang paling nyata, saya mula menyukai rasa minuman Smart Coco A+ . Ianya  enak dan lazat. Rasa coklat sebenar. Saya rasa puas bila meminumnya abaik pagi atau malam. Kini setiap kali duduk-duduk menonton televisyen, pasti saya buat secawan Smart Coco A+. Kini saya bertambah yakin akan khasiat minuman ini. Memang benar, ianya makanan minda.

 
Nuralia 
SMK Tunku Ampuan Dhurah, Negeri Sembilan
 
Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah. Dengan izin Allah S.W.T , saya telah mendapat 9A dalam SPM 2012. Terima kasih kepada Fortune Resources kerana telah menghasilkan smart Coco A+ yg menjana minda & byk membantu saya . Sedap & sangat berkhasiat ! Walaupun hanya mendapat 5A dalam percubaan SPM , namun berkat usaha & istiqamah minum Smart Coco A+ , impian saya akhirnya tercapai.

Nur Nadhirah Najwa  Bt Rusli
Sekolah Integrasi Kuantan, Pahang

Assalamualaikum..Sejak Tingkatan 1 hingga tingkatan 5, saya belajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan. Tinggal di asrama agak mencabar kerana rutin harian yang sangat ketat dan padat. Adakalanya terasa amat memenatkan dan pernah terfikir untuk keluar dari asrama kerana berasa terlalu letih mengejar masa. Adakalanya dimarahi guru kerana tertidur dalam kelas. Tetapi bermula semasa saya di Tingkatan Empat, ibu telah membekalkan saya dengan Smart Coco A+. Saya minum Smart coco pada waktu pagi dan malam. Saya tidak berasa penat dan mengantuk macam dulu lagi dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas. Kini saya baru sahaja menerima keputusan SPM 2012. Alhamdulillah saya mendapat 10A . Terimakasih Allah dan terimakasih Smart Coco A+ yang membantu saya.

 
Nurul Izzaty binti Ramli
Kolej Sultan Alam Shah, Selangor

Alhamdulillah…syukur pada Allah kerana dengan izinNya saya telah berjaya memperolehi  11A dalam peperiksaan SPM2012.Syukur juga kepada Allah kerana telah menemukan saya dengan produk smart koko A+ yang banyak membantu saya “stay alert” dalam kelas walaupun waktu pembelajaran dan aktiviti  sangat sekolah yang padat. Sebagai seorang pelajar di KISAS, tenaga dan perhatian yang maksimum diperlukan dalam perjuangan mendapatkan keputusan cemerlang dalam semua 11 subjek.   Perkara ini sangat sukar dicapai tanpa bantuan dari pemakanan tambahan yang baik seperti smast koko A+ ini. Saya mengambil smart koko A+ selepas disarankan oleh ibu saya seorang guru Sains dan Biologi yang mengetahui kandungan protein dan enzim yang tinggi dalam koko dapat menjanakan tenaga dalam sel sel badan kita dan meningkatkan kadar metabolism.Saya sarankan kepada semua para pelajar di Malaysia, khususnya yang beragama Islam untuk menggunakan produk ini yang disahkan Halal tanpa keraguan.Sekian, terima kasih Smart Koko A+ . 

 
 
 
Siti Sarah Binti Muhamad Asri
Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah

Sebelum mengamalkan Smart Coco A+ sebagai minuman harian , saya mengalami masalah cepat mengantuk dan lesu ketika berada dalam kelas sewaktu sessi pembelajaran . Apabila pulang ke rumah , aktiviti tidur mendominasi waktu-waktu yang sepatutnya saya gunakan untuk mengulangkaji pelajaran . Ibu bapa saya mula risau dengan keadaan tersebut . Tambahan pula , saya bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun tersebut iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lalu , mereka mencadangkan agar saya mengamalkan minuman Smart Coco A+ sebagai minuman harian . Adik saya yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun tersebut juga turut mengamalkannya . Alhamdulillah dengan izin Allah & berkat usaha serta doa kedua ibu bapa saya , saya semakin bertenaga dalam kelas dan mampu mengulang kaji pelajaran semaksima mungkin di rumah. Akhirnya , Allah memakbulkan doa saya dengan kejayaan mendapat 12A dalam SPM dan membuat ibu bapa saya mengalir air mata kegembiraan . Alhamdulillah & terima kasih Smart Coco A+ kerana menjadi pemangkin kejayaan saya .

