UTAMA      PT3/PMR      PT3 2014




 
 

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH... 
KEPADA ADIK-ADIK PENGUNA SMARTCOCO A+ YANG TELAH BERJAYA DALAM 
PEPERIKSAAN PT3, 2014.

 
 
MUHAMMAD DANIAL BIN OMERA
MRSM TERENDAK, MELAKA

Saya adalah seorang pelajar sekolah yang tinggal di asrama. Kekangan masa menjalani aktiviti dan kehidupan di asrama membuatkan saya sering keletihan dan mengantuk semasa di dalam kelas. Tambahan lagi saya menghidapi resdung, saya sering bersin dan hidung kerap berair. Saya juga alah kepada persekitaran yang berhabuk. Dengan pengambilan Smart Sweet A+ dan Smart Coco A+ ini, ianya dapat membantu  meringankan masalah yang saya hadapi dan saya rasa produk-produk ini, membantu meningkatkan kecerdasan dan merangsang minda saya. Alhamdulillah….. saya telah Berjaya mendapat 7A semasa peperiksaan sebenar PT3  tahun 2014 berbanding hanya 4A sahaja semasa sesi percubaan PT3. Syukur kepada Allah SWT dan Terima Kasih Fortune Resources
 
 
NURAPIQKAH BINTI ARIFFIN
SMK SEGAMA, LAHAD DATU, SABAH

Saya mula menggunakan produk ini beberapa bulan sebelum peperiksaan PT3 bermula sebaik sahaja kakak saya membeli produk ini daripada stokis. Dia dapat tahu yang produk ini dapat membantu meningkatkan pelajaran saya dan terbukti dalam masa beberapa minggu sahaja, saya dapat merasakan ada peningkatan dalam pelajaran saya. Ibu saya pun turut menyatakan perkara yang sama selepas beliau melihat keputusan ujian saya yang meningkat berbanding dahulu. Terima kasih kepada produk ini
 

 
NURUL IZZAH BINTI JAFRI
SMKA SLIM RIVER, PERAK

Assalamualaukum, saya Nurul Izzah Bt Jafri pelajar PT3 pada tahun 2014. Saya telah menggunakan 'Smart Coco A+' sejak tahun 2013. Ibu saya mendengar produk ini melalui radio Ikim.fm. Saya setiap hari minum Smart Coco A+ setiap pagi dan sebelum tidur. Saya sangat menggemari air ini kerana rasanya yang enak dan lazat. Setelah menggunakan produk ini, saya berasa lebih bersemangat, semakin cergas dan saya mudah menghafal. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah setelah mendapat 10A dalam PT3 tahun 2014. Saya akan mengamalkan produk ini dan terus berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan datang. Sekian, terima kasih.

 
 
 
 
MOHD AMIRUL HAKIM BIN AHMAD LUTEPI
SMKA MAAHAD HAMIDIAH, BANGI, SELANGOR

Saya ibu kepada 6 orang anak. Saya  Dua orang anak saya tinggal di asrama dan yang 4 orang lagi ada di rumah.  Bagi anak yang tinggal di asrama, saya bekalkan kepada mereka smart coco  A+ sebagai minuman tambahan semasa mereka mengambil sarapan pagi. Begitu juga dengan anak-anak saya yang berada di rumah.  Setiap pagi saya akan berikan kepada mereka smart coco A+.Pada tahun 2014, anak kedua saya, MOHD AMIRUL HAKIM mengambil peperiksaan PT3,Saya mula memberikan minuman smart coco A+ kepadanya sejak dia di Tahun 5 lagi.  Alhamdulillah, semasa keputusan PT3 diumumkan, Amirul  merupakan salah seorang pelajar yang mendapat 9A di sekolahnya. Anak  saya yang sulung juga telah mendapat 9A dalam PMR tahun 2012.Kedua-dua mereka juga mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR dulu.Saya percaya, di samping kurniaan dan rezeki daripada Allah, penggunaan minuman smart coco A+ secara konsisten juga merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan ini. Dengan mengambil produk ini semasa sarapan pagi, dapat mengurangkan rasa mengantuk dan lapar kepada anak-anak saya.  Seterusnya, mereka dapat menumpukan perhatian semasa di dalam kelas.In Shaa Allah, saya akan terus memberikan minuman smart coco ini kepada anak-anak saya. Terima Kasih.

