Home      SPM      SPM 2017

BERSAMA KAMI DI 

IKIM FM 


PADA PUKUL 11.15 PAGI

DI BULAN SEPTEMBER
 
RABU 05 SEP 2018

SELASA 11 SEP 2018


RABU 19 SEP  2018

 

SELASA 25 SEP 2018


Dimana anda boleh dapatkan produk-produk kami. 

Sila hubungi kami di:
 
FORTUNE RESOURCES
   3 PESARA MAHSURI 
5, 
  11900, BAYAN BARU, 
PULAU PINANG
   Fax - 04-644 7414 

  HOTLINE / SMS:
017 437 9124 (WApps)
017 479 1274 (WApps)
012 507 1411 (WApps)
017 459 7241


No. Akaun Syarikat di Maybank:

FORTUNE MUNAWWARAH SDN BHD
5571 5730 9846
 
anak syarikat FORTUNE RESOURCES
 
EMAIL:
marketing@fortuneresources.com.my
 


SELANGOR

Nur Hakimi Danial B. Nor Azmi

SK Selayang Baru, Selangor

 

Assalamulaikum Nama saya Nur Hakimi Danial telah mendapat keputusan 8A 1B pada SPM tahun 2017 .Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana saya telah diperkenal oleh opah saya dengan produk Smart Coco A+ ini yang sangat hebat dan menakjubkan.Opah saya mengetahui produk Smart Coco A+ ini melalui radio Ikim. Saya bermula minum Smart Coco A+ ini  bermula dari Sekolah Rendah sehingga sekarang.Dan Selalunya ibubapa saya akan membeli satu dozen untuk kami minum adik beradik yang seramai lima orang  selama sebulan.

 Setiap pagi, lima cawan Smart Coco A+ akan disediakn oleh ibubapa saya untuk kami minum adik beradik.Smart Coco A+ membuatkan saya sangat fokus dan sangat cergas apabila di dalam kelas maupun aktiviti di luar kelas.Tambahan pula saya sangat aktif di dalam sukan boling padang ,dan mewakili Sekolah dalam acara tersebut.

Smart Coco A+ Memberi saya tenaga dan stamina yang amat luarbiasa dari biasa.Sehingga kawan-kawan di Sekolah bertanya kepada saya apakah rahsianya.

 Maka dari itu saya telah mensyorkan kepada kawan-kawan saya dengan produk Smart Coco A+ ini di Sekolah.Dan ramai kawan-kawan saya telah memberi pujian yang baik dan hebat tentang produk Smart Coco A+ ini.

 Abang saya Nur Eqmal Dinie yang sedang belajar di Unimas Serawak juga sampai sekarang meminum Smart Coco A+ ini.Setiap bulan ibubapa saya akan menghantar Smart Coco A+ ini ke Unimas Serawak.

 Tanpa meminum Smart Coco+ ini.saya dan adik beradik merasa tidak sempurna untuk memulakan hari-hari kami.Smart Coco A+ adalah pelengkap hidup saya,Terima kasih Allah dan terima Kasih Smart Coco A+ yang saya kasihi.Amiin


 

NEGERI SEMBILAN
    

Nur Aqilah Bt Mohd Shokri

SM Agama Perseketuan Labu, N Sembilan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah mencapai kejayaan yang dapat membanggakan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya dengan memperolehi 11 A di dalam peperiksaan SPM 2017. Kejayaan ini diperoleh berkat daripada ibu bapa dan guru-guru yang sering mendoakan saya. Kejayaan ini juga berkat daripada amalan saya minum minuman bernutrisi SMART COCO A + yang diamalkan sejak daripada bangku sekolah rendah lagi yang sememangnya berkesan dalam membantu saya mengulangkaji pelajaran sepanjang SPM 2017. Ibu saya telah mendengar tentang produk yang berkualiti ini dalam radio IKIM.FM. Saya minum air smartcoco A+ dan merasai perubahan dalam diri saya. Saya berasa lebih segar untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu lapang terutamanya pada waktu pagi. Minuman SMART COCO  A+ sangat mudah untuk diambil kerana boleh dimakan begitu sahaja dan mengenyangkan sebagai gantian kepada sarapan saya. Minuman SMART COCO A+ ini juga bukan sahaja mempunyai rasa yang unik bahkan ia juga banyak membantu saya di dalam kelas seperti tidak mengantuk dan bertambah fokus semasa belajar. Selain itu, ia memberikan kesan kepada daya ingatan saya. Saya kini lebih mudah untuk menghafalkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis kerana saya merupakan pelajar sekolah menengah agama. Oleh itu saya menggalakkan sekalian calon UPSR, PT3 dan SPM bagi tahun-tahun yang akan datang supaya mengamalkan produk-produk keluaran Fortune Resources. Kata orang tua-tua “Belum cuba belum tahu, Sudah cuba pasti nak lagi”, dan “Tak kenal maka tak cinta” Produk Fortune Resources diharapkan dapat terus menjana ummah cemerlang pada masa akan datang





