UTAMA      UPSR      UPSR 2017




 
UPSR 2017
 
Kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan telah berkongsi dengan pihak FORTUNE RESOURCES, kami berbesar hati untuk kepada adik-adik semua dan kami doakan supaya terus cemerlang dalam bidang agama dan akademik. Adik-adik yang telah berkongsi seperti berikut;

''BERSAMA KITA MEMBINA UMMAH YANG CEMERLANG''

 
MOHAMAD NAUFAL 
SK DATO AHMAD
MANAF, NILAI, 
N. SEMBILAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah mendapat 6A di dalam peperiksaan UPSR 2017 baru-baru ini dan 8A di dalam peperiksaan UPKK pada tahun lepas. Berkat usaha gigih saya, bersama didikan, dorongan dan tunjuk ajar daripada ummi dan ayah serta guru-guru, saya rasa sangat terhutang budi. Saya juga merasa sangat teruja untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Fortune Resources kerana mengeluarkan produk makanan minda yang terbaik yang pernah saya cuba. Ummi saya telah memberikan saya smart cocco A+ dan smart sweet A+ kepada saya setiap pagi ketika saya masih berada di darjah 3 lagi. Saya rasa sangat bertenaga dan boleh fokus lebih lama di dalam kelas  Ketika itu saya bukanlah pelajar yang berada di kelas pertama. 

Alhamdulillah berkat usaha, doa dan konsisten mengamalkan smart cocco A+ dan smart sweet A+ , tahap pembelajaran saya semakin meningkat sehinggalah saya berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPKK, UPSR, mendapat anugerah tokoh kokurikulum Sekolah rendah Dato’ Ahmad Manaf 2017 dan johan hafazan (MTAQ) Lelaki peringkat daerah Seremban.

Alhamdulillah. Saya sekeluarga akan sentiasa menggunakan produk Fortune Resources untuk kesihatan dan kesinambungan kecemerlangan di masa hadapan.


AHMAD MU'ADZ
SK BALOK
KUANTAN, 
PAHANG


Saya Azlina dari Balok, Kuantan . Ini kali ketiga anak saya menduduki UPSR.  Setiap kali bakal menghadapi peperiksaan besar, saya pasti akan membekalkan anak saya dengan Smart coco A+.  Anak pertama saya, Ahmad Haris dan anak kedua saya, Ahmad Adam  juga adalah pengamal dan penggemar setia minuman ini. Alhamdulillah dengan izin Allah, mereka  cemerlang dalam setiap peperiksaan besar seperti UPSR. 

Pada tahun ini, anak ketiga saya, Ahmad Mu’adz  telah menduduki UPSR.  Alhamdulillah berkat usaha yang berterusan, Mu’adz Berjaya mendapat 6A.  Pastinya dia tidak lupa untuk meminum air smart coco A+.  Selain rasanya yang enak dan lazat, smart coco A+ mudah diminum kerana hanya perlu ditambah air.  Setiap kali ingin menikmatinya, Mu’adz boleh membancuhnya sendiri tanpa bantuan saya.  Smart coco A+ banyak memberi kesan positif dalam urusan hariannya.  Mu’adz mudah untuk fokus dalam kelas dan jarang mengantuk ketika guru mengajar.  Ini sekaligus membuatkannya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas.Keputusan peperiksaannya juga sering meningkat dari bulan ke bulan. 

Bermula dengan hanya  1A dan 2A pada awal tahun, keputusannya terus meningkat sehingga ke 4A sekitar bulan Julai.  Dan kejayaan 6A berjaya digenggam apabila keputusan UPSR baru-baru ini di umumkan.  Syukur Alhamdulillah. Sebagai seorang ibu, saya sangat gembira dengan peningkatan yang Mu’adz tunjukkan  dalam pembelajaran . Terima kasih kepada smart coco A+ dan  Pengasas Fortune Resources.


NUR ISMAHANI
SK SEKSYEN 19,
SHAH ALAM
SELANGOR



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nama saya ialah Nur Ismahani binti Othman. Untuk makluman, saya mula menggunakan produk Smart Coco A+ ini semasa saya darjah 4 setelah mendengar penjelasan tentang produk ini di siaran langsung radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Pada setiap hari sebelum ke sekolah, adalah menjadi rutin buat ibu saya untuk membancuh air Smart Coco A+ ini diminum oleh saya dan juga kakak saya, Nur Irdeena binti Othman. Sebagai tambahan, saya juga kadang-kadang membawa ke sekolah untuk dimakan begitu sahaja pada waktu rehat. Minuman Smart Coco A+ ini memberi kesan yang baik terhadap saya. Saya dapati diri ini bertambah aktif dan lebih bertenaga untuk mengulangkaji pelajaran. Saya juga lebih cekap berfikir dan cepat mendapat idea apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan dan juga lebih berkeyakinan dalam menjalani urusan harian. Alhamdulillah...prestasi saya dalam bidang akademik meningkat dari tahun ke tahun yg lain. 

