UTAMA      PT3/PMR      PMR 2012




 
 

Pelajar Cemerlang PMR 2012. Tahniah!

 SITI  NUR AFIFAH
SMA AL-MAIDAH ADDINIAH, LIPIS, PAHANG

Testimoni bapa:         Anak saya merupakan seorang yang tidak begitu pick-up di dalam kelas. Keputusan penilaian pertengahan tahun, hanya mendapat 3A. Hal ini membimbangkan saya. Saya telah berikhtiar dengan membelikannya produk Smart Coco A+ keluaran Fortune Resources. Saya telah perasan semenjak beliau meminum produk tersebut, keputusannya telah meningkat. Sebagai bukti, dalam percubaan PMR, dia telah mendapat 4A. Saya sangat gembira dengan keberkesanan produk ini, jadi saya telah menyarankan anak saya untuk terus mengambil produk tersebut. Selepas keputusan PMR keluar, kami sangat terkejut kerana dia telah memperoleh 8A dalam PMR. Syukur alhamdulillah, kami amat berterima kasih kepada Fortune Resources atas produk yang begitu berkesan ini. 
PMR 2012
AHMAD AZHAR BIN MUSTAPHA
SMK BERIS PANCHOR, KELANTAN
 
         Assalammualikum. Syukur di atas kurniaan Allah S.W.T yang telah menemukan saya dengan Fortune Resources. Dengan izin NYA, saya telah memperolehi 8A dalam PMR 2012. Smart Coco A+ adalah pemakanan yang banyak memberi tenaga sepanjang pembelajaran saya, terutama tanpa rasa mengantuk dalam bilik darjah. Alhamdulillah saya sentiasa dapat fokus dalam pelajaran. Kepada smeua pelajar, saya sarankan agar menggunakan Smart Coco A+ setiap hari. Sekian. 
PMR 2012
NIK FATIHAH BINTI AHMAD JUHARI
MAKTAB RENDAH SAINS MARA  

            Alhamdulillah, sejak saya mengamalkan minuman tambahan Smart Coco A+, saya lebih bertenaga dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar. Saya juga tidak mudah mengantuk dan sentiasa aktif dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Bukan itu sahaja, malah saya dapat menumpukan perhatian malah lebih fokus ketika guru sedang mnegajar. Kemepat-empat adik beradik saya turut mengamalkan minuman Smart Coco A+. 

PMR 2012

IZZATUL HANANI KHAIRUL ANUAR
SMK BANTING KUALA LANGAT, SELANGOR 

Testimoni ibu: Saya mula memberikan  minuman SMART COCO A+ kepada anak saya ketika beliau berada di tingkatan 1.  Saya mendapat maklumat  tentang  produk ini bermula daripada satu sesi jualan amal untuk memungut derma oleh seorang stokis di tempat saya. Selepas itu, saya ada mendengar radio IKIM dan banyak maklumat yang saya peroleh. Selepas itu, saya terus menggunkan produk ini untuk kami sekeluarga. Keputusan UPSR anak saya sederhana sahaja iaiatu  3A 2B. Semasa di tingkatan 1,beliau berada dalam kelas keempat. Apabila di tingkatan 2 , beliau berada di kelas ke 2 dan seterusnya kelas pertama semasa  di tingkatan 3. Produk ini antara yang banyak membantu anak saya mencapai 8A dalam PMR 2012. Alhamdulillah dan terima kasih kepada SMART COCO A+.
PMR 2012
NUR ATIFAH AZLAN 
SMK SAUJANA UTAMA, KUALA SELANGOR
 
Testimoni ibu: Terlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana dengan izinNya dikurniakan rezeki atas kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPSR dan PMR 2012. Pada mulanya saya mendengar produk Minuman Smart Coco A+ keluaran Fortune Resources adalah melalui siaran radio IKIM.FM. Kebetulan pada ketika itu, saya mencari-cari food supplement  bagi memastikan anak-anak saya mendapat khasiat  pemakanan yang penting untuk perkembangan otak.  Mujur  di tempat saya bekerja (Jabatan Kesihatan Negeri Selangor) ada menjual produk berkenaan. Saya terus membeli  dan anak-anak saya amat menyukainya kerana rasanya yang sedap dan enak. Namun apa yang lebih penting, minuman ini dapat mengekalkan kecergasan minda serta mengelakkan mereka berasa lapar dan mengantuk semasa di sekolah. Alhamdulillah,  anak-anak saya telah menggunakan produk ini selama hampir 2 tahun. Produk ini amat membantu dalam rutin seharian mereka sebagai pelajar. Alhamdulillah, tahun 2012 mencatat momen terindah untuk kami sekeluarga…  tiada yang lebih indah melainkan melihat kejayaan anak-anak  di depan mata. Walau pun kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPSR dan PMR adalah pada peringkat  awal, namun saya percaya kejayaan ini adalah pemangkin untuk anak-anak saya terus berjaya di masa hadapan. Pada setiap bulan saya perlu memastikan bekalan 4-5 kotak  Smart Coco A+ ada di rumah kerana minuman ini telah menjadi minuman rasmi anak-anak saya . Harganya sangat berpatutan dan tidak membebankan untuk saya   terus membelinya. Dikesempatan ini saya mendoakan agar Fortune Resources terus maju sebagai pengeluar produk muslim  yang terunggul di rantau ini. Sekian, terima kasih.