JOHOR
     

Salmi Ikwani Binti Selamat

MRSM Tun Dr Ismail Pontian, Johor

 

Pengamalan minuman berkhasiat smart coco A+ membantu saya mencapai kecemerlangan sejak zaman UPSR lagi. Saya meneruskan pengambilan produk ini sehingga saya berjaya dlm PT3 dan SPM. Selain smart coco A+, saya juga mengambil minuman kopi barli Munawwarah A+ kerana minuman ini lazat serta membantu saya menjadi segar dan tidak mudah mengantuk sepanjang hari. Alhamdulillah kesannya saya dapat fokus di dalam kelas semasa guru-guru mengajar serta bertenaga sepanjang hari. Saya juga mampu memahami dan menyelesaikan soalan-soalan yang agak sukar. Penyertaan dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum menjadikan saya sibuk setiap hari di sekolah, namun dengan adanya smart coco A+ ini membantu saya mengatur jadual seharian saya agar seimbang antara akademik dan hal lain-lain serta saya juga tidak cepat penat atau lelah. Sepanjang menetap di asrama, Alhamdulillah saya sentiasa sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit apabila sesuatu wabak merebak di asrama. Cara pengambilan yang mudah juga menyebabkan saya memilih produk- produk Fortune Resources. Jika tidak sempat membancuh smart coco A+ sebelum ke sekolah, saya akan membawa satu sachet smart coco A+ kurang manis dan makan begitu sahaja. Konklusinya, pengamalan minuman-minuman berkhasiat dari Fortune Resources menjadi salah satu faktor saya mendapat kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum di sekolah seperti keputusan spm saya iaitu 9A. 

 

Terima kasih Fortune Resources kerana menghasilkan produk-produk yang bermanfaat untuk pengguna  dan membantu saya memenuhi impian ibu bapa saya . Kami sekeluarga mendoakan semoga Fortune Resources berjaya meneruskan misi untuk membangun ummah yang cemerlang dunia dan akhirat

 

 
 
 
SELANGOR
    

Wan Irfan Afifi bin Wan Mohd Kair

SAM Bestari, Subang Jaya, Selangor


Dulu saya minum pelbagai jenis produk seperti MILO dan coklat tamar tetapi sejak saya mengenali produk Smart Coco A+, saya dapati rasanya cukup lazat dan puas hati apabila meminumnya. Oleh kerana rasanya yang sangat lazat, saya jadikan ia sebagai minuman harian saya. Kadang saya ambik 2 sachet dalam 1 hari. Keluarga saya juga amat menggemarinya. Selain dibancuh dengan air, Smart Coco A+ ini juga boleh dimakan begitu saja. Dulu saya selalu rasa mengantuk dan cepat letih serta hilang fokus terhadap pembelajaran.  Kini suasana pembelajaran saya berubah setelah mengenali Smart Coco A+ . Ia menjadikan saya lebih yakin, rasa lebih bertenaga, lebih bersemangat untuk menjalani kehidupan saya sebagai seorang pelajar.   Pergaulan dengan pihak pengurusan sekolah dan rakan2 juga memberi kesan yang baik, lebih-lebih lagi saya diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua umum di sekolah yang memerlukan kepada  komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pengurusan sekolah. Ibu saya bekalkan Smart Coco A+ di asrama dan selalu pastikan agar saya mengambilnya setiap hari.  Saya beli berkotak-kotak dan adik beradik saya seramai 7 orang cukup seronok. In sha Allah pada tahun ini, adik saya pula yang bakal menduduki exam SPM di SAMBEST. Saya akan pastikan Smart Coco A+ ini sentiasa diminum bagi memastikan tumpuannya tidak terganggu. Smart Coco A+ ini perlu dihebahkan agar dapat diamalkan oleh orang lain.  Cuba sekali minum, lepas ni pasti nak minum lagi.


