
| Mohamad Riyaz Bin Mubarak Ahemad SK Taman Universiti ![]() | Saya telah menggunakan produk dari Fortune Resources iaitu smart choco A+. Anak sy menunjukkan perubahan yang
positif selepas minum smart choco.anak sy tidak mengantuk dlm kelas dan lebih
fokus semasa dalam pembelajaran. ALHAMDULILLAH |
| Farisha Aunni Nafhah Bt Mohd Fadzil SK Sg Choh ![]() | Syukur Alhamdulillah..anak saya
Farisha Aunni Nafhah Bt Mohd Fadzil mendapat keputusan 5A 1B dengan berkat
kebaikan rahmat limpah kurniaNya..selama anak saya mengamalkan Smartcoco A+,
smart sweet A+ dan Jus Alkhaira..anak anak saya mendapat kebaikan nya..saya
sebagai seorang ibu kepada anak anak saya bersyukur kerana produk produk
daripada Fortune Resources terutama Smartcoco A+ berkesan dalam meningkatkan
prestasi pelajaran serta akhlak anak-anak saya…syukur Alhamdulillah terhadap
Allah kerana memberi kejayaan ini..tidak dapat mengunkap kata kata sebenarnya
nikmat limpahan ini…Satu lagi pengkongsian saya syukur Alhamdulillah anak saya
juga dianugerahkan Allah Mumtaz dalam Penilaian Sekolah Rendah
Agama..Subhanalah..syukur nikmat kepada allah swt…semoga didoakan anak saya
Berjaya cemerlang dan dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
demi mencapai impian menuju kejayaan..Aamiin Yarrabal Alamiin. |
| Nuryn
Adleyna Bt Haryadi Sek Seri Rejo Sari ![]() | Saya pengguna tegar SmartCoco
A+.Saya bersyukur dapat berkenalan dengan produk ini yang bersiaran di radio
Ikim.Mula dengar jer, ayah terus beli, masa tu umur saya 5 tahun bersekolah
Pasti.Sampai sekarang saya menjadikan SmartCoco A+ sebagai minuman harian. Saya dan adik adik terasa keberkesananya dalam setiap pelajaran banyak peningkatan.Sekarang ini saya telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di sekolah Sains Batu Pahat Johor. Kami sekeluargamendoakan dan berharap produk halal lagi islamik ini terus mendapat sokongan daripada seua pihak sehingga ke peringkat antarabangsa…Terima Kasih Puan Hajjah Aida Murni dan staff… |
| Nur Syahidah
Wafiah Bt Abdul Aziz SRA Al- Soddiqin Bdr Tasik Puteri ![]() | SmartCoco
bukan sahaja membantu menajamkan ingatan! Rasanya juga adalah amat sedap! Ia
juga dapat membantu saya dalam memguatkan memori saya bagi mempelajari
pelajaran-pelajaran,menghafal surah-surah dan hadith di sekolah. ^o^ Terima
kasih Fortune Resources >-<
|
| SITI NUR ASIAH BINTI HASNAN SK Padang Mengkuang ![]() | Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team
"Fortune resources" yang memberi peluang kepada perkongsian kejayaan
ini.. Saya mula diperkenalkan dengan SMART COCO A+ oleh ibu saya, PN. ADIDA BT
MUHAMMUD, seusia saya bercerai susu formula iaitu semasa saya berusia 6 tahun. Ibu akan menyediakan secawan SMART COCO A+ sebagai sarapan saya sebelum
ke sekolah. Kesibukan ibu sebagai wanita bekerjaya menghadkan ibu untuk menyediakan
sarapan, namun dengan adanya SMART COCO A+, ianya cukup untuk saya ke sekolah.
Kini saya mampu menyediakan SMART COCO A+ buat diri saya dan adik2. Alhamdulillah, gabungan doa, usaha dan pemakanan yang baik, maka saya
beroleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR baru2 ini dengan pencapaian 5A 1B
dan diterima untuk meneruskan pengajian ke SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU, BESUT.