PMR 2012
SITI NATRAH NOORDIN
SMK TAMAN SELAYANG, GOMBAK

     Sebelum mengambil smartcoco A+,keputusan percubaan PMR tidak memberangsangkan namun setelah menggunakan produk 3 serangkai iaitu jus al khaira,smart sweet A+ dan smartcoco A+ saya berasa amat yakin dan fokus dalam pelajaran.Saya tidak lagi merasa letih dan mengantuk ketika sesi pembelajaran.Alhamdulillah pengambilan setiap hari tanpa jemu akhirnya membuahkan hasil.Saya telah mendapat keputusan yg cemerlang dalam PMR 2012-8A.Sekarang ini saya dan keluarga terus menggunakan produk keluran smartcoco A+.Terima kasih smartcoco A+.
PMR 2012
UMUL AIN'SYAH BINTI SHA'ARI
SMK TAMAN JELUTONG 
 
Testimoni ibu: Saya mula mengenali SmartCoco A++ daripada Radio IKIM pada tahun 2011, dahulu saya minum Radix Koko kerana anak-anak saya sukakan rasanya, tetapi apabila saya pergi stokis selalu tiada stok saya terpaksa mencari jenama lain selain dari Milo yang dijual dipasaran. Banyak juga jenama yang saya gunakan sebelum saya jumpa SmarCoco A++. Tetapi apabila saya terdengar SmartCoco A++ di Radio Ikim saya ingin beralih kepada produk tersebut.  Mulanya saya membeli sekotak sahaja, saya beri anak-anak cuba, anak-anak memuji rasanyan yang sedap, semenjak hari tu minuman di rumah saya, saya tukar kepada Smart Coco A++, walaupun mahal saya ingin hidangkan sesuatu yang halal dan saya tidak rasa was-was jika saya memberi kepada anak-anak saya. Semenjak itu juga saya selalu memesan 10 kotak ke atas sebagai stok. Saya berikan anak-anak saya bawa ke asrama. Apabila mendengar khasiat smart coco A++ tersebut saya mengesyorkan anak saya yang akan menduduki PMR pada tahun 2012 agar kerap mengambil smartCoco A++ ia merupakan makanan minda, saya minta beliau minum setiap hari. Semasa percubaan PMR beliau minum sekali sahaja, disebabkan saya tidak membeli produk lain untuk beliau ambil sebelum PMR saya minta beliau minum secara istiqomah dan mohon  dari Allah supaya membantu beliau mengingat. Berkat doa dan usaha dari beliau dan doa dari saya ibunya alhamdulillah, saya pun terperanjat dengan keputusan beliau. Semasa keputusan diumumkan saya telah menjangkakan beliau akan mendapat 8A atau 9A. Memang sesuatu yang memeranjatkan, saya bersyukur kepada Allah kerana membantu anak saya mencapai kejayaan. Terima kasih kerana berkat istiqomahnya  Allah telah memberi hasilnya. Terima kasih kepada Fortune Resources kerana mengeluarkan produk yang sangat membanggakan. Teruskan usaha anda.
 
 
 
 
PMR 2012

 ANIS ZULAIKHA RIDZUWAN
SMK ALAM MEGAH 2, PETALING PERDANA, SELANGOR
 
        Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Saya dan adik-adik telah mengamalkan minuman Smart Coco A+ sejak 2009/2010.  Sejaksaya mengamalkannya, saya dapati saya lebih cergas dan bertenaga. Saya juga tidak mengantuk dalam kelas dan dapat menumpukan sepenuh perhatian saya terhadap pembelajaran di dalam kelas. Begitu juga dengan adik-adik saya. Alhamdulillah,  kami telah memperolehikeputusan yang lebih baik dari semasa ke semasa dalam perperiksaan sehinggalahsaya berjaya mencapai keputusan yang cemerlang di dalam PMR.  Selain itu, kami sangat menggemari minuman ini kerana rasanya sangat enak dan lazat.  Syukur kepada Allah kerana ibu bapa kami diperkenalkan dengan minuman Smart Coco A+.
 
PMR 2012
 
MUHAMMAD FAKHRI HAKIM BIN OMAR ZAI
MRSM TERENDAK, MELAKA
 
         Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan pemakanan sihat Smart Coco A+ setiap pagi sebelum ke sekolah saya telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A didalam peperiksaan PMR 2012. Saya merupakan pelajar MRSM Terendak dan bergiat aktif di dalam bidang sukan terutamanya permainan Ragbi dan Olahraga. Saya berterimakasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan galakan dan doa kecemerlangan kepada saya untuk berjaya dalam peperiksaan PMR dan juga sentiasa membekalkan Smart Coco A+ kepada saya apabila berjumpa keluarga setiap bulan. Saya lebih merasa berkeyakinan dan dapat memberi tumpuan di dalam pelajaran dan aktiviti sukan di sekolah. Dengan pengambilan minuman berkhasiat Smart Coco A + ini badan saya lebih bertenaga dan juga aktif di dalam kegiatan kokurikulum yang diadakan disekolah. Saya juga tidak merasa lesu apabila pulang kebilik selepas aktiviti sukan dan lebih bersemangat untuk meneruskan pengajian Al-Quran pada sebelah petang di surau. Saya akan terus mengambil Smart Coco A + sebagai sebahagian daripada minuman utama saya setiap pagi dan petang. Terima kasih Ayah dan Mama kerana memberi saya pemakanan sihat bersama Smart Coco A+. Pemakanan Smart Coco A+ bukan sahaja dapat menjana minda yang cerdas dan fizikal yang cergas, tetapi juga kandungan Smart CocoA+ berasaskan pemakanan sunnah memberikan keberkatan kepada saya.
 