 
 
ALIYA NUR NAJIEHA BINTI HUSAIN AHMAD
SMK SEREMBAN 2, NEGERI SEMBILAN

Saya telah menggunakan produk Fortune Resources iaitu SmartCoco A+ sejak sekolah rendah lagi. Produk ini telah banyak membantu saya dalam menumpukan perhatian di dalam kelas semasa guru mengajar. Selain itu, saya tidak cepat penat semasa menelaah pelajaran. Walaupun saya tidak mendapat straight As untuk ujian PT3, saya berbangga dengan pencapaian yang telah saya peroleh. Terima kasih kepada Fortune Resources kerana telah banyak membantu saya sejak dulu




AUFA NABILAH BINTI MOHD FAIZUL
SMKA MAAHAD HAMIDIAH, BANGI, SELANGOR

Saya amalkan makan smart coco pada waktu pagi. Saya tulis makan bukan minum sebab saya memang makan smart coco tu tanpa membancuh dgn air.Perubahan yg nyata saya rasa tak letih dan bertenaga. Kurang rasa mengantuk sebab itu saya selalu habiskan masa dgn membaca buku dan novel pilihan saya.

Saya selaku pengedar FR. saya telah bertahun lamanya menggunakan produk smart coco. Anak2 saya Alhmdulillah cemerlang pelajaran meteka tetapi saya belum pernah menghantar penyertaan kpd pihak tuan.  





NUR SYAZANA BINTI NOR AZIZAN
SEK. SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, PEKAN, PAHANG

Assalamualaikum wbt, sejak dari darjah 6 lagi, ibu bapa saya telah menggalakkan saya untuk meminum Smartcoco A+ untuk hasil pembelajaran yang bagus. Ternyata, hasilnya amat memberangsangkan iaitu saya telah mendapat keputusan 5A didalam UPSR pada 4 tahun lepas. Waktu saya memasuki asrama, jadual sekolah menengah yang lebih padat merupakan cabaran bagi saya menguruskan masa dengan lebih produktif. Sejak di tingkatan 1 lagi, saya telah bergiat didalam bidang muzik. Latihan wind orchestra yang kebiasaannya dilakukan pada setiap malam dari pukul 10.30 malam hingga 12.30 pagi tidak menganggu jadual harian saya sebagai seorang pelajar. Dengan meminum Smartcoco A+ pada setiap pagi, produk ini ternyata dapat membantu saya memberi tenaga serta minda yang cerdas dan sentiasa bersedia untuk apa-apa aktiviti ataupun pembelajaran. Tambahan pula, tahun lepas saya telah menduduki peperiksaan PT3 dan alhamdulilah, saya telah mendapat 9A 1B. Kejayaan yang diperolehi adalah hasil usaha serta berkat dan doa dan pertolongan ibubapa saya yang membeli Smartcoco A+ ini sebagai bantuan sampingan. Saya juga telah ditawarkan ke Kolej Permata Pintar diUKM Bangi pada tahun ni.



MUHAMMAD AHNAF BIN SHAMSUDIN
MRSM FELDA KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
 
Alhamdulillah saya mendapat 8A dalam peperiksaan PT3, setelah menggunakan produk smartcoco A+ semenjak saya dalam tingkatan 1. Walaupun tinggal di asrama, tiada masalah untuk saya sediakan smartcoco sendiri. Ibu juga sentiasa membekalkan smartcoco A+ ketika hendak pulang ke asrama. Ibu mendapatkan produk dari stokis smartcoco di Putrajaya iaitu puan Rosnita.
 