 
 
 
Hazwani Ummairrah Bt Mohd Isa
MRSM Taiping, Perak

Saya mula menggunakan minuman Coco A+ dan jus Al-Khaira  sejak berada di tingkatan 4 iaitu pada tahun 2011 apabila ayah saya mencadangkannya. Ayah saya mula mengetahui tentang minuman dan jus ini melalui radio IKIM dan berhasrat untuk mencubanya. Saya minum minuman Coco A+ dan jus Al-Khaira pada setiap pagi sebelum ke sekolah. Minuman dan jus ini terbukti membantu saya menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan apabila berada di dalam kelas. Saya juga masih bersemangat walaupun sudah berada di penghujung hari dan hanya mendapat tidur 5 jam tidur sehari. Di sampinng itu, saya merupakan antara pemimpin pelajar  di sekolah yang mempunyai aktiviti yang padat seperti mengendalikan hari guru, annual dinner dan perhimpunan mingguan. Semua ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Ternyata minuman Coco A+ dan jus Al-Khaira memberi saya lebih tenaga, lebih fokus dalam menjalankan urusan akademik dan bukan akademik serta meningkatkan keyakinan diri.
 
 
 
 
Ummi Hani Nasaruddin
SMK Binjai, Terengganu

Assalamualaikum. Saya telah minum Smart coco A+ sejak dari 2011. Alhamdulillah membuahkan hasil. Saya dapat melihat perubahan yang positif  dalam markah peperiksaan saya sejak dari tingkatan 4 lagi. Walaupun peningkatan tidak berlaku secara mendadak tetapi diakhiri dengan keputusan cemerlang iaitu 9A dalam SPM 2012. Saya berasa sangat beruntung kerana ibu saya, Siti Melati Sufaat  telah syorkan saya  untuk minum Smart Coco A+. Smart Coco A+ telah membantu saya fokus di dalam kelas dan mengelakkan rasa ngantuk ketika cikgu sedang mengajar. Sekiranya apa yang diajar saya tidak faham saya saya akan menjadi aktif untuk terus menanyakan soalan tanpa rasa segan.  Saya juga mudah memahami dan ingat apa yang diajar oleh guru-guru atau rakan-rakan saya. Oleh sebab itu saya berharap minumam Smart Coco A+ akan terus diminum oleh adik-adik saya dan juga pengguna yang lain. Walaubagaimanapun kita jugak perlu burusaha, berdoa dan tawakal.

 
 
 
Farah Zafirah Binti Mohd Badaruzaman
SAM Bestari

Pada permulaannya saya lebih kerap mengantuk semasa waktu persekolahan sejak mengambil minuman tersebut. Ibu saya pula setiasa menggalakkan saya mengambil minuman smart coco a+ walaupun saya mula kerap mengantuk di sekolah dan memberitahu saya tentang masalah mengantuk tersebut merupakan kesan awal pengambilan minuman tersebut berdasarkan testimoni-testimoni pengguna yang terdahulu yang disiarkan melalui saluran radio ikm.fm. Ibu saya juga akan memastikan bekalan smart coco a+ saya sentiasa mencukupi di asrama dan juga di rumah.

 
 
Wan Shazwana Jannah binti Wan Abdullah
SMK Kamil Pair Puteh Kelantan

Saya mempunyai masalah dan kesukaran dalam mengingati formula-formula yang berkaitan dengan pelajaran. Sejak saya mula mengamalkan minuman Smart Coco A+, Alhamdulillah ingatan saya bertambah kuat dan saya mudah untuk menerima dan mengingati sesuatu yang berkaitan dengan pelajaran saya dengan mudah dan cepat. Tiada masalah sukar untuk menghafal lagi! Prestasi saya dalam pelajaran pun meningkat. Alhamdulillah. Terima kasih Smart Coco A+!

Mohd Adi Farhan
MRSM Tun Ghafar Baba
 
Mengikut pengalaman saya setelah setahun mengambil Smart Coco A+ dan juga  Jus Alkhaira sebagai makanan tambahan, saya dapat merasai dgn berkat dan khasiat yg terkandung di dalam supplement yang berkhasiat ini, ianya sangat  meransang  diri saya untuk lebih proaktif  dan juga  saya tidak rasa langsung  mengantuk semasa belajar.
 