 
PMR 2012
 
 
 MUHAMAD SYAHIOUR RAHMAN
SMK IMTIAZ KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
 
Testimoni ibu:
 
              Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah, anak saya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2012. Anak saya mula minum Smart Coco A+ tiga bulan sebelum peperiksaan PMR. Hasilnya amat memuaskan. Dia semakin fokus dalam pelajaran dan menghafaz al-Quran. Alhamdulillah. Saya amat berterima kasih kepada Pn. Narizan Mohamad, Stokis Smart Coco A+ Kemaman yang telah membekalkan Smart Coco A+ kepada kami. 
 PMR 2012
 MUHAMMAD AFIQ BIN AZMAN
MAAHAD TAHFIZ SAINS, KELANTAN
 
Testimoni ibu:
 
      Assalamualikum. Saya mempunyai 2 orang anak yang mengambil peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun 2012. Saya diperkenalkan oleh seorang kawan mengenai produk smart cocoA+. Saya mula mengambil sebagai sarapan untuk anak-anak sekitar bulam Mac. Perubahan yang ketara dapat saya lihat ialah anak-anak saya lebih bertenaga dan lebih fokus pada pelajaran. Keputusan peperiksaan penggal juga semakin meningkat. Yang paling saya bersyukur ke hadrat Allah ialah anak-anak saya mendapat 5A dan 9A dalam peperiksaan masing-masing. InsyaAllah saya akan terus menggunakan produk fortune resources ini.. Terima kasih.
 
 PMR 2012
 FARAH HUSNA MUHAMMAD NAZRI
SMKA KEDAH
 
Testimoni ibu:
 

       Anak sulung saya,Farah Husna,beliau tinggal di asrama sekolah tersebut sejak dari tingkatan 1. Saya hanya memberi minum smartcoco kepadanya apabila beliau pulang ke rumah 2 minggu sekali dari asrama bermula lebih kurang awal tahun 2012 secara tidak tetap.Berbanding dengan adik-adik kembarnya yang minum smartcoco A+ setiap pagi sebelum ke sekolah. Dalam tempoh sebelum mengambil smartcoco sehingga awal tahun 2012 pencapaian akademiknya dalam peperiksaan penggal adalah sederhana iaitu sekitar 2A,3A,4A & 5A sahaja.Bermula Peperiksaan percubaan PMR tahun 2012(bulan Jun) beliau mendapat 6A. Selepas itu sekolahnya mengadakan pula peperiksaan PRA-PMR.Dia berjaya mendapat 9A,tergolong dalam 17 orang yang mendapat 9A di sekolahnya.Pada waktu itu beliau hanya meminum smartcoco apabila balik ke rumah sahaja. Bermula musim peperiksaan sebenar PMR barulah datang idea kepada saya untuk membekalkan sekotak Smartcoco A+ kepadanya di asrama yang memaksanya mendapatkan bekalan air panas dari dewan makan setiap hari.Habis minggu pertama dia meminta sekotak lagi untuk minggu berikutya dan seterusnya sehinggalah selesai keseluruhan peperiksaan PMR 2012. Alhamdulillah,beliau berjaya mendapat 9A dalam keputusan PMR nya. Tujuan saya membekalkan smartcoco A+ kepadanya di asrama hanyalah supaya beliau mendapat ketenangan dan fokus dalam persediaan terakhir sebelum peperiksaan dan semasa peperiksaan memandangkan beliau tidak mengambil secara tetap sepanjang tahun 2012.Alhamdulillah beliau tenang dan fokus menghadapi peperiksaan tersebut.

 
PMR 2012

 FARHA MAJAHAR
SMKA MAAHAD HAMIDIAH HULU LANGAT, SELANGOR
 
Testimoni ibu:

Alhamdulillah,selepas anak saya menggunakan smart koko a+,anaksaya semakin sihat dan bertenaga disamping prestasi peperiksaannya juga meningkat.
 
 PMR 2012
 NOOR RAIHANA MOHIDIN
SMK TUNKU PUTRA BATU PAHAT, JOHOR
        
Saya telah menggunakan produk SmartCocoA+ sejak Tingkatan 1 lagi.Saya menjadikan produk SmartCocoA+ sebagai minuman harian saya sebelum ke sekolah kerana produk SmartCocoA+ sangat berkesan dalam membantu saya mendapatkan tenaga dan kecergasan ketika menghadiri kelas petang yang diadakan di sekolah saya.Alhamdulillah, dengan izin Allah saya telah mencapai kejayaan dalam Peperiksaan Menengah Rendah 2012 dengan mendapat 9A.Abang saya yang sedang menuntut pelajaran di Politeknik Premier Johor Bahru juga menjadikan produk SmartCocoA+ sebagai minuman hariannya sejak dia berada di bangku sekolah lagi.Alhamdulillah, abang saya sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya.Selain itu,kami sekeluarga gemar akan produk SmartCocoA+ ini maka sehingga ke hari ini, kami masih meneruskan pengambilan produk SmartCocoA+ secara berterusan.


