Abdullah Amirulamin Bin Hamid SM Islam Hidayah, Johor
Alhamdulillah selepas saya minum “Smart Coco A+”, saya mendapati ada perubahan dalam diri saya dimana saya rasa lebih cergas dan bertenaga.Kesan yang lebih ketara ialah saya tidak berasa mengantuk ketika waktu pembelajaran disekolah dan dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam tempoh pembelajaran. Saya juga mampu berpuasa dengan hanya bersahurkan “Smart Coco A+”. Hasil daripada meminum “Smart Coco A+” juga saya lebih aktif dalam bersukan.
|
|
Amyrah Nur Fariesya Binti Husain Ahmad SMK Seremban 2, Negeri Sembilan
Saya telah menggunakan produk Fortune Resources sejak berusia 14 tahun. Pengalaman dan kepuasan menggunakan produk ini meyakinkan saya untuk terus menggunakan produk Smart Coco A+. Kejayaan yang diperoleh semasa PMR 2010 sekaligus membakar semangat saya untuk terus mereka kejayaan. Setelah belajar dengan dorongan keluarga sahabat dan guru-guru, Alhamdulillah saya telah peroleh kejayaan Straight A dalam SPM 2012. Saya juga telah menggunakan produk ini secara konsisten kerana produk ini ternyata dapat membantu saya terus segar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekarang, saya sudah pun melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti, dan masih menggunakan produk Smart Coco A+. Terima kasih Smart Coco A+, terima kasih Fortune Resources. ^,^
| |
Arsyad Bin Zulkifli SBP Integrasi Gombak, Selangor
Assalamualaikum, I’m very delighted to tell you a story that before I used this product, I often felt the drowsy feeling and always sleep at class. Due to this phenomenon, I didn’t understand what the teacher had taught me. Out of the blue, my mother came to my school and give me this product. At first I thought this product was a totally joke. But after I consumed it everyday, I could feel the change. I didn’t fell drowsy in class anymore. I could pay 100% attention to my teacher when she is teaching. It was a miracle. Alhamdulillah! I managed to get 11A in my SPM examination. Until now, I’m still consuming the product. May Allah bless you.
| |
Faezah Binti Nasri MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
Saya mula mengambil minuman ini selama setahun. Ianya amat berkesan untuk minda dan menguatkan daya ingatan. Selain itu, ianya juga menambahkan kecergasan tubuh badan saya. | |
Fasehah Binti Mustapa Kamal SM Raja Perempuan Taayah
Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh….Saya salah seorang pengguna setia produk Fortune Resources. Saya mula menggunakan produk ini sejak berusia 14 tahun lagi dan alhamdulillah pada tahun 2010, saya berjaya mencapai 8A dalam peperiksaan PMR. Saya konsisten menjadikan Smart Coco A+ sebagai minuman harian saya sehingga kini dan baru-baru ini keputusan SPM 2012 telah diumumkan. Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya memperoleh 10A dalam peperiksaan tersebut. Sepanjang menggunakan produk Fortune Resources, banyak perubahan yang dapat saya rasai dalam diri saya. Antaranya ialah saya tidak mudah berasa lapar, tidak lagi berasa mengantuk setiap kali belajar di dalam kelas mahupun sewaktu mengulangkaji pelajaran sendirian, lebih mudah menumpukan perhatian sepenuhnya sewaktu guru mengajar dan yang lebih penting, saya menjadi lebih bersemangat dan komited untuk menuntut ilmu kerana Allah Taala.
| |
Muhammad Taqieyyuddin Bin Mohd Tajuddin Kolej Sultan Azlan Shah
Setelah hampir sebulan saya minum Smart Coco A+ ini, saya mula merasai sesuatu yang lain. Entah bila datangnya saya beroleh keyakinan lebih untuk belajar. Walaupun kurang faham, saya masih seronok untuk belajar terutamanya subjek Prinsip Akaun. Saya seronok membuat latihan walaupun susah. Saya tidak gugup menghadapai kesukaran belajar kerana saya rasa lebih fokus dan tahu apa perlu saya buat. Dan yang paling nyata, saya mula menyukai rasa minuman Smart Coco A+ . Ianya enak dan lazat. Rasa coklat sebenar. Saya rasa puas bila meminumnya abaik pagi atau malam. Kini setiap kali duduk-duduk menonton televisyen, pasti saya buat secawan Smart Coco A+. Kini saya bertambah yakin akan khasiat minuman ini. Memang benar, ianya makanan minda.