 
 
 
TERENGGANU
    

Nur Izzah Binti Mohd Azmi 
SM Imtias Kuala Berang, Terengganu


Saya telah menggunakan produk Fortune Resources sejak tujuh (7) tahun yang lalu. Alhamdulillah, saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 5A, PT3 11A dan telah Berjaya menghafal Al-Quran dalam masa 1 tahun 6 bulan di SM IMTIAZ YT Kuala Berang, Terengganu. Saya sekeluarga terus istiqamah menggunakan produk syarikat ini. Saya mengamalkan 2 produk utama Fortune Resources iaitu smartcoco A+ dan goat A+. Selain memberi kesan yang baik harga produk-produk Fortune Resources sangat berpatutan dan mampu milik berbanding pruduk lain yang banyak terdapat di pasaran masa kini. Cara pengambilan kesemua produk ini ialah pada setiap waktu pagi dan malam. Alhamdulillah saya dapat merasai kesan yng ketara. Dengan amalan produk ini saya rasa sentiasa bertenaga, ceria dan lebih fokus terhadap pelajaran dalam kelas dan menghafal Al-Quran.

Sejak menggunakan produk ini juga badan saya sentiasa sihat dan kurang menghadapi masalah kesihatan. Saya dapat mengatasi masalah badan saya yang mudah letih. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T dan terima kasih kepada Fortune Recources kerana saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang telah diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 11A.

            Sekarang saya sedang mengikuti Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Baru sejak bulan Januari tahun ini. In Sya Allah selepas program tahfiz selama setahun setengah saya akan terus melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. In Sya Allah saya akan terus istiqamah menggunakan produk Fortune Resources terutamanya smartcoco A+ supaya sentiasa cergas dan cerdas dalam pembelajaran dan menghafal Al-Quran. Terima kasih Fortune Resources.


 
 
 
 
 
SELANGOR
    

Nur Farzana Bte Hj Abdullah Pirus

SM TBN Khaloun, Klang, Selangor


Alhamdulillah bila minum Koko Minda A+ badan rasa bertenaga, otak cergas dan tidak mengantuk.Mudah menghafal dan sistem sekolah saya Integrasi dari pagi hingga ke petang. Memang sentiasa cergas Insha Allah.Saya amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah dikurniakan saya result cemerlang 10A's SPM 2017. Smart Coco A+ adalah minuman bernutrisi yang diadun daripada bahan-bahan makanan yang baik sebagai ubatan dan herba terpilih serta berkualiti seperti serbuk koko , vitamin , madu , malt dan gingko biloba. 

Terdapat pelbagai khasiat yang saya perolehi daripada meminum Smart Coco A+ termasuklah membantu meningkatkan daya ingatan , meningkatkan tahap kecerdasan minda dan konsentrasi minda. Hal ini akan membolehkan saya menjadi lebih fokus di dalam kelas dan lebih mudah untuk memahami subjek yang dipelajari. Selain itu , sistem perjalanan darah juga dapat diperbaiki apabila saya mengamalkan minuman Smart Coco A+. 

Selain daripada mampu mencantikkan kulit , minuman Smart Coco A+ juga dapat membantu membekalkan bahan keperluan dalam badan untuk baik pulih sel-sel , tumbesaran dan fungsi organ dalam badan. Hal ini demikian kerana Smart Coco A+ mengandungi makanan sunnah yang sudah terang lagi bersuluh keberkatannya dijamin. Di samping itu, Smart Coco A+ juga mengandungi serat , protein , banyak vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Tambahan pula , sejak mengamalkan minuman Smart Coco A+ , saya dapat tidur dengan nyenyak di malam hari. Perkara ini dapat membantu saya untuk belajar dengan berkesan pada siang hari dan mengelakkan diri saya daripada tertidur di dalam kelas apabila guru sedang mengajar serta membolehkan saya menjalani kehidupan seharian dengan lebih bertenaga. 

Kesimpulannya , terdapat pelbagai impak positif yang telah saya nikmati setelah mengamalkan minuman Smart Coco A+. Oleh itu , saya berharap agar Smart Coco A+ dapat terus memberikan berbagai-bagai kebaikan kepada rakyat marhaen.