 

 
MUHAMMAD HILMI BIN MOHD ABD RAHMAN
SMK AGAMA MAAHAD, MUAR, JOHOR 

ALHAMDULILLAH ANAK SAYA MULA MENGAMBIL Smartcoco A+PADA TAHUN 2011 SEMASA NAK MENGAMBIL PEPERIKSAAN UPSR. PADA MASA ITU ANAK BARU BERTUKAR KE SEK REN BANDAR MAHARANI MUAR. BARU MENGAMBIL NAK MASUK 2 KOTAK Smartcoco A+ ANAK BERITAHU DIA TERPILIH UNTUK MEWAKILI SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN KUIZ MATEMATIK. DIA TERPILIH KERANA MENDAPAT MARKAH MATEMATIK KE 2 TERTINGGI DIANTARA PELAJAR TAHUN 6. SAYA PUN TERPERANJAT JUGA.ALHAMDULILLAH KEPUTUSAN UPSR ANAK SAYA MENDAPAT 5A. TAHUN INI JUGA SAYA BERIKAN JUGA ANAK MINUM Smartcoco A+. ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH DALAM PEPERIKSAAN PT3 DIA MENDAPAT KEPUTUSAN 10A 1B.

TERIMA KASIH PUAN MURNI DAN Smartcoco A+.KITA BERUSAHA DAN DENGAN KEIZINAN ALLAH KITA BERJAYA.

 

 
ADAWIYAH SAFINAH AN-NIDA BINTI MOHD ZAKIR
SMK SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR, KEDAH
 
Saya mula menggunakan produk ini pada tahun 2013.
Minuman ini sangat sedap dan lazat. Di samping itu, saya tidak berasa letih dan saya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas 
 

 
NUR AMIRA HUSNA BINTI MOHD SUFIAN
SMK SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH, SELANGOR
 
Alhamdulillah, dengan izin Allah serta kesungguhan ibubapa saya yang memberikan   Smart Cocoa A+ sebagai makanan tambahan saya sejak di tingkatan 1 telah menunjukkan perubahan yang positif buat diri saya. Saya menjadi lebih bertenaga, penuh bersemangat serta lebih fokus dalam kelas dan sewaktu ulangkaji. 
 
Keputusan 7A 4B dalam PT3 2014 pasti membuatkan saya lebih bermotivasi untuk terus melakar kejayaan di masa hadapan dengan izin Allah. 
 
 
BALQIS BINTI MOHD FAUZI
SMK TEMERLOH JAYA, TEMERLOH, PAHANG

Produk Smartcoco A+ ini telah banyak membantu dalam meningkatkan konsentrasi saya di dalam pelajaran, terutama ketika berada di dalam kelas. Saya telah menggunakan produk ini sejak tingkatan satu. Tenaga yang dibekalkan melalui campuran madu, kismis, gingko biloba serta koko memberikan khasiat yang cukup untuk badan saya kekal cergas dan tidak mudah mengantuk sewaktu sesi pembelajaran. Smart Coco A+ juga mempunyai rasa yang lazat. Saya mempunyai tabiat tidak suka mengambil sarapan pagi, namun sejak ibu menyarankan saya mengambil Smart Coco A+ sebagai sarapan, saya tidak lagi berasa tidak bermaya pada waktu pagi.
 

 
NUR SYAKIRAH BINTI EFRIZAL
SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID, AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN
 
Saya Nur Syakirah binti Efrizal merupakan seorang pengguna Smartcoco A+. Saya telah meminum air Smartcoco A+ setiap hari. Kadangkala, saya hanya makan serbuk Smartcoco A+ begitu sahaja. Enak sungguh.  Ibu saya memperkenalkan produk ini ketika saya darjah 4. Tahun sebelumnya, saya kurang fokus dlm kelas dan sering tidak bersemangat. Namun selepas meminum air Smartcoco A+ setiap hari sebelum ke sekolah, Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya sentiasa bersemangat dan bertenaga untuk menuntut ilmu. Selain itu, ibu bapa dan dan keluarga saya telah mengambil Kopi Barli Munawwarah dan Colla Coco A. Terima kasih Fortune Resources. Semoga syarikat tuan maju dan berkembang ke persada negara dengan memasarkan produk halal dan bermanfaat.