 
Helmi Amirul
Malay College Kuala Kangsar

Sejak menggunakan Smart Koko A+, tumpuan anak saya terhadap pelajaran lebih fokus. Dengan menggunakan Smart Koko A+ ini juga dapat mengurangkan keletihan akibat suasana pembelajaran yang padat. Alhamdulillah, anak saya mendapat A dalam semua mata pelajaran SPM (9A). Setiap hari saya akan memastikan anak saya mengambil Smart Koko A+.
Muhammad Hazif Bin Halmi
Kolej Islam Sultan Azlan Shah, Perak

Telah mengunakan produk fortune  iaitu smart coco a+ sejak 2010 pada peperiksaan pmr , saya telah mendapat 8a1b.kemudian saya terus mengamalkan meminum smart coco sehingga memduduki spm.alhamdulillah,saya telah mendapat 10a1b dalam spm.

 

HUSNI SHARIF BIN MOHD
MRSM Taiping, Perak

Saya telah mula menggunakan minuman Smart Coco A+ ketika saya telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran di MRSM Taiping. Ibu sayalah yang telah menyarankan saya untuk menggunakan produk minuman ini.  Alhamdulilah, setelah sebulan saya menggunakannya, saya merasakan proses pembelajaran saya menjadi lebih mudah dan lancar. Saya juga telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua peperiksaan. Baru-baru ini, keputusan SPM telah diumumkan dan saya sangat bersyukur kepada Allah dengan nikmat kurniaan yang telah diberikan. Saya mengambil 9 subjek dan saya telah berjaya mendapat 8A+ dan 1A.

Muhammad Aiman Yamin Bin Ibrahim
SBP Integrasi Selandar
 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Sejak saya mengamalkan minuman tambahan Smart Coco A+, saya lebih cepat memahami pelajaran yang guru ajarkan. Saya dapat merasakan perubahan tersebut dalam diri saya.  Ingatan saya semakin kuat dan mudah mengingati pelajaran yang saya pelajari. Saya juga  merasa lebih cergas bertenaga dan bersemangat ketika belajar mahupun berriadah.  Smart Coco A+ jadi minuman pilihan utama keluarga saya.  Alhamdulillah. 
Noratiqah Binti Sanusi
SBP Integrasi Gopeng, Perak  

Saya mula menggunakan Smart Coco A+ pada bulan Julai 2012 iaitu ketika saya sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM peringkat Sekolah Berasrama Penuh ( SBP). Saya mula merasakan perubahan sedikit demi sedikit. Saya bertambah semangat untuk belajar, berasa lebih bertenaga dan kurang mengantuk ketika pembelajaran serta dapat berfikir dengan lebih jauh. Alhamdulillah, ia dapat membantu saya untuk mencapai straight A dalam SPM. Saya masih meminum Smart Coco A+ sehingga kini sebagai persediaan untuk memasuki ke alam universiti.
Hanis Nabihah Binti Saari
SAM Bestari

Minuman Smart Coco A+ yang diusahakan oleh Fortune Resources sangat membantu saya dalam pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun lepas. Sebagai seorang pelajar yang menetap di asrama,pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mengisi jadual harian saya. Jadual belajar saya menjadi padat dan minuman Smart Coco A+ ini telah membantu meningkatkan kebolehan minda saya bagi menerima input-input di dalam kelas dengan lebih pantas. Fokus saya di dalam kelas semakin bertambah. Terima kasih kepada minuman berkhasiat ini yang disyorkan oleh emak saya.

Nadhrah Bt Mohd Hussaini
MRSM Pontian
 
Assalamualaikum. Saya merupakan seorang calon SPM 2012 di sebuah sekolah berasrama penuh. Sebelum saya mengamalkan minuman SmartCocoA+ ini, saya kerap tertidur di dalam kelas dan semasa kelas persediaan malam. Ia menyebabkan saya sering tidak fokus semasa waktu pembelajaran. Namun begitu selepas saya diperkenalkan kepada minuman SmartCocoA+, banyak perubahan yang saya alami. Misalnya, saya sudah tidak mengantuk semasa waktu pembelajaran malahan saya lebih bersemangat untuk belajar. Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan 9A dalam SPM 2012. 