| |
Nuralia SMK Tunku Ampuan Dhurah, Negeri Sembilan Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah. Dengan izin Allah S.W.T , saya telah mendapat 9A dalam SPM 2012. Terima kasih kepada Fortune Resources kerana telah menghasilkan smart Coco A+ yg menjana minda & byk membantu saya . Sedap & sangat berkhasiat ! Walaupun hanya mendapat 5A dalam percubaan SPM , namun berkat usaha & istiqamah minum Smart Coco A+ , impian saya akhirnya tercapai.
| |
Nur Nadhirah Najwa Bt Rusli Sekolah Integrasi Kuantan, Pahang Assalamualaikum..Sejak Tingkatan 1 hingga tingkatan 5, saya belajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan. Tinggal di asrama agak mencabar kerana rutin harian yang sangat ketat dan padat. Adakalanya terasa amat memenatkan dan pernah terfikir untuk keluar dari asrama kerana berasa terlalu letih mengejar masa. Adakalanya dimarahi guru kerana tertidur dalam kelas. Tetapi bermula semasa saya di Tingkatan Empat, ibu telah membekalkan saya dengan Smart Coco A+. Saya minum Smart coco pada waktu pagi dan malam. Saya tidak berasa penat dan mengantuk macam dulu lagi dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas. Kini saya baru sahaja menerima keputusan SPM 2012. Alhamdulillah saya mendapat 10A . Terimakasih Allah dan terimakasih Smart Coco A+ yang membantu saya.
| |
Nurul Izzaty binti Ramli Kolej Sultan Alam Shah, Selangor
Alhamdulillah…syukur pada Allah kerana dengan izinNya saya telah berjaya memperolehi 11A dalam peperiksaan SPM2012.Syukur juga kepada Allah kerana telah menemukan saya dengan produk smart koko A+ yang banyak membantu saya “stay alert” dalam kelas walaupun waktu pembelajaran dan aktiviti sangat sekolah yang padat. Sebagai seorang pelajar di KISAS, tenaga dan perhatian yang maksimum diperlukan dalam perjuangan mendapatkan keputusan cemerlang dalam semua 11 subjek. Perkara ini sangat sukar dicapai tanpa bantuan dari pemakanan tambahan yang baik seperti smast koko A+ ini. Saya mengambil smart koko A+ selepas disarankan oleh ibu saya seorang guru Sains dan Biologi yang mengetahui kandungan protein dan enzim yang tinggi dalam koko dapat menjanakan tenaga dalam sel sel badan kita dan meningkatkan kadar metabolism.Saya sarankan kepada semua para pelajar di Malaysia, khususnya yang beragama Islam untuk menggunakan produk ini yang disahkan Halal tanpa keraguan.Sekian, terima kasih Smart Koko A+ .
| |
Siti Sarah Binti Muhamad Asri Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah
Sebelum mengamalkan Smart Coco A+ sebagai minuman harian , saya mengalami masalah cepat mengantuk dan lesu ketika berada dalam kelas sewaktu sessi pembelajaran . Apabila pulang ke rumah , aktiviti tidur mendominasi waktu-waktu yang sepatutnya saya gunakan untuk mengulangkaji pelajaran . Ibu bapa saya mula risau dengan keadaan tersebut . Tambahan pula , saya bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun tersebut iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lalu , mereka mencadangkan agar saya mengamalkan minuman Smart Coco A+ sebagai minuman harian . Adik saya yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun tersebut juga turut mengamalkannya . Alhamdulillah dengan izin Allah & berkat usaha serta doa kedua ibu bapa saya , saya semakin bertenaga dalam kelas dan mampu mengulang kaji pelajaran semaksima mungkin di rumah. Akhirnya , Allah memakbulkan doa saya dengan kejayaan mendapat 12A dalam SPM dan membuat ibu bapa saya mengalir air mata kegembiraan . Alhamdulillah & terima kasih Smart Coco A+ kerana menjadi pemangkin kejayaan saya .