JOHOR
    

Intan Nurbalqis Binti Razali

SMK Sg Abong, Muar, Johor


Alhamdulillah ..dengan mengamalkan minuman Smart Coco A+ ini ia dapat membantu saya dalam pembelajaran saya dari peperiksaan UPSR, PT3 dan juga SPM..Setiap hari, saya mesti mendapatkannya untuk mempertingkatkan daya ingatan dan konsentrasi minda saya..alhamdulillah, dengan mengamalkan minuman halalan toyyiba ini, saya sentiasa fokus dan tidak mudah mengantuk semasa sesi pembelajaran..bukan itu sahaja, ianya juga dapat meningkatkan semangat dan tenaga untuk pembelajaran. Sebelum ini, saya sering mengantuk dan tidak fokus semasa belajar di dalam kelas mahupun di rumah. Alhamdulillah, apabila ibu saya memperkenalkan saya minuman Smart Coco A+, saya semakin bersemangat semasa belajar. Seterusnya, kandungan minuman Smart Coco A+ mempunyai makanan sunnah iaitu, tamar, madu, kismis, malt dan ginkgo biloba. Makanan sunnah seperti tamar, madu dan kismis mempunyai banyak khasiatnya. Seterusnya, ginkgo biloba bukan sahaja dapat meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi minda, malah dapat memperbaiki sistem peredaran darah di dalam badan. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM..InsyaAllah saya akan terus mengamalkan minuman Smart Coco A+ ini untuk masa akan datang. Terima kasih kepada Pn. Aida Murni kerana telah menghasilkan minuman Smart Coco A+..Akhir kata,semoga Fortune Resources dapat terus maju dan dapat menjana ummah yang cemerlang.. 


 
 
 
PAHANG
    

Liyana Maisarah Binti Mazlan 
MRSM Kuantan, Pahang


Bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaan dan rahmatNya, dapat saya titipkan sedikit perkongsian yang diharapkan mampu memberi manfaat kepada orang ramai.

Ibu saya telah memperkenalkan produk Smart Coco A+ kepada saya sejak di tingkatan 4 dan terus menggemari rasa minuman ini. Saya terus istiqamah dengan meminum Smart Coco A+ hinggalah saya di tingkatan 5. Saya merupakan pelajar berasrama penuh dan mempunyai jadual yang amat padat. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pembelajaran, tugasan sekolah serta menjadi ketua pelajar kadang- kadang membuatkan saya amat penat di penghujung hari.

Tetapi dengan mengamalkan meminum air Smart Coco A+ setiap hari, badan saya tidak mudah rasa lesu dan terus bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian dengan begitu lancar. Selain itu, saya juga dapat memberi konsentrasi kepada pembelajaran dalam kelas tanpa mudah rasa mengantuk dan dengan khasiat yang ada dalam Smart Coco A+ seperti kurma, kismis, madu dan sebagainya mampu menajamkan lagi fikiran saya.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fortune Resources atas pengeluaran produk ini kerana ianya amat bermanfaat buat semua terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Sekian daripada saya, majulah Fortune Resources untuk kecemerlangan ummah!


 
SELANGOR
    

Muhammad Uwais Bin Muhd Razali

SMK Darul Ehsan, Selangor

 

Anak saya Muhammad Uwais Qarany b Muhamad Razli, anak no 2 dari 6 adik beradik.

Saya beri anak saya SMART KOKO A+  setiap pagi sebelum sarapan dan  malam ketika dia mengulamgkaji pelajaran...sebagai salah satu usaha.

Alhamdulillah, nampak peningkatan dlm peperiksaan SPM 2017.

Beliau mendapat Anugerah PELAJAR CEMERLANG SPM 2017 bagi kategori calon OKU(Pelajar berkeperluan khas pendengaran). Dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


 
SELANGOR
    

Nur Alya Syazana Binti Azmi

SM Sains, Banting, Selangor

Nama saya Nur Alya Syazana Binti Azmi dan berumur 18 tahun. Saya adalah pelajar SPM tahun 2017. Saya mengamalkan produk Smart Coco A+ sejak sekolah rendah lagi. Pada saya, Smart Coco A+ sangat membantu meningkatkan kecerdasan minda , focus di dalam kelas dan sentiasa bertenaga. Saya tidak lagi mudah rasa letih dan mengantuk didalam kelas Ini dapat membuktikan apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PT3. Tambahan pula, saya berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan SPM 2017. Saya akan terus mengamalkannya sehingga saya memasuki universiti nanti kerana saya yakin dengan khasiat dan keberkesanannya. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Fortune Resources kerana telah mengeluarkan produk yang bagus dan telah membantu ramai pelajar.