Pada darjah 6 saya lebih kerap minum supaya lebih bertenaga untuk mengulangkaji dan lebih fokus ketika belajar di sekolah. Akhirnya, dengan izin Allah Taala, alhamdulillah saya telah mendapat pangkat Mumtaz dalam PSRA dan memperoleh 6A dalam peperiksaan UPSR 2017. Semoga ini menjadi pemangkin dan permulaan yang baik untuk saya mengorak langkah di masa hadapan. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan juga berterima kasih kepada pengeluar produk Smart Coco A+ iaitu Fortune Resources (Puan Murni sebagai pengasas) kerana telah menghasilkan minuman sunnah dan berkhasiat. InsyaAllah, saya akan terus minum Smart Coco A+ di masa hadapan untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Saya percaya dengan mengamalkan minum Smart Coco A+ secara konsisten dan juga dengan berkat usaha, doa semua orang-orang tersayang, dan bertawakal kepada Allah, kita boleh mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Mohon doakan saya dan maafkan saya. Sekian, terima kasih. 

 
NURSYUHADA
SK TENGKU AMPUAN FATIMAH,
PAHANG
 


Assalamualaikum, Saya Nursyahada Binti Mahat. Saya telah mwngamalkan SmartcocA+ sejak bulan Julai sebelum saya mengamalkan nya saya mudah mengantuk serta tidak focus ketika guru mengajar dan keputusan peperiksaan saya juga merusut. 

Alhamdulillah sengan izin Allah selepas mengamalkan Smartcoco A+, saya sudah tidak mengantuk lagi dan boleh focus ketika guru mengajar.Keputusan peperiksaan saya juga meningkat.Dulu pada awaltahun, sayahanya mendapat 3 A sahaja tetapi selepas minum SMARTCOCO A+saya Berjaya mendapat 5 A didalam peperiksaan percubaan UPSR. 

Alhamdulillah akhirnya saya mendapat 6A dalam UPSR dan mumtaz dalam PSRA. Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih Smartcoco A+
 
M FAIZ IZZUDIN
SK ALAM MEGAH DUA,
SEKSYEN 27,
SELANGOR
 

 

Assalamualaikum wbt. Saya adalah seorang pelajar yang sangat setia dan menggemari produk Fortune Resources, terutamanya Smart Coco A+.  Ibu saya telah mengenalkan saya dengan Smart Coco A+ ini sejak saya darjah 1 lagi dan saya menjadi sangat menggemarinya.

Aktiviti di sekolah yang banyak memerlukan tenaga membuatkan saya menjadikan Smart Coco A+ ini sebagai sumber minuman dan makanan berkhasiat saya.  Saya mesti bersarapan pagi dengan air Smart Coco A+ dan sentiasa memastikan saya ada bekalan di dalam beg sekolah saya. Saya akan memakannya begitu sahaja sekiranya saya tidak mempunyai air panas. 
Antara kelebihan yang saya rasai dengan meminum Smart Coco A+ ini ialah ia menguatkan daya ingatan saya, memberi tenaga dan menjadikan saya pelajar yang cergas. Saya mudah bangun pagi kerana dapat  tidur yang nyenyak di malam hari. Menjadi pelajar dua sesi iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah agama, di hujung minggu pula memasuki kelas hafazan, dan kelas tambahan Smart Coco A+ menjadikan saya  sentiasa cergas dan gembira dengan sesi pembelajaran saya.  

Alhamdulillah dengan istiqamah menggunakan produk Fortune Resources, terutamanya Smart Coco A+ ini, saya telah mendapat 8A untuk Ujian Penilaian Kelas KAFA (
UPKK) 2016, Mumtaz untukPenilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2017 dan yang terbaru saya mendapat 6A untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.
 