 PMR 2012
 NUR FATIN HUMAIRA
SMK DATO DOL SAID, MELAKA
 
Testimoni ibu:

       Anak saya dahulu seorang yang suka tidur pada waktu petang. Alhamdulillah sejak mengamalkan smart coco A+, dia jarang tidur petang dan pelajarannya meningkat. Terima kasih Fortune Resourses.
 PMR 2012
 SITI NAJWA ATIKAH
SMK BANDAR RINCHING HULU LANGAT, SELANGOR
      
     Saya telah menggunakan Smart Coco A+ sejak dari tingkatan 2 lagi, ia banyak membantu saya dalam pelajaran. Saya selalu mengambilnya sebelum ke sekolah dan bila di sekolah saya tidak berasa mengantuk dan lapar. Pada tahun ini saya mengambil PMR dan produk ini sangat membantu saya. Saya lebih memahami apa yang diajar oleh guru disekolah dan saya tidak berasa lapar, oleh itu saya tidak memakan makanan di kantin sekolah kerana masih kenyang. Bermula Ramadhan, saya mengambil dua kali sehari, alhamdulillah ianya amat membantu. Sepanjang peperiksaan, saya meninum Smart Coco semasa bersahur, saya tidak berasa lapar dan dahaga sepenjang menduduki peperiksaan. Dengan izin Allah, saya telah mendapat keputusan yang cemerlang. 
 
 PMR 2012
 AHMAD NAUFAL IZUDDIN BIN AB. RAHIM
MAAHAD TAHFIZ SAINS KOK LANAS, KEDAH
 
       Saya Ahmad Naufal Izuddin Bin Ab. Rahim seorang pelajar Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan. Sekarang saya belajar dalam Ting. 4 Sains 1. Saya mula minum Smart Coco A+ pada awal tahun 2011sehinggalah sekarang. Dalam peperiksaan percubaan PMR, saya mendapat keputusan yang agak lemah iaitu 3A 6B, manakala dalam peperiksaan PMR yang sebenar saya berjaya mendapat 9A. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Smart Coco A+ dan Jus Al-Khaira. Inshaallah saya akan terus minum minuman tersebut.
   
 PMR 2012 
 NUR AMIRA OMERA
SMKA TUN PERAK, JASIN, MELAKA
 
   Saya adalah seorang pelajar sekolah yang tinggal di asrama. Kekangan masa menjalani aktiviti dan kehidupan di asrama membuatkan saya sering keletihan dan mengantuk semasa di dalam kelas. Tambahan lagi saya menghidapi resdung, saya sering bersin dan hidung kerap berair. Saya juga alah kepada persekitaran yang berhabuk. Dengan pengambilan Smart Coco A+ ini, ianya dapat membantu  meringankan masalah yang saya hadapi dan saya rasa Smart Coco A+ ini juga membantu meningkatkan kecerdasan dan merangsang minda saya. Alhamdulillah….. saya telah Berjaya mendapat 8A semasa peperiksaan sebenar PMR  tahun 2012 berbanding hanya 4A sahaja semasa sesi percubaan PMR. Syukur kepada Allah dan Terima Kasih Smart Coco A+  
 
 
 PMR 2012
 
 IMAN IFFAH
SMKA AL-IRSHAD, KEPALA BATAS, PULAU PINANG
 
Testimoni ibu:
      Saya Siti Salmah binti Ismail dari Pulau Pinang telah mencuba produk ini untuk anak-anak saya hampir 1 tahun.Kesemua anak-anak telah mengamalkan produk ini setiap waktu pagi sebelum meneruskan apa-apa aktivi luar.Anak pertama dan kedua saya merupakan penghafaz AL-QURAN  dan sering mengantuk pada waktu pagi.Selepas mengamalkan Produk ini,Alhamdulillah mereka lebih segar dan lebih cergas dalam hafazan Al-Quran.Begitu juga anak ketiga saya yang mengalami alahan yang agak serius sehingga terpaksa dibawa keluar dari asrama.Alahan ini juga menyebabkannya tidak dapat bergerak aktif di sekolah dan dalam pembelajaran .Tetapi alhamdulillah,setelah mencuba Produk ini,kesihatannya bertambah baik dan pemikirannya juga semakin cerdas.Begitu juga dengan anak saya yang keempat yang mempunyai kesulitan dalam pembelajaran yang menyebabkannya berasa malas dan lesu ketika mengulang kaji pelajaran.Setelah mencuba produk ini,alhamdulillah ternyata kedua-dua anak saya tersebut berjaya dengan cemerlangnya dalam peperiksaan UPSR dan PMR .Masing-masing mendapat 5A ( UPSR – Tidak sempat untuk menghantar kerana tidak tahu mengenai hal ini ) dan juga 9A ( PMR ).Anak bongsu saya juga mengamalkannya dan mudah-mudahan dapat memberikan impak yang positif juga.Syukur kehadrat Allah SWT dan terima kasih Smart Coco A+ !!
 PMR 2012
 SITI MAISARAH
SMK SIMPANG GELAMI, JELEBU, NEGERI SEMBILAN
   
       Sebelum megamalkan minuman Smart Coco A+, saya agak lemah dalam pelajaran dan kurang mendengar nasihat ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Selepas mengamalkan minuman ini, saya semakin cergas dan bertenaga untuk mengulangkaji pelajaran serta lebih mendengar nasihat ibu bapa.
 