 
 
 
 
 
SELANGOR
    

Farah Diyana Bt Muhammad Nazri

Kolej Islam Sultan Shah Alam, Selangor


Anak perempuan  saya ini,Farah Diyana  bersekolah di bersekolah di SBP Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) Kelang,Selangor dari Tingkatan 4 dan 5 apabila mendapat tawaran ke sana selepas  mendapat 10A dalam PT3 disekolah lamanya di SM Agama Kedah(SMKAK),Alor Setar .

Farah Diyana ni mengambil minuman Smartcoco A+ sejak dari sekolah rendah lagi.Dalam peperiksaan UPSR jugak dia memperolehi semua A.Dari Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah –sekolah tersebut Farah Diyana tinggal di asrama.Oleh sebab itu saya cuma bekalkan smartcoco kepadanya untuk dibawa ke asrama sebagai minuman tambahan sahaja disamping makanan yang disediakan di asrama.Katanya kadang-kadang smartcoco tu dia bancuh dengan air dan selalunya dia ambik terus serbuk smartcoco tanpa dibancuh kerana susah sikit untuk mendapatkan air panas.Dia akan meminta saya bekalkan sekotak minuman smartcoco apabila bekalan habis di dalam simpanannya.

Sepanjang pemehatian saya terhadapnya,dia seorang yang agak fokus dalam pelajarannya dan ada kehendak untuk mendapatkan sesuatu kejayaan .Agak mengejutkan juga apabila bersekolah di KISAS dia berjaya menempatkan dirinya dalam pasukan hoki sekolahnya dan mewakili sekolah dalam pertandingan hokl peringkat Daerah dan kejohanan antara SBP.

Pencapaian dalam peperiksaannya dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5 adalah menaik walaupun bukan terlalu mendadak tetapi konsisten.Berkat kesabaran dan fokus dalam pelajaran disamping terus mengambil makanan/minuman smartcoco A+ di sepanjang pengajian di tingkatan 4 dan 5 dan akhirnya Farah Diyana menperolehi 8A,2B+ dalam peperksaan SPM 2017.


 
 
 
KEDAH
    

Farhani Binti Mohammed Roslan

SM Teknik Alor Setar, Kedah


Saya dan keluarga memuji produk ini kerana rasanya yang sangat enak. Rasa minuman SmartCocoA+ ini memang lain dari minuman coco lain di pasaran dan memang tak akan jemu mengambilnya setiap hari. Minuman SmartCocoA+ memang sesuai diamalkan oleh seisi keluarga. Produk ini membantu saya menumpukan perhatian di dalam kelas. Saya juga tidak mengantuk lagi di dalam kelas setelah mengamalkan minuman ini. Alhamdulillah, minumum ini dapat membantu kecergasan saya dan lebih fokus dalam pembelajaran. Bahan-bahan yang terkandung di dalam minuman ini jugak sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan seisi keluarga. 

Sebelum mengamalkan produk ini, saya sering mengantuk di dalam kelas, tidur di dalam kelas apabila cikgu tiada, kurang fokus dan selalu tidak bermaya di dalam kelas. SmartCocoA+ bukan sahaja digemari oleh saya tetapi abang dan kakak saya di universiti juga memilih minuman SmartCocoA+ sebagai minuman harian. Rasanya yang sangat sedap membuatkan saya dan keluarga mengambilnya setiap hari. Saya percaya dengan mengamalkan minuman SmartCocoA+ secara konsisten, selain usaha dan doa dari semua orang-orang tersayang dan bertawakal kepada Allah, kita boleh mencapai kecemerlangan.  InShaAllah saya akan melanjutkan pembelajaran di matrik selepas ini. Doakan kejayaan saya dalam pembelajaran, di dunia dan juga di akhirat. Terima kasih kepada pihak Fortune Resources kerana mengeluarkan minuman untuk minda yang terbaik. SmartCocoA+ memang terbaik.