 
Mu’az bin Hashim
MRSM Tun Ghafar Baba

Syukur alhamdulillah kepada allah s.w.t.  kerana saya telah berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam spm 2012 dengan berkat mengamalkan minum smart coco a+ setiap pagi walaupun saya tinggal di asrama. Saya telah memperolehi 7a dalam peperiksaan percubaan spm, namun saya terus beristiqamah mengamalkan minum smart coco a+ dan akhirnya kejayaan  cemerlang telah saya capai. Kini saya sedang melanjutkan pelajaran di sunway college (monash university foundation) di bawah tajaan mara sejak januari 2013 dan kini saya masih terus menggunakan minuman smart coco a+ untuk memastikan saya terus cemerlang di universiti nanti. Insya allah.   

 

                                                                                             
                                                                                                 

SPM 2011

 
Mohd Aflah Lokeman
SM SAINS JOHOR, JOHOR

Pn Dariah bte Jaffar - Saya sekeluarga telah menggunakan produk SMARTCOCO A+ sejak anak-anak saya sekolah rendah lagi. Mereka amat menyukai produk ini kerana rasanya yang sedap lagi berkhasiat. Anak saya yang belajar di Politeknik, Mohamad Zabidi Lokeman memberitahu saya produk ini membantunya belajar setiap hari. Dia sudah tidak mengantuk dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kini, walaupun sudah bekerja, dia masih mengamalkan minum SMARTCOCO A+ kerana ia membantunya fokus di tempat kerja pula. Seorang lagi anak saya, Mohamad Aflah Lokeman pula merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya. Mendapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 10A+ dalam SPM baru-baru ini, saya amat berbangga dengannya. Sewaktu bersekolah dahulu, saya memastikan dia mengambil SMARTCOCO A+ walaupun tinggal di asrama ketika di sekolah menengah. Dia mengakui SMARTCOCO A+ membantunya fokus di dalam kelas dan mengelakkannya dari berasa lesu berbanding rakan-rakannya yang lain.

 
Nur Hazirah Mohammad Aziz
SMK AGAMA MAAHAD, MUAR

Alhamdulillah dan syabas diucapkan pada Fortune Resources kerana telah menghasilkan produk berkualiti tinggi Smart Coco A+. Saya mengambil minuman Smart Coco A+ pada setiap pagi sebagai sarapan dengan harapan minuman ini mampu memberi kecergasan pada minda dan fizikal saya. Ternyata Smart Coco A+ tidak mengecewakan kerana sejak mengamalkan Smart Coco A+, saya rasa lebih cergas terutama sekali dari sudut mental dan fizikal. Pepatah arab mengatakan akal yang cerdas ada pada badan yang cergas. Alhamdulillah selepas mengamalkan Smart Coco A+ prestasi saya dalam pelajaran juga semakin meningkat sehingga ada rakan-rakan saya yang bertanya apa rahsia disebalik kecemerlangan saya dalam akademik disamping sentiasa cergas dan bersemangat semasa guru sedang mengajar. Kehidupan sebagai pelajar sememangnya sanagat sibuk hinggakan kadangkala tidak sempat untuk mengambil sarapan. Namun sejak menjadikan Smart Coco A+ sebagai pilihan utama,saya tidak perlu risau lagi kerana minuman yang cukup berkhasiat ini mampu memberi kecergasan sepanjang hari disamping rasanya yang enak. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memperoleh 11A dalam peperiksaan SPM 2011. Pada para ibu yang berhasrat untuk menjadikan minuman berkhasiat ini sebagai menu utama sarapan anak-anak anda  sememangnya anda telah melakukan pilihan yang tepat dan bijak demi memastikan kecergasan dan kemerlangan anak-anak anda. Minumlah Smart Coco A+!
 
 
Mohamad Azim Che Min
SM SULTAN MAHMUD, KUALA TERENGGANU

Syukur Alhamdulillah anak saya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2011 iaitu 6A+ dan 3A.Dia mula menggunakan Smart Coco A+ sejak bulan Febuari 2011.Keputusannya mula meningkat secara mendadak dan bertambah memberangsangkan apabila dia dari mulanya hanya mendapat 1A+ kepada 6A+.Alhamdulillah, dia sekarang sedang menunggu tawaran dan penajaan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dalam dan luar negara.