 PMR 2012
  AISYAH MD YUSOF
SMK ABDUL MALEK, TERENGGANU
 
Testimoni ibu: Saya sekeluarga telah menggunakan produk SMART COCO A+ semenjak 2 tahun yang lepas. Saya menjadikan minuman ini sebagai sarapan kepada anak-anak saya. Mereka menyukai minuman ini dan  menunjukan prestasi akademik yang sangat bagus , dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa.Alhamdulillah, hasilnya anak saya telah mendapat 9A dalam ujian bulanan sehinggalah PMR 2012. 
PMR 2012 
 MOHD FADHIL BIN IZAHA
SMK KUALA ABANG, DUNGUN, TERENGGANU
 
            Assalamualaikum. Apabila mencuba Smart Coco A+ yang disarankan oleh kedua ibu bapa saya, saya dapati lebih fokus ketika berada di dalam kelas. Saya mencuba di tingkatan 1 lagi dan di tingkatan 3, saya lebih kerap minum minuman minda ini untuk membantu dalam pelajaran saya. Alhamdulillah, dengan Smart Coco A+ saya lebih cepat untuk menghafal dan mengingat fakta yang saya pelajari. Saya akan meneruskan meminum minuman ini selain membantu dalam pelajaran dan juga kesihatan saya. Terima kasih Smart Coco A+.
 
 PMR 2012
 AMIR HAKEEM BIN MOHD ZAIDI
MRSM SERTING, BANDAR SRI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

Testimoni bapa:
            Seperti kelihatan dalam salah satu gambar ini, anak saya ini seorang yang periang. Beliau jg seorang yang agak kelakar. Seperti juga anak2 lelaki seusianya, kadangkala sedikit nakal dan kurang. Sebagai persediaan untuk keputusan yang cemerlang bagi PMR pada tahun 2012 lalu, saya telah memberinya makan supplement homeopathy yang berbentuk pil. Cara pengambilan pil2 ini yg berbeza jumlahnya pada peringkat permulaan menyukarkan anak saya untuk konsisten dlm pengambilan di minggu pertama itu. Ini berlaku beberpa kali sehinggalah saya menukarnya dengan jenama lain yg lbh mudah pengambilannya. Saya dan suami mula risau apabila keputusan2 beberapa peperiksaan sebelum PMR tidak menunjukkan keputusan yang baik kerana terlalu banyak matapelajaran yg mendapat Gred C dan hanya satu sahaja Gred A. Kata mereka yang pakar, jika kita belum berjaya dengan method yang lama, maka kita perlu mencari method yang baru utk mencapai matlamat. Lupakan pil-pil itu. Tiada pilihan, walau saya tahu bakal mendengar rungutan, saya kemudian memujuknya agar mengambil Smart Cocoa A+. Saya permudahkan dan membekalkannya dengan satu shaker. Hanya koyak, tuang, campurkan air dan kocak. Katanya dia akan cuba. Berjaya, maklum siapa yang tidak suka air cokelat ! Maka dia mula mengambil Smart Cocoa A+ dengan konsisten mulai bulan Ogos 2012 iaitu selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri. Terdapat banyak peperiksaan2 percubaan dalam minggu2 terakhir sebelum peperiksaan PMR. Keputusan beberapa peperiksaan ini telah menunjukkan matapelajaran2 yang mana sebelum ini mendapat Gred C, kini telah meningkat kepada B dan kini dia mencapai Gred A dalam 2 matapelajaran. Wah! Tentunya anak saya telah berusaha dengan gigih. Walaupun saya dan suami berasa syukur dengan peningkatannya namun kami terus berdoa agar keputusan cemerlang dapat dicapainya. Telah tiba Oktober, masanya untuk peperiksasan PMR. Kami sebagai ibu bapanya berdoa dari jauh agar dia diberikan kesihatan dan kecerdasan sepanjang peperiksaan berlangsung. Kami juga melakukan apa yang terdaya utk mendapat bantuan dan perhatian kasih Allah awj. Kepada Hakeem telah kami nyatakan bahawa kami sedar akan ketekunan dan kegigihanya berusaha. Andai keputusan bukan seperti yang diharapkan, kasih sayang kami kepadanya tetap sama. Apabila tiba hari mendapatkan keputusan, kami bertiga menuju ke Serting dengan perasaan tenang tapi Hakeem berasa sangat berdebar. Kami dapat melihat raut wajahnya dengan jelas ketika dia memeriksa senarai nama pelajar2 cemerlang PMR 2012 yang dipamerkan di dinding. Sebak terasa di hati saya melihat wajah penuh pengharapannya. Oleh kerana namanya bermula dengan huruf A, dia tercari-cari namanya di sudut atas kiri senarai tersebut. Kami dan beberapa ibu bapa yang lain duduk di kawasan berdekatan yg disediakan. Sambil merungut kpd rakan di sebelahnya dengan nada kesal kerana tiada kelihatan namanya, tiba2 kami melihat keceriaan di wajah Hakeem apabila rakannya menunjuk kepada namanya yang berada di tengah2 senarai tersebut. Dia kegembiraan dan sejurus itu dia datang ke arah kami dan memeluk saya dahulu. Alhamdulillah. Air mata saya tidak dapat dibendung kerana sebenarnya ada di sudut hati saya mengharapkan keputusan cemerlang ini. Ucapan tahniah bercampur emosi menahan sebak. Kejayaan ini bukannya utk saya tetapi utk anak saya. Subhanallah alhamdulillah. Semua ini tidak mungkin berlaku tanpa sentuhan dan pandangan kasih Allah awj. Juga tidak disangkal Smart Cocoa A+ memang membantu dan juga dedikasi semua guru2 Hakeem yang tidak berputus asa membimbing dan memberi inspirasi. Bagi Hakeem sendiri, dia sangat gembira kerana dia bukan calon yang diramal sebagai pelajar cemerlang PMR 2012 bagi sekolahnya.
         Sebagai kesimpulan saya ingin merumuskan bahawa selain dengan izinNya Yang Maha Esa yang telah mengatur apa yang berlaku, saya yakin bahawa pilihan memberinya Smart Cocoa A+ adalah pilihan paling tepat untuk membantu kecerdasan minda. Ia dapat membantu mengekalkan kecerdasan dan tenaga yang berterusan kepada seseorang. Ini kerana di minggu2 terakhir anak saya telah berdisiplin berusaha melatih tubi menjawab kertas soalan bagi matapelajaran2 yg lemah. Mindanya juga berfikiran positif dan bersedia dengan tekanan ini. Penyediaan utk minum produk ini jg telah dipermudahkan kerana pembungkusan dlm bentuk sachet. Memang amat sesuai untuk dibekalkan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Jadi tahniah kepada Fortune Resources kerana penghasilan produk minda yang terbilang ketika ini. Sekian. Terima kasih.
 