| |
Hazwani Ummairrah Bt Mohd Isa MRSM Taiping, Perak
Saya mula menggunakan minuman Coco A+ dan jus Al-Khaira sejak berada di tingkatan 4 iaitu pada tahun 2011 apabila ayah saya mencadangkannya. Ayah saya mula mengetahui tentang minuman dan jus ini melalui radio IKIM dan berhasrat untuk mencubanya. Saya minum minuman Coco A+ dan jus Al-Khaira pada setiap pagi sebelum ke sekolah. Minuman dan jus ini terbukti membantu saya menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan apabila berada di dalam kelas. Saya juga masih bersemangat walaupun sudah berada di penghujung hari dan hanya mendapat tidur 5 jam tidur sehari. Di sampinng itu, saya merupakan antara pemimpin pelajar di sekolah yang mempunyai aktiviti yang padat seperti mengendalikan hari guru, annual dinner dan perhimpunan mingguan. Semua ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Ternyata minuman Coco A+ dan jus Al-Khaira memberi saya lebih tenaga, lebih fokus dalam menjalankan urusan akademik dan bukan akademik serta meningkatkan keyakinan diri. | |
Ummi Hani Nasaruddin SMK Binjai, Terengganu
Assalamualaikum. Saya telah minum Smart coco A+ sejak dari 2011. Alhamdulillah membuahkan hasil. Saya dapat melihat perubahan yang positif dalam markah peperiksaan saya sejak dari tingkatan 4 lagi. Walaupun peningkatan tidak berlaku secara mendadak tetapi diakhiri dengan keputusan cemerlang iaitu 9A dalam SPM 2012. Saya berasa sangat beruntung kerana ibu saya, Siti Melati Sufaat telah syorkan saya untuk minum Smart Coco A+. Smart Coco A+ telah membantu saya fokus di dalam kelas dan mengelakkan rasa ngantuk ketika cikgu sedang mengajar. Sekiranya apa yang diajar saya tidak faham saya saya akan menjadi aktif untuk terus menanyakan soalan tanpa rasa segan. Saya juga mudah memahami dan ingat apa yang diajar oleh guru-guru atau rakan-rakan saya. Oleh sebab itu saya berharap minumam Smart Coco A+ akan terus diminum oleh adik-adik saya dan juga pengguna yang lain. Walaubagaimanapun kita jugak perlu burusaha, berdoa dan tawakal.
| |
Farah Zafirah Binti Mohd Badaruzaman SAM Bestari
Pada permulaannya saya lebih kerap mengantuk semasa waktu persekolahan sejak mengambil minuman tersebut. Ibu saya pula setiasa menggalakkan saya mengambil minuman smart coco a+ walaupun saya mula kerap mengantuk di sekolah dan memberitahu saya tentang masalah mengantuk tersebut merupakan kesan awal pengambilan minuman tersebut berdasarkan testimoni-testimoni pengguna yang terdahulu yang disiarkan melalui saluran radio ikm.fm. Ibu saya juga akan memastikan bekalan smart coco a+ saya sentiasa mencukupi di asrama dan juga di rumah.
| |
Wan Shazwana Jannah binti Wan Abdullah SMK Kamil Pair Puteh Kelantan Saya mempunyai masalah dan kesukaran dalam mengingati formula-formula yang berkaitan dengan pelajaran. Sejak saya mula mengamalkan minuman Smart Coco A+, Alhamdulillah ingatan saya bertambah kuat dan saya mudah untuk menerima dan mengingati sesuatu yang berkaitan dengan pelajaran saya dengan mudah dan cepat. Tiada masalah sukar untuk menghafal lagi! Prestasi saya dalam pelajaran pun meningkat. Alhamdulillah. Terima kasih Smart Coco A+! | |
Mohd Adi Farhan MRSM Tun Ghafar Baba Mengikut pengalaman saya setelah setahun mengambil Smart Coco A+ dan juga Jus Alkhaira sebagai makanan tambahan, saya dapat merasai dgn berkat dan khasiat yg terkandung di dalam supplement yang berkhasiat ini, ianya sangat meransang diri saya untuk lebih proaktif dan juga saya tidak rasa langsung mengantuk semasa belajar. | |
Helmi Amirul Malay College Kuala Kangsar
Sejak menggunakan Smart Koko A+, tumpuan anak saya terhadap pelajaran lebih fokus. Dengan menggunakan Smart Koko A+ ini juga dapat mengurangkan keletihan akibat suasana pembelajaran yang padat. Alhamdulillah, anak saya mendapat A dalam semua mata pelajaran SPM (9A). Setiap hari saya akan memastikan anak saya mengambil Smart Koko A+. | |
Muhammad Hazif Bin Halmi Kolej Islam Sultan Azlan Shah, Perak Telah mengunakan produk fortune iaitu smart coco a+ sejak 2010 pada peperiksaan pmr , saya telah mendapat 8a1b.kemudian saya terus mengamalkan meminum smart coco sehingga memduduki spm.alhamdulillah,saya telah mendapat 10a1b dalam spm. | |
HUSNI SHARIF BIN MOHD MRSM Taiping, Perak
Saya telah mula menggunakan minuman Smart Coco A+ ketika saya telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran di MRSM Taiping. Ibu sayalah yang telah menyarankan saya untuk menggunakan produk minuman ini. Alhamdulilah, setelah sebulan saya menggunakannya, saya merasakan proses pembelajaran saya menjadi lebih mudah dan lancar. Saya juga telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua peperiksaan. Baru-baru ini, keputusan SPM telah diumumkan dan saya sangat bersyukur kepada Allah dengan nikmat kurniaan yang telah diberikan. Saya mengambil 9 subjek dan saya telah berjaya mendapat 8A+ dan 1A.