NUR ALEYA ADDINA
SK SERI BAYU
SERI MANJUNG,
PERAK


Anak saya Nur 'Aleya Addina mula istiqomah meminum smart coco A+ sejak berada di tahun 3 dia akan meminum smart coco A+ pada waktu pagi sebelum ke sekolah dan waktu malam sebelum tidur alhamdulillah dengan izin Allah smart coco A+ memberi anak saya kecerdasan minda dan fizikal setiap hari malah saya juga selalu berkongsi minum smart coco bersama anak saya...

Alhamdulilah Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas limpahan rahmat dan Kasih sayangnya anak saya berjaya memperolehi 6A dalam UPSR, 6 A dalam SRAI dan 8 A dalam UPKK dan alhamdulillah juga setiap tahun menerima anugerah cermerlang di sekolah pada setiap tahun...

Segalanya dengan izin Allah yang memberi kejayaan buat anak saya dan smart coco A+ juga kesungguhnya belajar menjadi sebahagian Asbab pada kejayaannya...

benarlah seperti tagline "bersama FORTUNE RESOURCES MENJANA KECERMERLANGAN UMMAH" Insyaa Allah.. 

Akhir kata dari kami terima kasih kerana menghasilkan produk yang bermenafaat untuk semua...



AMMAR FIRDAUS
SK SAUJANA UTAMA
SUNGAI BULOH
SELANGOR


Minuman Smart Coco A+ keluaran Fortune Resources menjadi pilihan kami sekeluarga kerana ianya suplimen yg sangat berkhasiat selain mudah disediakan. Sepanjang mengamalkan minuman tersebut anak2 kami lebih senang untuk mengadaptasi proses pembelajaran yang padat sejak darjah 5. 

Alhamdulilah Ammar Firdaus b Mohd Aizal berjaya meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPKK dengan memperolehi 8A.  Kejayaan demi kejayaan dicapai semasa Tahun 2017 yang mana untuk 3 kali peperiksaan  percubaan UPSR dua kali beliau memperolehi 6A dan sekali 5A.  Debaran berakhir apabila keputusan peperiksaan UPSR 2017 yang sebenar diumumkan.  Alhamdulillah beliau memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut dengan mendapat 6A.  Selain itu beliau juga menperolehi Tempat Pertama di dalam kelas untuk Peperiksaan Akhir Tahun selain menerima  Anugerah Nilam.  Alhamdulillah pengalaman selama 6 tahun di sekolah rendah diakhirkan dengan memori2 yang sangat manis.   Syukur alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas anugerah kegembiraan ini. Terima kasih juga kepada Smart Coco yang menjadi peneman anak saya yang banyak mencetuskan momen2 indah dan bahagia. 

Memang kami syorkan untuk ibubapa di luar sana mencubanya kerana  ianya memang berkhasiat dan mempunyai rasa yg amat lazat. Dengan campuran madu, tamar dan kismis memang ianya nikmat dunia mana hendak didustakan.
 
 
IRFAN
SK TAHFIZ AL ISLAH
SHAH ALAM
 

Alhamdulillah . terima kasih para guru atas ilmu yang dicurahkan.. Yang paling penting usaha ummi saya yang memperkenalkan produk smartcoco A+ kepada kami adik beradik. Dahulu abang saya, kini saya pula berjaya memperolehi semua A dlm UPSR baru-baru ini.Smart coco membantu saya menjadi segar walaupun belajar dan menghafal al-quran sehingga tamat sesi persekolahan sebelah petang.

Smart coco A+ sesuai dijadikan sarapan pagi kerana mudah terasa kenyang dan mampu bertahan sehingga waktu rehat .. Mampu membantu untuk fokus dalam kelas.. Insyaallah saya dan keluarga akan istiqamah meminum smartcoco A+ bila berada di sekolah menengah pulak. semoga kejayaan akan terus mengiringi saya dan keluarga saya. 

Terima kasih smartcoco A+.