 
 
 
 
PMR 2012
 HASYIMAH BINTI HASSAN
SMK IBN. KHALDUN, KLANG, SELANGOR
 
Testimoni ibu:
 
Pada awal tahun lepas saya merancang untuk membeli minuman yang berkhasiat untuk anak saya memandangkan beliau akan mengambil PMR. Setiap pagi saya tidak sempat memasak kerana keluar ke tempat kerja awal pagi jadi, anak saya bersarapan nasi lemak yang di beli. Pada suatu hari saya terserempak dengan rakan saya yang menjadi pengedar smart coco A+  sedang mengangkat kotak, terus saya bertanya maklumat tentang barangan yang di bawa dan saya membeli smart coco A+ sebanyak 12 kotak untuk mencuba selama 6 bulan. Arwah sempat bergurau dengan saya mengatakan ”kalau anak kakak dapat 8A boleh ambil gambar hantar kepada syarikat untuk ambil hadiah”. Saya hanya tersenyum dan saya rasa tidak percaya kerana anak saya dapat 2A 3B semasa UPSR. Selepas mencuba 1 bulan anak saya memberitahu dia rasa lebih cergas tidak cepat letih dan mudah beri tumpuan dalam pelajaran serta sangat suka dengan rasanya. Dengan izin Allah pelajaran anak saya semakin meningkat dan dalam percubaan PMR beliau telah mendapat 9A dan dalam PMR juga beliau memperolehi 9A.
    

PMR 2012
 FADLI JOHAN
SMK TAMAN MELAWATI, GOMBAK, SELANGOR.
      Dengan penggunaan smartcoco, saya dapat memulakan kehidupan saya sebagai seorang pelajar sekolah menengah dengan lebih bertenaga. Selain itu, smartcoco membantu saya memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran saya. Dan yang terakhir sekali, smartcoco telah berjaya membendung sikap malas saya. Saya sungguh bertuah kerana dapat menggunakan produk smartcoco dengan harga yang berpatutan. Terima kasih diatas sokongan pihak anda.
    PMR 2012
 MUHAMMAD ASYRAF BIN ANUAR
SM SERI AL-AMIN, BANGI, SELANGOR
 
Testimoni ibu:
 
          Anak sulung saya muhammad asyraf bin anuar telah lulus dlm peperiksaan pmr 2012 dgn mendapat 9A. Kami sekeluarga adalah pengedar smart coco a+ semenjak tahun 2011 dan juga mengamalkan meminum smart coco setiap hari bermula pada tahun tersebut. Semenjak mengamalkan meminum minuman berkhasiat lagi halal ini, allhamdulillah peningkatan prestasi pelajaran anak2 semakin meningkat dan mereka lebih dpt menumpukan perhatian ketika belajar. Guru2 sekolah juga dapat mengesan perubahan pada anak2 kami. Disamping peningkatan dlm pembelajaran akedemik, peningkatan pembelajaran didalam alquran terutamanya hafazan juga semakin meningkat dan bertambah baik. Syukur kpd allah diatas pemberian ini dan diketemukan dgn produk keluaran fortune resources bagi membantu meningkat tahap kesihatan keluarga yg lebih bagus.
 