 
 
 
TERENGGANU
    

Siti Aisyatul Athirah Binti Ruslan

SM Sains Hulu Terengganu, Terengganu


Nama saya Siti Aisyatul Athirah binti Ruslan dan pernah bersekolah di Sekolah Menenngah Sains Hulu Terengganu pada tahun 2013 sehingga tahun 2017. Saya telah mengamalkan produk Smart Cocoa A+ sejak darjah 6 lagi iaitu pada tahun 2012. Saya akui Smart Coco A+ ini banyak membantu saya dalam pelajaran dan kehidupan seharian saya. Saya akui saya sering berasa letih dan tidak bertenaga ketika mengulang kaji pelajaran dan sentiasa mengantuk di dalam kelas. Sejak mengamalkan minuman Smart Cocoa A+ , saya tidak lagi mengantuk dan cergas serta aktif dalam waktu pembelajaran. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan usaha , saya telah mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2012, 9A di dalam PT3 pada tahun 2015 dan berjaya memperoleh 9A di dalam peperiksaan SPM pada tahun lepas iaitu pada tahun 2018. Terima kasih Smart Cocoa A+. Ibu saya mengetahui tentang produk ini melalui radio Ikim FM. Saya sering mengambil minuman Smart Cocoa A+ ini pada waktu pagi ketika sarapan dan ketika mengulang kaji pelajaran pada malam hari. Seluruh ahli keluarga saya telah mencuba Smart Cocoa A+ agar dapat memudahkan mereka menjalani aktiviti harian. Oleh itu, saya turut mencadangkan agar sesiapa sahaja yang mengalami masalah sukar untuk belajar agar turut sama mencuba mengamalkan produk ini .


 
SELANGOR
    

Afnan Syauqi Bin Mohd Asri

SMK Seksyen 18, Shah Alam, Selangor


Assalamualaikum w.b.t.  Nama saya Afnan Syauqi bin Mohd Asri.  Saya adalah bekas pelajar SMK Seksyen 18, Shah Alam yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2017.  Alhamdulillah berkat mengamalkan smart coco A+, saya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2017.  Smart coco A+ merupakan sarapan utama saya pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.  Dengan mengamalkan smart coco A+ saya berasa lebih bertenaga dan dapat menumpukan perhatian dengan lebih fokus ketika di dalam kelas.  Saya mula mengamalkan smart coco A+ pada awal tahun 2017 sehingga ke hari peperiksaan.  InsyaAllah saya akan tetap mengamalkan smart coco A+ hingga ke hari ini.

Sekarang saya sedang melanjutkan pengajian dalam bidang ‘Licensed Aircraft Maintenance Engineer’ di Malaysian Aviation Training Academy (MATA).


 
 
 
 
SELANGOR
    

Sharifa Nur Nisa Ali Binti Mukhtar Ali

SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor


Alhamdulillah,  selepas saya mengamalkan Smart Coco A+ sejak tahun 2011, saya merasakan banyak perubahan berlaku pada diri saya sejak itu. Saya lebih fokus. Lebih bertenaga. Daya ingatan yang lebih meyakinkan untuk menghafal surah2 Al Quran dan hadis2. 

Bermula dengan UPKK tahun 2011 mendapat 8A, UPSR 2012 - 5A, PSRA 2012 - Mumtaz 95.5% & Tokoh Pelajar Perempuan. Tapi PT3 agak menurun cuma mendapat 7A..dan seterusnya saya berusaha semasa tingkatan 4 menduduki SMA dan alhamdulillah mendapat Mumtaz Sofi - 95.5% .memang saya ditakdirkan mengungguli lebih kepada pelajaran Agama kerana untuk SPM saya hanya berjaya perolehi 7A.. dan sekarang saya sedang menyambung pelajaran ke STAM dengan harapan yang tinggi untuk perolehi Mumtaz Sofi...aamiin.. 

Kini ibu saya ingin menambahkan booster untuk saya mempertingkatkan lagi daya ingatan yang lebih tajam. Ibu akan beli produk 3 serangkai untuk supplement tambahan sebagai persediaan peperiksaan yang akan bermula Julai nanti... 

Mudah2n dengan penambahan mengamalkan booster Smart Coco A+, jus Al Khaira dan Smart Sweet A+ Allah mengizinkan kejayaan yang lebih cemerlang buat diri saya.

Terima Kasih tidak terhingga kepada radio Ikim di mana ibu saya mulai mendapat info mengenai produk Fortune  Resources sejak awal siaran dan juga kepada pengasas produk Puan Aida Murni dari Fortune Resources. Semuga usaha Puan Aida Murni yang sangat murni untuk melihat kejayaan demi kejayaan umat nabi Muhammad SAW mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda dari Allah SWT...