 
Mohamad Zamir Ghazali
MRSM TUN GHAFFAR BABA, MELAKA

Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdullilah. Syukur kurniaan Allah S.W.T yang tiada sempadannya.Terima kasih Fortune Resouses, dengan izin-Nya saya Muhammad Zamir bin Ghazali berjaya peroleh 10 A dalam SPM 2011 lalu. Beristiqamah dengan Smartcoco A+ dapat menjana minda saya. Hanya 4 A dalam percubaan SPM, saya terus berusaha tanpa  strees dengan  mengamalkan minum Smartcoco A+ yang mengandungi bahan-bahan focus minda seperti kismis, madu, tamar dan Ginkgo Biloba . Saya tidak berapa suka bersarapan pagi tetapi dengan adanya Malt dapat memberikan kekenyangan.Maka, diharapkan yang lain terus minum Smartcoco A+ untuk ketajaman minda dengan izin Allah S.W.T jua.  Berdoa, berusaha akhirnya bertawakal KEPADA ALLAH S.W.T  itulah resepi kejayaan.

 
Khairul Hariz Maharani
SM TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, KOTA BHARU
 
Saya Maharani daripada Kelantan. Anak-anak saya telah menggunakan produk Fortune Resources sejak tiga tahun dahulu, iaitu semasa anak saya belajar di tingkatan 3 dan satu lagi di darjah 4. Kedua-duanya pada tahun 2011 telah mengambil peperiksaan SPM dan UPSR. Semenjak mengamalkan produk Smartcoco A+ dan Smart Sweet A+, keputusan peperiksaan anak-anak saya semangkin meningkat. Dimana keputusan SPM yang telah diumumkan pada bulan Mac lalu anak saya  telah mendapat keputusan 9A. Bagitu juga anak saya yang mengambil peperiksaan UPSR, beliau telah mendapat keputusan 5A, dimana sekarang beliau sedang menuntut di MRSM. Terima kasih kepada Fortune Resourcers. Kami akan terus menggunakan produk Fortune Resources. Produk ini saya perolehi daripada pengedar FAUZIAH di Ketereh. Kejayaan memang sebenarnya daripada Allah SWT, tapi Allah SWT menyuruh kita berusaha untuk mendapat kejayaan. Berkat usaha yang diberi kepada anak-anak saya dan pemakanan tambahan, saya bersyukur kepadaNya tentang apa yang diperolehi.Bersama-sama ini saya sertakan keputusan SPM anak saya KHAIRUL HARIZ beserta dengan gambarnya dan salinan kad pengenalan. 

 
Nabilah Ismail
SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BHARU
 
Saya Nabilah Binti Ismail, pelajar di Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bharu telah mengunakan produk keluaran Fortune Resources ini iaitu Smartcoco A+ sejak tingkatan  satu lagi.Pemilihan penggunaan produk ini sebagai minuman berkhasiat yang juga boleh dijadikan “supplement” harian, ternyata amat berbaloi, kerana minuman ini, dapat membekalkan tenaga untuk belajar walaupun tempoh masa persekolahan selama 6 jam yang ada di isi dengan komitmen saya sebagai pengawas sekolah telah habis digunakan hal ini kerana ketika di tingkatan 5, kelas tambahan kerap diadakan yang kadang kala tamat pada jam 5 petang. Dalam jangka masa ini, minda kita pasti letih begitu juga tubuh kita, namum minuman berkhasiat ini mampu mengekalkan tenaga saya pada tahap maksimum.Produk ini juga membolehkan saya untuk terus mengulangkaji pelajaran pada waktu malam tanpa rasa terlalu letih dan mengantuk. Pada waktu pagi sebelum ke sekolah malah sewkatu peperiksaan SPM juga minuman ini dijadikan salah satu menu sarapan saya kerana dengan minumannya minda akan berasa tenang dan fokus terhadap apa sahaja yang dilakukan seperti menjawab soalan-soalan peperiksaan.
 