UMMI FAKHRIAH BINTI MOHD NOOR
SMK DATO PERDANA, BACHOK, KELANTAN

Terima Kasih kepada pemakanan tambahan untuk minda Smart Coco A+ kerana sebelum inin Ummi merupakan seorang pelajar tahun 5 selalu ketinggalan dalam pelajaran ,biasa nya mendapat markah yang kurang memuaskan dalam setiap mata pelajaran.  Alhamdulillah setelah saya mengambil Smart Coco A+ peperiksaan UPSR 2011 mendapat 4A 1B di Sek. Keb. Bakong, Bachok, Kelantan. Saya terus menggunakan Smart Coco A+ hingga peperiksaan PT3. Dengan itu saya mudah faham apa yang diterangkan oleh guru. Saya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 10A dalam PT3 2014. Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira.Saya akan terus mengambil Smart Coco A+.

 
 
 

 
NOOR HASYA QISTINA
SMK KING GEORGE V, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
 
Assalamualaikum, saya Puan Noor Amira binti Hashim dari Seremban. Hari ini saya pergi ke kedai MasBukti Enterprise yang dipunyai oleh Tuan Hj. Mohd Nor bin Maarom. Saya membeli 2 pek berkembar Smartcoco A+ dengan mendapat percuma sebatang pen berjenama Next dari Switzerland. Saya diberitahu syarikat Fortune Resources akan memberi hadiah berupa smartcoco A+ juga kepada pelajar-pelajar yang mendapat UPSR cemerlang 5A dan PMR. Waaah....saya terkejut...mungkin syarikat Fortune Resources pernah mengumumkan di radio IKIM dan mungkin saya terlepas dengar. Jadi di sini saya nak ceritakan sedikit pengalaman anak saya mengambil produk Fortune Resources seperti Jus Al-Khaira, Smartcoco A+, Smartsweet A+ dan Goat A+ Unggul / Madu dari anak saya berumur 11 tahun lagi sehingga lah sekarang (kini anak saya berumur 16 tahun dan bernama Noor Hasya Qistina).

Pada tahun 2011, anak saya telah mendapat 5A dan pada tahun lepas pula untuk peperiksan PT3, anak saya telah mendapat 7A, 3B. Mungkin dah terlewat untuk saya hantar cerita saya ni tapi takpe yang penting... tak sia-sia anak saya mengamalkan produk-produk dari Fortune Resources yang mana ianya sangat bagus untuk makanan otak pelajar masa kini. Ringkas dan mudah. Alhamdulillah, terima kasih Allah, terima kasih juga kepada Fortune Resources kerana mengeluarkan produk yang sangat bagus untuk minda malah  dengan pemakanan sunnah yang diterap didalam produk2 keluaran Fortune Resources menjadikan anak saya seorang muslimah yang dihormati di sekolah oleh guru-guru dan rakan-rakannya juga. Anak saya juga mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah Perempuan 2014 di sekolahnya, di samping itu juga mendapat anugerah Sahsiah Terpuji dan Anugerah Permata Sahsiah Terpuji 2014. Memang sedari umur 6 tahun lagi saya telah memberi madu + habatussauda kepada anak saya. Tapi dulu saya terpaksa campurkan sendiri madu dan sedikit minyak habatussauda untuk diminum bersama, kini dengan adanya Jus Al-Khaira lagi memudahkan saya untuk beri anak saya mengambilnya sebab segala makanan sunnah untuk minda ada didalamnya.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada syarikat Fortune Resources dan berharap agar syarikat ini akan terus berjaya dengan mengeluarkan produk-produk yang digemari oleh lapisan umur dan bangsa. Wasalaam.