 

 
    
Intan Azureen binti Hamran
 
Bismillahirrahmanirrahim. Saya, Intan Azureen Binti Hamran, pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2017 dan Alhamdulillah, saya telah mendapat 9A. Kejayaan ini dapat saya kecapi dengan bantuan guru-guru yang telah banyak mengajar saya dan juga ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberi sokongan. Bukan itu sahaja, saya juga dibantu oleh minuman harian yang saya amalkan sejak tahun 2013 lagi, iaitu Smart Cocoa A+. Sejak mengamalkannya, saya berasa lebih produktif di dalam kelas dan selalu mendapat keputusan yang cemerlang. Memang tidak dinafikan, minuman ini bukan sahaja sedap, bahkan juga memberikan saya tenaga untuk menjalani aktiviti seharian. Saya mengambil minuman ini sehari sekali pada waktu sarapan dan secara konsisten. Adik saya juga meminumnya. 

Akhir sekali, berjuta terima kasih kepada pihak Fortune Resources kerana telah menghasilkan produk yang sangat bermanfaat ini. Semoga terus berjaya dan murah rezeki. Amin 

 
 
 
MELAKA
     

Nur Anisa Nadia Binti Jafar
SM Arab (Jaim) Assaiyidah Khadijah, Melrlimau, Melaka
 
Alhamdulillah,  berkat usaha, ikhtiar dan doa kedua ibu bapa saya berjaya perform dengan sebaik mungkin dalam spm 2017. Pemakanan adalah aspek yang memberi impak besar kepada tubuh seseorang pelajar. Pengambilan smart koko A+ membantu dalam membekalkan tenaga seharian. Saya mengamalkan smart koko pada setiap waktu kerana dapat merasakan ia berperanan menjadi sumber bekalan tenaga sepanjang hari. Ini sudah semestinya menjadi keperluan kepada seorang pelajar untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang waktu persekolahan. Pengambilan minuman tambahan yang turut mengandungi makanan sunnah tidak hanya saya ambil pada waktu pagi sahaja bahkan petang juga. Khususnya, kini para pelajar perlu memberi komitmen yang lebih di sekolah. Smart koko A+ bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap bahkan membantu saya untuk kekal cergas pada siang hari. Semestinya tubuh yang sihat, akan melahirkan otak yang cerdas. Maka disini ingin saya tekankan bahawa pengambilan makanan tambahan bagi seorang pelajar kini menjadi suatu kemestian yang tidak dapat dinafikan lagi. Maka smart koko A+ akan menjadi pilihan utama saya. Jami seisi keluarga turut mengamalkannya. 

Kehadiran smart koko A+ turut memberi semangat baharu untuk saya terus berusaha mengejar kejayaan akademik. Seringkali bersama saya sepekat smart koko A+ walau di mana saya berada. Kelebihan smart koko A+ ia boleh di makan begitu sahaj tanpa dibancuh, dan amat memudahkan kerja seharian kami. Bahkan potionnya yang  sesuai dibancuh didalam shaker amat mudah sekiranya saya mengalami kelewatan ke sekolah. Sesungguhnya, smart koko A+ menjadi pendorong saya untuk terus kekal cergas sepanjang disekolah. Dan saya berazam untuk meneruskan pengambilan smart koko A+ secara bertetusan sehingga ke ipta kelak. Kerana umum mengetahui kesibukan para pelajar untuk mengambil sarapan yang berat. Maka smart koko A+ adalah pilihan terbaik, yang mana nilai tenaga yang dibekalkan bersamaan dengan sarapan harian yang menjadi rutin rakyat malaysia. Saya sokong smart koko A+ menjadi minuman tambahan pilihan utama pelajar di malaysia. Dengan izin Allah smart koko A+ terlibat secara tidak langsung dalam pencapaian akademik kami. Terima kasih. Doakan saya terus berjaya di masa hadapan. InsyaAllah

 
   نَّ الَّذِيْنَ قَالُوا رَبُّنَا اللهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَنْ لَا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوْعَدُوْنَ (30)

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka istiqamah (meneguhkan pendirian mereka), maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan : "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih ; dan bergembiralah kamu dengan jannah (syurga) yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Fussilat : 30)