 
Wan Nor Syariatul Shakira Wan Abdullah
SMK CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU
 
Saya merasa amat berbesar hati dan teruja untuk memberitahu akan khasiat minuman smart coco A+ yang saya Puan Salmiah binti Ahmad berikan kepada anak-anak saya dan setakat ini alhamdulillah terbukti membawa perubahan yang besar dari segi minda dan pembelajaran mereka dan baru-baru ini anak saya yang menduduki SPM 2011 telah berjaya mendapat 9A seperti lampiran yang disertakan. Saya juga amat berterimakasih kepada stokist kawasan saya iaitu Puan Norizan Kg.Bukit Mentok Kemaman yang telah memperkenalkan produk smart coco A+ ini kepada saya. Anak saya juga ada memberitahu tentang perubahan yang berlaku pada situasi diri beliau yakni setelah 2 ke 3 bulan mengamalkan minuman smart coco, rasa mengantuk dan letih menjadi berkurangan yang sebelumnya beliau sentiasa saja merasa lesu dan kuat tidur. Dari segi pelajaran beliau dapat menerima dengan baik tanpa rasa bosan dan mengantuk walaupun pada bulan puasa. Untuk itu sebagai seorang ibu saya syorkan ibu-ibu di luar sana berilah anak-anak anda minuman tambahan yang amat berkhasiat iaitu smart coco dan anda pasti teruja dengan perubahan pada anak anda nantinya. 
 
Muhammad Rusydan Taqwa Harun
 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, SELANGOR
 
Assalamualaikum. saya seorang calon spm 2011 di sebuah sekolah berasrama penuh. walaupun sibuk dengan aktiviti sekolah dan kelas tambahan yang padat, saya masih berasa segar dan dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran di dalam kelas. saya mengamalkan smartcocoA+ sebagai minuman semasa ulangkaji pelajaran dan sebagai bekal ke kelas persediaan malam.stok sachet smartcocoA+ tidak pernah kering kerana umi saya sentiasa membekalkn smartcocoA+ yang dibelinya di pasaraya giant, kuala terengganu sebelum pulang ke asrama. hasilnya alhamdulillah, saya mendapat keputusan 11A dalam spm2011.
 
 
Nurul Husna Muhammad Abduh
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, SELANGOR
 
Sebelum : Saya sering tidur didalam kelas, ia menyebabkan fokus saya didalam kelas hilang, kadang-kadang saya tiada semangat untuk kesekolah.
Selepas : Selepas mencuba beberapa peket Smartcoco A+, saya semakin bersemangat untuk kesekolah dan semakin fokus didalam kelas, saya juga menjadi kutang mengantok. Selain keberkatan usaha dan doa saya kepada Allah SWT, Smartcoco A+ telah membantu saya dalam mencapai kejayaan salam SPM, Alhamdulilah. 
 
 Nur Sarah Fatihah Tamsi
SMK AGAMA SYEIKH HAJI MOHD SAID, SEREMBAN
 
Bismilahirahmannirahim, Assalamualaikum wbt, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Fortune Resources kerana telah mengeluarkan produk Smartcoco A+. Alhamdulialh satelah memberikan produk Smartcoco A+ kepada anak saya, saya perhatikan ada perubahan baik pada dirinya. Dia lebih fokus dan cergas dalam pembelajarannya. Secara tidak lansung dapat membantu meningkatkan kemajuan anak saya dalam pelajarannya. Syukur, lahamduliah anak saya telah mendapat 11A dalam SPM 2011. Kejayaan tersebut telah mengembirakan seluruh ahli keluarga saya. Saya telah mebeli produk Sartcoc A+ ini dari stokis Ampangan, Seremban, Haji Mohd Nor. Terima kasih sekali lagi kepada Fortune Resources.  
 
Eiffah Munirah Heider
MRSM, LANGKAWI, KEDAH
 
 

 
JADUAL PEPERIKSAAN 2017
 
UPSR : 11 SEP - 18 SEP
 
PT3 : 09 OKT - 12 OKT
 
SPM : 06 NOV - 04 DEC
 
STAM : 23 OKT - 01 NOV
 
 
 

نَّ الَّذِيْنَ قَالُوا رَبُّنَا اللهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَنْ لَا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوْعَدُوْنَ (30)

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka istiqamah (meneguhkan pendirian mereka), maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan : "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih ; dan bergembiralah kamu dengan jannah (syurga) yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Fussilat : 30)

 
                                                                                            
 
ANTARA BAHAN-BAHAN ASLI YANG DIGUNAKAN DALAM PRODUK-PRODUK KAMI
 
 BADAM, MADU, DELIMA, KISMIS, KURMA, ALOE VERA, GINKO DAN SEBAGAINYA