ZETI AMEERAH
SK SAUJANA UTAMA
SUNGAI BULOH SELANGOR

Assalamualaikum w.b.t

Nama saya Zati Ameerah Syaheeda binti Sahrul, murid Sekolah Kebangsaan Saujana Utama dan In Sya Allah tahun 2018 akan menjadi pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak setelah mendapat 6 A di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), MUMTAZ dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan tahun lepas 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa(UPKK). Alhamdulillah kerana Allah s.w.t memberikan hidayah kepada kedua orang tua saya untuk menukar minuman tenaga berasaskan coklat kepada Smart Coco A+. Kami sekeluarga telah mula mengamalkan Smart Coco A+ sejak akhir 2014 kerana semasa itu kakak saya bakal mengambil UPSR pada 2015. Beliau juga dapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A dalam UPSR dan Mumtaz dalam PSRA. Kini, kakak saya sedang belajar di SBPI Tun Abdul Razak. Kandungan asas Smart Coco A+ amat berkhasiat untuk perkembangan minda saya kerana terkandung sebahagian dari makanan Sunnah seperti kismis, madu dan tamar. Saya telah diberikan Smart Coco A+ setiap hari sebagai sarapan sebelum bertolak ke sekolah. Kesannya, saya jarang berasa lapar atau kepenatan bahkan berasa lebih bertenaga dan berfokus. Selain daripada itu, saya dapat mengingat dan memahami pelajaran yang diajar guru dengan lebih cemerlang. Saya rasa amat bersyukur kerana produk Smart Coco A+ menjadi pemangkin kepada kecerdasan minda kami sekeluarga. Apa yang lucunya, setiap kali kakak saya ingin pulang ke asrama, telah menjadi amalan dia mesti memesan ibu atau bapa kami membekalkannya sekotak dua Smart Coco A+. 

Saya juga suka minum Smart Coco A+ dengan cara sebungkus dibancuh dengan air dan sebungkus lagi ditabur di atasnya seperti minum Milo Dinosur. Pengalaman keluarga kami ini saya kongsikan agar sahabat-sahabat yang sedang belajar mencuba dan mengamalkan produk ini. Alhamdulillah, Terima Kasih SmartCoco A+.

 
NUR AMNI BATRISYA
SK KERTEH
KEMAMAN
TERENGGANU

 

Assalamualaikum. Saya Nur Amni Batrisyia bt Mohmad Razali. Saya bersekolah di Sekolah kebangsaan Kerteh,.Kemaman, Terengganu. Saya juga merupakan pengguna tegar minuman Smart Coco A+ dan Smart Sweet A+ bermula umur saya 4 tahun dan sehingga kini. Minuman ini sangat lazat dan menyedapkan. Selain itu, ia memberikan saya tenaga dan menyihatkan tubuh badan saya memandangkan jadual kelas saya begitu padat sekali. Saya juga terpaksa hadir ke kelas tambahan pada waktu petang dan malam. Malah juga pada hari minggu. Saya mengambil minuman ini sebanyak 1 sachet 2 kali sehari. 

Syukur Alhamdulillah dengan izinNya dan cara pemakanan yang sihat seperti mengambil minuman Smart Coco A+ ini, saya berjaya meraih 64 dalam UPSR 2017. Syukur ke hadrat llahi. Alhamdulillah juga saya sangat-sangat berpuas hati dengan minuman Smart Coco A+. lnsyaAllah saya akan terus rhengamalkan minuman Smart Coco A+ setiap hari. 

Terima kasih Fortune Resources yang mengeluarkan produk terbaik ini.


MOHD FARIS
SK SUNGAI RAYA
PERAK

Assalamualaikum w.b.t.. Nama saya Muhammad Faris Bin Mohd Fadli, pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR dengan keputusan 6A alhamdulillah. Saya belajar di SK Sungai Raya, Perak.

Kehidupan seharian saya sebagai seorang pelajar pada setiap hari pasti akan dimulakan dengan Smart Coco A+ sebagai sarapan yang sangat menyegarkan. Ini bermula sejak saya kecil apabila ibu saya sudah menjadikan Smart Coco A+ sebagai stok wajib yang perlu ada di dalam rumah dan memastikan kami sekeluarga mengambilnya setiap hari. Alhamdulillah, peperiksaan demi peperiksaan pada setiap tahun sejak darjah satu berjaya saya kekalkan prestasi untuk berada di tangga pertama.

Pada tahun 2016, saya juga telah mendapat 8A dalam UPKK, ujian kelas kafa hasil daripada usaha dalam menuntut ilmu disamping mengamalkan produk yang terbaik dari Fortune Resources. Smart Coco A+ juga bukan sahaja memudahkan saya untuk mengingati sesuatu, malah ianya turut menghilangkan sedikit sebanyak gemuruh, stress, penat dan sebagainya dalam diri saya. Buktinya, saya berjaya mewakili sekolah ke peringkat akhir Pertandingan Pidato Piala Diraja Negeri Perak. Alhamdulillah.