 PMR 2012
 MOHAMAD AIZAT
MRSM BALING, KEDAH
 
Testimoni ibu:
 
         Alhamdulillah! Setelah sekian lama mencari-cari suatu produk kesihatan dan minda untuk anak-anak, saya telah dipertemukan dengan produk Fortune Resources di dalam siaran Radio IKIM pada bulan Mac 2012 yang lepas. Selepas 5 bulan menggunakan produk Smart Coco A+ , tahap pelajaran anak-anak saya semakinmeningkat dan memberangsangkan dari masa ke masa. Hasilnya, salah seorang anak saya yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah berjaya mendapat keputusan 8A. Dengan harga mampu milik, saya yakin lebih ramai orang yang mampu memilikinya. Sekian, terima kasih.
 PMR 2012
 NUR AREENA
SMKA MAAHAD MUAR, JOHOR
 
Testimoni ibu:
 
            Assalam. Anak saya Nur Areena tinggal di asrama semenjak 3 tahun yang lepas. Saya membekalkannya Smart Coco A+ untuk membantu kecergasannya dan membekalkan tenaga semasa di sana. Alhamdulillah Areena mengamalkannya setiap pagi sebelum ke sekolah. Ia mengurangkan rasa lapar dan ini membantu dia focus dalam pelajaran. Semasa minggu ulangkaji dia minum lebih kerap dan dapat mengurangkan rasa mengantuk di malam hari. Sukur keputusan PMRnya memberangsangkan dan keluarga kami masih mengamalkan Smart Coco A+ hingga kini.
 PMR 2012
 MASTURIENA MOHAMAD TAJUDDIN
SMK BANDAR MAHARAHI, MUAR, JOHOR
 
        Saya mendapat keputusan 4A 1B dalam UPSR 2009. Saya bersyukur dengan kejayaan ini. Namun jauh di sudut hati, saya merasa agak kecewa dan terkilan kerana mendapat B dalam Bahasa Melayu Pemahaman. Saya rasa saya boleh buat. Tetapi masih belum cukup baik. Kadang-kadang saya gugup dan kurang focus kepada pelajaran terutama kepada subjek bahasa Melayu ini yang dianggap mudah memandangkan ianya adalah merupakan bahasa ibunda. Sepanjang peperiksaan awal dan akhir tahun tingkatan 1 dan 2, prestasi pelajaran saya tidak menentu. Kadang-kadang dapat 3 A dan yang terbaik saya dapat ialah Cuma 5A sahaja. Saya memang cukup risau memandagkan kawan-kawan sekelas beroleh keputusan lebih baik daripada saya. Saya kurang yakin untuk menghadapi PMR yang mendatang. Kawan ibu telah memperkenalkan Smart Coco A+ pada awal tahun 2012. Ibu mendorong bersungguh-sungguh agar saya minum Smart Coco A+ setiap hari di samping tidak melupakan ikhtiar dan doa sepanjang waktu. Setiap dua minggu Ibu akan datang menjenguk saya di asrama dan membekalkan saya minuman berkhasiat ini. Hari demi hari saya lalui dengan rutin harian saya  seperti kebiasaannya. Saya tidak sedar bilakah waktunya saya beroleh ‘energy’. Saya tidak mengantuk di dalam kelas kala guru mengajar walaupun waktu tengahari yang meletihkan. Setiap isnin dan khamis saya berpuasa hanya bersahur dengan segelas Smart Coco A+ sahaja. Saya tidak merasa letih yang keterlaluan. Saya masih lagi boleh bermain bola jaring. Walaupun kawan-kawan keletihan waktu ‘prep’ petang, saya masih lagi ada tenaga yang tersimpan. Saya mula perasan keberkesanan Smart Coco A+ ini yang saya minum setiap hari. Sejujurnya, bukan saya yang dijangkakan oleh rakan-rakan untuk mendapat 9A. Tetapi apabila diumumkan saya sebagai pelajar terbaik PMR 2012 sekolah , saya terkejut dan sangat-sangat bersyukur kepada Allah yang telah memakbulkan doa dan impian saya. Terima kasih atas dorongan ibu bapa, semua guru dan rakan-rakan seperjuangan, termasuklah Mak Cik Hasni yang telah memperkenalkan Smart Coco A+ ini kepada ibu bapa saya. Dengan anugerah kejayaan ini, ibu merasa sangat berbaloi berbelanja lebih untuk makanan dan minuman kesihatan ini. Bukan saya seorang, malah adik dan abang,  serta ayah dan ibu, juga telah sama-sama menggunakan produk keluaran Fortune Resources ini. Ibujuga sukakan Jus AlKhaira.Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua.
 