Terima kasih ibu, di atas segala kasih sayang yang dikau curahkan untuk kami semua dan terima kasih yang tidak terhingga kerana ibu masih komited membekalkan kami dengan SMART COCO A+. Saya akan bawa SMART COCO A+ ini ke asrama sebagai bekal dan tanda ingatan yang berterusan pada ibu. Doakan saya dapat menguasai hafazan al Quran 30 juzuk dengan baik, mudah dan beroleh kejayaan cemerlang dalam bidang akademik. Terima kasih semua. |
| AHMAD
NA'IM B. NORHELME SRA Jaim Tmn Bkt Rambai ![]() | Keluarga
saya mula mengambil smart coco A+ sekitar 4 tahun yang lalu. Pada mula
nya ia adalah hadiah dari seorang sahabat. Bila saya mula memberi anak
minum, saya nampak ada perbezaan yang ketara. Anak lebih bertenaga
walaupun jadual harian padat dengan sesi persekolahan Dan kelas tambahan.
Anak juga sudah tidak lagi mengadu mengantuk dalam kelas. Keadaan ini memberi
ruang padanya untuk fokus dengan apa yang di ajar oleh guru. Sejak itu, saya mula memberi anak-anak yang lain juga minum smart coco A+. Semua anak-anak suka minum smart coco A+ kerana rasa coklat nya yang lazat. Tahun 2018, anak ke empat saya juga menduduki peperiksaan besar. Saya tidak lupa untuk terus membekalkan nya dengan smart coco A+. Saya sangat bersyukur apabila anak keempat ini juga berjaya mendapat semua A sama seperti abang nya.. Terima kasih smart coco A+. |
| Puteri
Aisyah binti Mohd Zawawi SR Islam Al Amin ![]() | Puteri Aisyah membesar dengan smartcoco. Mama pastikan Aisyah dan anak2 minum smart coco setiap hari. Alhamdulillah ingatan Aisyah kuat dan cepat menghafal. Sedari kecil Aisyah cepat menghafal lagu2 ultraman 5 -6 jenis yang berbeza2 dalam bahasa jepun. lagu frozen, irfan maki ,maher zain , dll semua dia mampu hafal. di sekolah juga Aisyah mendapat anugerah hafizah dan banyak mewakili sekolah dalam syarahan bahasa inggeris. Terima kasih smart coco kerana sangat membantu meningkatkan ingatan Aisyah. Sebagai mama, membeli dan menyediakan smart coco setiap hari sebelum ke sekolah, itulah yang dapat saya sumbangkan supaya Aisyah dapat perform the best at school |
| Nur
Khadijah bt. Mohd Tahir SK Desa Jasmin, Nilai ![]() | Saya memilih Smart Coco A+ sebagai minuman tambahan saya sebelum pergi ke sekolah pada setiap pagi kerana ia membuatkan otak saya cerdas dan mudah untuk menumpukan perhatian ketika di dalam kelas. Smart Coco A+ juga meransang minda saya untuk memahami perkara yang diajar oleh guru. Saya yakin minuman yang telah saya amalkan sejak berumur lapan tahun ini sangat memberikan kesan positif kepada setiap penggunanya. Kakak saya, Nur Fatimah juga mengamalkan pengambilan Smart Coco+ A+ setiap hari sebelum ke sekolah dan Alhamdulillah hasil istiqamahnya beliau berjaya mendapat keputusan yang sangat memberansangkan dalam peperiksaan UPSR 2016 dengan mendapat 5A 1B. Dan sekarang beliau bersekolah di SBPI Selandar dalam Tingkatan 3 dengan mengikuti program TMUA di sana. Selain saya dan kakak saya, 2 orang adik berumur 9 tahun dan 11 tahun juga mengamalkan pengambilan minuman bercoklat Smart Coco A+ yang berkhasiat dan sangat enak dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Dengan minuman ini juga dapat menyedarkan saya dari kelalaian diri sendiri yang menyebabkan keputusan peperiksaan akhir tahun ketika berada dalam darjah Empat jatuh mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir tahun semasa di darjah Lima bertambah baik dari semasa ke semasa. Walaupun keputusan agak sedikit memgecewakan saya ketika di awal tahun 2018 sebelum peperiksaan UPSR yang sebenar, saya percaya minuman Smart Coco A+ jika diamalkan secara konsisten dengan perasaan yakin, usaha bersungguh-sungguh dan berserah kepada Allah SWT, permulaan yang susah jika disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh, minuman tambahan Smart Coco A+, latihan soalan yang bagus seperti Confirm A, doa dan tawakal kepada Allah SWT akan diakhiri dengan kejayaan. Alhamdulillah, saya telah berjaya mendapat keputusan yang sangat memberansangkan dalam peperiksaan UPSR 2018 yang lalu dengan mendapat 5A 1B dan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK dengan mendapat 8A. Saya kini memilih belajar di Tingkatan 1 di SMKA Pedas untuk mengikuti program TMUA di sana dan In Shaa Allah saya bercita-cita akan menghafaz 30 juzuk Al Quran dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan SPM nanti. Saya akan tetap mengamalkan produk dari Fortune Resources terutamanya Smart Coco A+ dan Smart Sweet A+ sepanjang saya belajar di sana. Terima kasih kerana telah mencipta produk yang sangat baik dan berkesan serta harga yang sangat berpatutan dan mampu milik ini. Semoga produk dari Fortune Resources terus kekal berada di pasaran sampai bila-bila dan membantu lebih ramai penggunanya. Terima kasih Puan Aida Murni.. |
| Aina
Tasnim Bt Yahya Sek Keb. Bukit Gambir ![]() | Alhamdulillah
anak saya telah minum smart coco lebih dr setahun. Dari pemerhatian dia lebih
cergas n katanya dia lebih terasa cergas n boleh tumpukan perhatian di sekolah.
Selain dr rasanya yg sedap, dia juga minat utk makan aje. Kurang rasa
mengantuk. Cukup suka kalau saya jadikan minuman harian di pagi hari sebelum ke
sekolah. Kadang2 saya pula yg kena limitkan minum satu sachet aje seharian
sebab tiga orang nak minum. Saya akan teruskan utk menjadikan minuman harian agar mudah fokus pada pembelajaran mereka insha Allah. |
| Nur Iman Binti Mohd Azmi SR Ibn Qayyim ![]() | Saya sekeluarga telah menggunakan produk Fortune
Resources sejak 7 tahun yang lalu. Melihat kecermelangan kakak-kakak saya yang
telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan seorang
daripada kakak saya telah berjaya
menghafal Al Quran 30 juzuk dalam masa 1 tahun setengah. Saya sekeluarga terus menggunakan produk syarikat ini. Saya mengamal 3 jenis produk utama iaitu smartcoco A+, smart sweet dan Jus Alkhaira. Cara pengambilan kesemua produk ini ialah pada setiap waktu pagi dan malam. Dengan amalan menggunakan produk ini saya sentiasa rasa bertenaga, ceria & lebih focus terhadap pelajaran didalam kelas dan juga mengulangkaji pelajaran di rumah. Sejak menggunakan produk ini juga badan saya sentiasa sihat dan jarang sekali menghadapi masalah kesihatan. Alhamdulillah syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Fortune Resources kerana saya telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR baru-baru ini dengan mendapat keputusan 6A. In Sya Allah saya akan terus istiqamah menggunakan produk Fortune Resources terutamanya smartcoco A+ supaya sentiasa cergas dan cerdas dalam pembelajaran dan menghafal Al-Quran. Terima kasih Fortune Resources. |