Kini kesemua 5 adik beradik saya berjaya dalam apa yang mereka ceburi hasil daripada usaha, pengambilan produk yang terbaik dari Fortune Resources dan yang paling penting rezeki daripada Allah. Rasa Smart Coco A+ yang sedap ini membuatkan saya ketagih untuk minum lebih dari satu cawan sehari :) Terima kasih Fortune Resources untuk produk yang berkualiti, sihat dan sedap

 


M MAIZZUDDIN
SK KING GEORGE V, SEREMBAN
N. SEMBILAN

Saya telah mula  minum SMART COCO A+  sejak berada di darjah 4. Pada peperiksaan UPKK 2016 saya berjaya perolehi kuputusan 8A. UPSR 2017 pula, saya meraih keputusan 6A dan 8A untuk UPSRA. Minuman ini sangat membantu memelihara kesihatan dan kecergasan minda dan fizikal saya. 

Pengambilan SMART COCO A+ ini sangat membantu minda dan fizikal saya untuk terus kekal cergas dan cerdas seharian.   Sememangnya,  ia sangat membantu. SMART COCO A+  menguatkan daya ingatan dan merangsang saya untuk kekal aktif dan tidak mengantuk ketika belajar dan setiap kali mengulangkaji pelajaran. 

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fortune Resources kerana dengan adanya produk ini, dapat membantu saya untuk menjadi pelajar cemerlang dan gemilang, di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, saya telah mendapat tawaran ke sekolah Maahad Ahmadi di Gemencheh, NS dan SBP SMKA Labu, NS tetapi saya mengambil keputusan untuk terus menuntut ilmu dan membuat hafazan 30 juzuk di sekolah Tahfiz Model Ulul Albab, SMKA Dato' Hj. Abu Hassan bin Hj. Sail. Semoga Allah memudahkan urusan-urusan saya.
Syukur kepada Allah SWT… SMART COCO A+ adalah yang TERBAIK!! Produk ini saya masih teruskan walaupun tinggal di asrama, untuk memastikan saya terus kekal sihat dan cergas juga TERBAIK!

Terima kasih Puan Murni. Moga Allah membantu puan untuk terus membantu insan-insan yang lain.


NUR MAISARAH IDAYU
SK RUSILA
TERENGGANU

Saya ibu kepada Normaisarah Idayu Bt Rusly. Saya mula memberi anak saya minum smartcoco A+ sejak dia darjah 5 lagi. Saya dapat tahu mengenai khasiat smartcoco A+ ni melalui kawan saya. Dia memberitahu telah memberi anaknya minum air smartcoco A+ dan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PT3. 

Semasa sebelum mengambil smartcoco A+ pencapaian anak saya dalam peperiksaan ada lah biasa biasa sahaja. Setelah mengambil minuman Smartcoco A+ pencapaian anak saya semekin meninngkat. Penghafalan juga semakin baik. Dalam bidang sukan juga anak saya aktif…beliau mewakili Daerah untuk pasukan bola baling. Untuk penumpuan semasa belajar juga semakin baik. Kalau sebelum ambil Smartcoco A+ beliau selalu mengantuk dalam kelas dan kurang dapat memberi tumpuan semasa cikgu mengajar. Keputusan peperiksaan dari awal tahun hingga lah peperiksaan UPSR keputusan beliau semakin meningkat.

Syukur Alhamdulillah anak saya mendapat 5A 1B.


EMIRUL ADHAM
SK TRONOH
PERAK

Anak saya Emirul Adham belajar di Sek.Keb.Tronoh Perak. Ketika berada di Tahun 2, keputusan peperiksaannya berada pada tahap yang kurang memuaskan. Atas nasihat ibu, saya telah mengamalkan memberi anak saya minuman smartCoco A+ untuk membantu prestasi pelajarannya. Ketika anak saya berada di Tahun 3 dan 4, prestasi pembelajarannya semakin memberangsangkan. 

Setelah melihat pencapaiannya yang meningkat,saya mencuba pula Smart Sweet A+ sebagai supplement tambahan dan terbukti pada peperiksaan akhir tahun 5, beliau mendapat kedudukan nombor 2 dalam kelasnya. Prestasinya terus cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dimana beliau Berjaya mendapat keputusan 5A 1B dalam peperiksaan tersebut.

Saya amat berterima kasih kepada ibu saya yang memperkenalkan saya produk ini dan juga amat beterima kasih kepada Syarikat Fortune Munawwarah yang telah menghasikan produk yang bagus ini untuk membantu anak saya mendapat keputusan cemerlang.