 
 
PMR 2012
 NURUL IZZIANY BINTI RAMLI
SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPAG, SELANGOR
 
         Sebelum ini, saya memang suka minum atau makan sambil belajar, jadi emak saya memperkenalkan kepada saya Smartcoco A+. Sayamula minum Smartcoco A+ kira-kira tiga bulan sebelum PMR. Setiap pagi sebelum ke sekolah, saya minum Smartcoco A+ dan alhamdulillah, sejak menggunakannya, saya berasa lebih segar ketika bangun pagi walaupun tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran. Malahan, saya juga lebih mudah untuk fokus ketika sesi pembelajaran di dalam kelas. Alhamdulillah dengan menggunakan produk ini, saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR iaitu 9A. Adik-adik saya juga turut menggunakan produk ini. Kini, emak saya telah menjadi stokis bagi produk ini.
 PMR 2012
 
 NUR AFIQAH BTE HJ.MOHD SHOKRI
SMKA SHARIFAH RODZIAH, MELAKA
 
Testimoni ibu:
 
          Saya Zainab binti Ibrahim, adalah ibu kepada Nur Afiqah binti Hj. Mohd Shokri, telah memberikan  pelbagai produk pemakanan tambahan  kepada anak-anak saya termasuk produk pemakanan tambahan keluaran fortune resources  iaitu smartcoco a+ sejak 2011 yang laluSelepas menggunakan produk smartcoco a+,dalam beberapa bulan kemudiannyasaya telah melihat  banyak perubahan dan peningkatan yang berlaku pada anak-anak saya terutama di dalam bidang pelajaran dan akademik. Sebagai contohnya anak saya yang ketiga iaitu nur afiqah  telah berjaya mendapat keputusan 8a 1b  dalam pmr 2012. Sementara  anak saya yang keempat pula iaitu nur aqilah telah berjaya mendapat keputusan 5a dalam upsr 2012  dan anak saya yang kelima pula iaitu nur amirah telah berjaya mendapat keputusan 8a dalam peperiksaan ujian penilaian kelas kafa (upkk) 2012 yang diadakan baru-baru ini. Saya mengharapkan semua anak-anak saya akan terus menggunakan produk pemakanan tambahan keluaran fortune resources dan mengharapkan mereka semua akan senantiasa berjaya di dalam apa jua lapangan yang mereka ceburi.
 
 PMR 2012
 IFFAH BINTI MOHD SAUFI
SM TAMAN SRI RAMPAI, KUALA LUMPUR
 
          Saya berasa bertenaga dan menyenangkan dapat memberi fokus dalam pembelajaran. Keputusan pelajaran saya semakin meningkat sehingga saya mendapat Straight A’s dalam PMR ini selepas saya mengamalkan minum Smartcoco A+ pagi dan petang. Terima Kasih Smartcoco!
 
 PMR 2012
 NUR AZMINA BINTI NAWAWI
SMK MERGONG, KEDAH
 
Testimoni ibu:
 
       Assalamualaikum,saya Puan.Nor Ashimah Bt Hj. Ishak. Saya mengetahui produk ini melalui siaran radio Ikim fm. Kami sekeluarga telah menggunakan produk Smart Coco A+ ini. Alhamdulilah dengan izin Allah setelah menggunakan produk Smart Coco A+ tersebut, kami dapat merasakan ketenangan dan rasanya juga sedap.Alhamdulilah  anak-anak saya yang mengambil peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun ini telah berjaya dengan cemerlang iaitu mendapat 5a dlm UPSR dan 8a dalam PMR. Terima kasih kepada syarikat Fortune Resources kerana telah menghasilkan produk yang  berkualiti seperti Smart coco A+.
 
 PMR 2012
  
NURHIDAYAH IBRAHIM
SMK DATO UNDANG MUSA AL-HAJ, NEGERI SEMBILAN
 
Testimoni ibu:
            Anak saya, Nurhidayah binti Ibrahim, 15 tahun mangambil SmartCoco A+ antara 2 hingga 3 kali sehari semenjak awal tahun 2012 lagi. Antara perubahan yang saya dapati, dia masih tekun mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah walaupun penat bersekolah seharian kerana kedudukan sekolah yang agak jauh dari rumah (17 km), dia terpaksa ke sekolah seawal jam 6.30 am dan pulang ke rumah hampir jam 6.00 pm. Alhamdulillah, dengan izin Allah anak saya mendapat keputusan yang cemerlang (8A) PMR 2012 dan pernah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Harapan sekolah tersebut pada penghujung persekolahan yang lalu (setelah mendapat 7A, 1C percubaan PMR 2012).
  PMR 2012
 
 
 
 
 


PMR 2011

Hadhinah Hasbullah
SMK TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG 
 
Saya memang suka dengan makanan atau minuman yang berasaskan koko, jadi emak saya memperkenalkan kepada saya smartcoco A+. Saya mula minum smartcoco A+ dua bulan sebelum PMR. Saya minum smartcoco A+ setiap hari sebelum bersarapan dan saya juga minum smartcoco A+ setiap hari sebelum pergi ke sekolah. Dan alhamdulillah dengan meminum smartcoco A+ saya lebih fokus dan lebih segar ketika bangun pagi. Alhamdulillah dengan minum smartcoco A+ saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Adik-adik saya yang berusia 5 dan 6 tahun turut menggunakan produk ini, kini, adik saya lebih mudah belajar dan lebih memilih untuk meminum smartcoco A+ berbanding dengan produk susu untuk kanak-kanak dan kini ibu saya telah menjadi stokis bagi produk ini.  


PMR 2011
Muhammad Hafiz Abdul Hanif
MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR
 
Saya minum sejak tingkatan satu dan sehingga tingkatan tiga iaitu sehinnga PMR....sebelum, pelajaran susah nak dapat fokus dan selepas itu badan saya mula segar dan mudah untuk mendapat pelajaran dan akhirnya mendapat 8A