| |
Muhammad Aiman Yamin Bin Ibrahim SBP Integrasi Selandar Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Sejak saya mengamalkan minuman tambahan Smart Coco A+, saya lebih cepat memahami pelajaran yang guru ajarkan. Saya dapat merasakan perubahan tersebut dalam diri saya. Ingatan saya semakin kuat dan mudah mengingati pelajaran yang saya pelajari. Saya juga merasa lebih cergas bertenaga dan bersemangat ketika belajar mahupun berriadah. Smart Coco A+ jadi minuman pilihan utama keluarga saya. Alhamdulillah. | |
Noratiqah Binti Sanusi SBP Integrasi Gopeng, Perak Saya mula menggunakan Smart Coco A+ pada bulan Julai 2012 iaitu ketika saya sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM peringkat Sekolah Berasrama Penuh ( SBP). Saya mula merasakan perubahan sedikit demi sedikit. Saya bertambah semangat untuk belajar, berasa lebih bertenaga dan kurang mengantuk ketika pembelajaran serta dapat berfikir dengan lebih jauh. Alhamdulillah, ia dapat membantu saya untuk mencapai straight A dalam SPM. Saya masih meminum Smart Coco A+ sehingga kini sebagai persediaan untuk memasuki ke alam universiti. | |
Hanis Nabihah Binti Saari SAM Bestari
Minuman Smart Coco A+ yang diusahakan oleh Fortune Resources sangat membantu saya dalam pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun lepas. Sebagai seorang pelajar yang menetap di asrama,pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mengisi jadual harian saya. Jadual belajar saya menjadi padat dan minuman Smart Coco A+ ini telah membantu meningkatkan kebolehan minda saya bagi menerima input-input di dalam kelas dengan lebih pantas. Fokus saya di dalam kelas semakin bertambah. Terima kasih kepada minuman berkhasiat ini yang disyorkan oleh emak saya.
| |
Nadhrah Bt Mohd Hussaini MRSM Pontian Assalamualaikum. Saya merupakan seorang calon SPM 2012 di sebuah sekolah berasrama penuh. Sebelum saya mengamalkan minuman SmartCocoA+ ini, saya kerap tertidur di dalam kelas dan semasa kelas persediaan malam. Ia menyebabkan saya sering tidak fokus semasa waktu pembelajaran. Namun begitu selepas saya diperkenalkan kepada minuman SmartCocoA+, banyak perubahan yang saya alami. Misalnya, saya sudah tidak mengantuk semasa waktu pembelajaran malahan saya lebih bersemangat untuk belajar. Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan 9A dalam SPM 2012.
| |
Mu’az bin Hashim
MRSM Tun Ghafar Baba
Syukur alhamdulillah kepada allah s.w.t. kerana saya telah berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam spm 2012 dengan berkat mengamalkan minum smart coco a+ setiap pagi walaupun saya tinggal di asrama. Saya telah memperolehi 7a dalam peperiksaan percubaan spm, namun saya terus beristiqamah mengamalkan minum smart coco a+ dan akhirnya kejayaan cemerlang telah saya capai. Kini saya sedang melanjutkan pelajaran di sunway college (monash university foundation) di bawah tajaan mara sejak januari 2013 dan kini saya masih terus menggunakan minuman smart coco a+ untuk memastikan saya terus cemerlang di universiti nanti. Insya allah.
| |