PILIHAN:
A)SMART COCO A+
B)SMART COCO A+ KURANG MANIS
Minuman bernutrisi Smart Coco A+ adalah fomulasi istimewa yang berpotensi untuk meningkatkan daya ingatan, konsentrasi minda, memperbaiki peredaran darah serta sebagai ejen antioksida. Produk ini diadun dari bahan-bahan makanan yang baik daripada ubatan dan herba terpilih dan berkualiti.
KHASIAT:
Membantu meningkatkan daya ingatan tahap kecerdasan minda, IQ & konsentrasi minda, memperbaiki sistem perjalanan darah. Mencantikkan kulit. Membantu membekalkan bahan keperluan dalam badan untuk baik pulih sel-sel, tumbesaran dan fungsi organ dalam badan. Mengandungi serat, protein, banyak vitamin & mineral yang baik untuk badan. Membantu menenangkan & tidur malam yang nyenyak. Menggunakan krimer bukan tenusu.
BAHAN-BAHAN:
Buah koko telah dijumpai di Amazon, South Amerika sejak beribu tahun yang lalu. Sejak itu, koko adalah makanan atau minuman berkhasiat yang telah banyak dinikmati dan disukai oleh semua peringkat umur. Koko mengandungi polyphenois & filavanois yang menjadi agen kuat kepada antioksida. Antara potensi khasiat koko adalah:
1) Mengurangkan risiko penyakit sistem peredaran & penafasan.
2) Meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dari LDL.
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4) Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi .
5) Tidur malam yang nyenyak.
KISMIS
Kismis adalah makanan & manisan semulajadi. Ianya adalah sumber yang baik untuk fiber, vitamin & mineral seperti Vitamin B, kalsium, potasium, dan zat besi. Kismis juga adalah antioksida yang baik untuk melambatkan proses penuaan. Kismis mempunyai kandungan fruktos yang tinggi dan tidak mengandungi bahan pengawet. Di kebanyakan negara, kismis juga dikatakan makanan yang baik untuk minda.
MADU
Madu adalah sebagai pemanis dan bahan ubatan semulajadi yang telah digunakan berkurun lamanya dan ada disebut didalam Al-Quran. Sejarah ada menyatakan yang madu banyak digunakan sebagai penawar di zaman silam Mesir. Antara khasiat madu adalah :
1. Sebagai antioksida & baik untuk kecantikan kulit.
2. Menenangkan, anti fungi & berkhasiat.
3. Membaik pulih tisu badan & menjaga tahap kalsium dalam badan.
4. Anti-bakteria baik untuk masalah dalaman dan luaran.
5. Meningkatkan daya ketahanan badan.
GINGKO BILOBA
Gingko adalah spesis pokok tertua di dunia. Di Eropah & Amerika Syarikat, makanan tambahan dari gingko adalah bahan herba yang tinggi jualannya termasuk di Perancis & Jerman. Gingko secara tradisional digunakan untuk mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda dan memperbaiki sistem peredaran darah di dalam badan. Gingko juga mengandungi 2 jenis antioksida iaitu flavanoids & terpenoids yang dapat mengurangkan atau menghalang radikal bebas dalam badan yang dipercayai menjadi penyebab penyakit seperti sakit jantung, kanser , penyakit Alzheimer's (pelupa) dan hilang ingatan. Sebenarnya, anak-anak kita telah dianugerahkan minda yang cergas dan makanan tambahan seperti Gingko Biloba diperlukan untuk memaksimumkan potensinya. Kita selalu marahkan anak-anak kerana tidak membuat kerja rumah kerana beranggapan mereka malas . Tetapi, kita sebagai ibu bapa lupa untuk memberikan makanan tambahan untuk minda anak-anak terus cergas.
MALT
Bahan baik untuk fiber, vitamin, mineral, protin & anti oksida.
KURMA
Kurma adalah makanan seimbang yang baik untuk penghadaman makanan. Ianya mampu memberi tenaga kepada badan manusia yang lesu dan baik untuk wanita sebelum dan selepas bersalin. Khasiatnya adalah kaya dengan fiber, vitamin & mineral yang baik untuk tumbesaran otot. Ianya dapat membantu penyakit sembelit, penyakit usus & masalah jantung.
CARA PENGAMBILAN SMART COCO A+
Cara pengambilan yang disyorkan ialah dengan hanya satu sachet pada waktu pagi dan satu lagi pada sebelah petang.
Setelah diambil untuk beberapa hari kita akan mula nampak perbezaannya. Perbezaan lebih ketara akan dilihat apabila pengambilan berterusan. Namun begitu, kesannya berbeza bagi setiap pengguna. Berbeza dengan ubat contohnya paracetamol, yang menghilangkan sakit kepala dalam masa sejam, tetapi hakikatnya ia cuma menahan sakit untuk jangka masa tertentu saja. Namun, SmartCoco bertindak untuk jangka panjang. Ada pengguna mengatakan bahawa untuk beberapa hari pertama, mereka berasa mengantuk tetapi usah khuatir kerana dalam masa beberapa hari mereka akan kembali normal seperti biasa, malah lebih baik daripada sebelumnya.
SELAMAT MENCUBA!